Header Ads

Biskut Pandan Subway

Malam tadi, makan malam serba ringkas je. On the way encik suami balik, whatsapp siap siap beli sandwich subway je. Tak rasa macam nak makan nasi sebenarnya.

Belum sempat membelek apa yang suami beli, katanya ada beli biskut perisa pandan. Biskut pandan? sejak bila pula Subway ada biskut baru. Nampak sangat dah lama tak ber'Subway'. 

Ikut kebiasaan akan beli biskut white chocolate macadamia nut. Nampak benda baru, agaknya suami pun belilah nak cuba rasa. Rezeki saya juga dapat merasa sekali kan.

Biskut Pandan Subway

Sandwich tak sempat nak dipotretkan sebab dah lapar. Takde nak tunggu tunggu lagi dah. Biskut pun dah habis satu. Tinggal satu je lah buat modal untuk blog.

Baru tahu Subway ada keluarkan biskut pandan ni. Mungkin juga limited time only? Ada yang dah cuba?

Biskut Pandan Subway

Aroma sewangi pandan. Texture cookies yang lembut, bukan biskut lemau tau! Tidak hanya sekadar biskut pandan kosong, ada juga cebisan kelapa parut dan kacang almond. 

Dalam gambar tak kelihatan pulak cebisan cebisan tu. Haiyaaa...Dah habis close up pun tak nampak lagi.

subway pandan cookie review

Biskut pandan Subway harga dia RM2.35 untuk sekeping biskut. Repeat beli? Mungkin tidak kot. Tetap suka white chocolate macadamia nut yang satu tu. 

هناك 20 تعليقًا:

  1. mungkin Subway join the trend masa falavour pandan kelapa tengah femes dulu

    ردحذف
    الردود
    1. Mungkin jugak, terlambat sikit dorang nak follow trend. Dia keluar pandan je, tak bergabung dengan gula melaka.

      حذف
  2. الردود
    1. Ye kot Kak Nor. Saya pun baru tahu je. Cookies subway semua sedap sedap cuma terpaling favourite white chocolate macadamia nut tu lah.

      حذف
  3. Subway pun ikut perkembangan semasa.
    Akak pun lama tidak makan Subway. Dahulu ada tawaran murah 8 ringgit lebih ikut hari subway apa disediakan selalu juga beli.

    ردحذف
    الردود
    1. Up to date gitu. Sekarang harga tak macam dulu dah. Sesekali tu bolehlah.

      حذف
  4. Produk baru kot, akak pun dah agak lama tak ber subway 😀

    ردحذف
    الردود
    1. Ye kot kak. Saya pun tak pasti kewujudannya. Baru tahu ada. Kalau husband tak membeli subway, lansung tak tahu agaknya. Hehe...

      حذف
  5. Tak pernah jugak jumpa biskut pandan subway ni, maknanya kita pun dah lama nau nau tak ber-subway, hihi.

    ردحذف
    الردود
    1. Geng lah kita lama tak bersubway. Pasni boleh lah jengah subway kejap cari biskut pandan ni :)

      حذف
  6. Anak Mrs. A suka order biskut-biskut Subway ni tapi yang pandan belum pernah rasa lagi

    ردحذف
    الردود
    1. Biskut Subway sedap sedap, ramai yang suka. Nanti cuba yang pandan pulak.

      حذف
  7. Comel jew biskutnya.
    Tiba-tiba teringin nak rasa biskut-biskut subway. Hari tu di KK, pandang-pandang saja subway di Suria Sabah.

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas ni jangan dipandang je kak Amie, kena beli. Nanti menyesal :)

      حذف
  8. Baru tahu subway ada keluarkan biskut pandan .boleh terjah subway berdekatan ni

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.