Bulan Sya'ban, Persiapan Menuju Ramadan
4 Mac 2022 bersamaan 1 Sya'ban 1443H. Maka, berbaki 29 hari lagi persiapan menuju Ramadan yang bakal tiba. 18 Mac 2022, hari Jumaat merupakan Malam Nisfu Syaaban mengikut kalendar Masihi.
Bulan Sya'ban di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampir dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Hadis ini menjelaskan tentang tiga bulan termasuklah bulan Sya’ban. Lazimnya, umat Islam akan memperbanyakkan amalan di bulan Sya'ban dengan melakukan berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat, membaca al-Qur'an, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.
Selagi mana pengisian ibadah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara contoh amalan yang dianggap Sunnah Rasulullah SAW :
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Bulan Rejab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihan-Ku atas segala makhluknya, Sya’ban itu bulanku dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihan Ku atas segala nabi-nabi, dan Ramahan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala umat.
Hadis ini menjelaskan tentang tiga bulan termasuklah bulan Sya’ban. Lazimnya, umat Islam akan memperbanyakkan amalan di bulan Sya'ban dengan melakukan berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat, membaca al-Qur'an, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.
Selagi mana pengisian ibadah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara contoh amalan yang dianggap Sunnah Rasulullah SAW :
1. Puasa sunat
Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya’aban kecuali pada Hari Syak (30 Sya'aban).
2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran.
3. Berdoa
Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.
4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad SAW menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.
Mudah-mudahan segala amalan ibadah kita diterima Allah SWT.
اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ
5. Tahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir Lailaha illallah, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Amalan lain sepanjang bulan Sya'ban, boleh rujuk dalam pautan dibawah : https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/AMALAN%20BULAN%20SYA%27BAN.pdf
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah S.W.T.
Amalan lain sepanjang bulan Sya'ban, boleh rujuk dalam pautan dibawah : https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/AMALAN%20BULAN%20SYA%27BAN.pdf
Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah S.W.T.
Mudah-mudahan segala amalan ibadah kita diterima Allah SWT.
Doa memasuki bulan Sya'ban
اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ
Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan Ramadhan, dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka.
Bulan Sya'ban masih boleh ganti puasa. Yang belum berganti, cepat-cepat ganti. terlambat ganti kena bayar Fidyah pula.
Terima kasih kak fiza sharing ilmuu yang baik ini :)
ReplyDeletesama² Nadia.
DeleteSekejap je masuk bulan syaaban
ReplyDeleteIye Rabia. Tak lama lagi Ramadan pulak
DeleteSyukran for sharing, semoga Allah beri kita rezeki utk sampai ke bulan Ramadan..
ReplyDeleteInshaAllah.. semoga kita semua dapat bertemu Ramadan tahun ni. Aamiin…
DeleteSalam syaaban
ReplyDeleteBulan depan dah mula puasa ramadanlah kita
Ye wak, 28 hari je lagi 😊
DeleteSyaaban bulan yg ditunggu2 setelah Rejab
ReplyDeletedan lg sebulan masuk Ramadhan pula
Ya Allah hari2 doa semoga ditemukan dgn Ramadhan lg
aaminn
Rejab, Sya’ban dan Ramadan bulan bulan yang istimewa. Semoga kita dapat bertemu Ramadan tahun ni. Aamiin…
DeleteTerima kasih atas perkongsian berguna ni. Rasa sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan kan.
ReplyDeleteSama-sama. Ye, terasa cepat masa berlalu.
DeleteInshaAllah sama-sama mengamalkan sunnah dan menyempurnakan yang wajib. Tenang ja bila bava. Suka peluk Quran macam tu. Terima kasih Fiza
ReplyDeleteInshaAllah. Sama samalah kita.
DeleteSama2 kak 😊
Alhamdulillahhh sampai.. diharapkan sampai ke bulan seterusnya .. inshaAllah.. Amin...
ReplyDeleteInshaAllah. Aamiin...
DeleteDah masuk bulan Syaaban ni petanda kena cepat cepat ganti puasa >.<
ReplyDeleteBetul! Nanti kena bayar fidyah pulak.
DeleteThanks share peringatan ni Fizah. Tak lama dah nak Ramadan kan
ReplyDeletesama sama Sal. Tak sampai sebulan lagi nak masuk Ramadan.
DeleteBanyak juga kelebihan dan kebaikkan di bulan syaaban ni . Sama2 kita amalkan . Tak lama lagi ramadhan pula akan membuka tirai
ReplyDeleteSalah satu bulan yang banyak keistimewaannya Lyana. Marilah kita :)
Delete