Cara Kira Fidyah Puasa Dan Bayar Fidyah Online
Ramadan semakin hampir. Puasa dah habis ganti ke belum? Mana yang tak sempat nak menghabiskan puasa ganti, wajib bayar fidyah. Sekarang bayar fidyah online je lebih mudah. Cara kira dan bayar fidyah online mengikut negeri masing-masing.
Maksud Fidyah
Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan sehinggakan tidak sempat untuk menggantikan puasa tersebut bila hampir bulan Ramadhan berikutnya.
Golongan yang wajib membayar fidyah
- Orang tua yang uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qada puasa.
- Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
- Orang yang melewatkan qada puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
- Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
sumber : JAKIM |
Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia
Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Kadar fidyah juga berbeza setiap negeri.Merujuk perkongsian Ustazah Asma’ Harun, cara kiraan bayar fidyah puasa seperti di bawah :
Cara kira fidyah puasa mengikut negeri
Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar
Gandaan Fidyah
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.Sebagai contoh :
jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Cara kira fidyah puasa dengan fidyah calculator dan bayar fidyah online
Untuk memudahkan anda, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.1. Fidyah Kedah : RM1.80
Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & Bayaran online : http://fidyahkedah.gov.my/
Kalkulator online & Bayaran online : http://fidyahkedah.gov.my/
2. Fidyah Perlis : RM5.00
Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online
Bayaran online : https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=199&lang=ms(Bayaran bank melalui bank transfer)
Kalkulator online
Bayaran online : https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=199&lang=ms(Bayaran bank melalui bank transfer)
3. Fidyah Pulau Pinang : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/
Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/
4. Fidyah Perak : RM1.80
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
5. Fidyah Selangor : RM1.80
Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
Kalkulator online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
6. Fidyah Wilayah Persekutuan : RM4.00
Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
7. Fidyah Negeri Sembilan : RM1.75
Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan berganda)
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
8. Fidyah Melaka : RM1.80
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
8. Fidyah Melaka : RM1.80
Gandaan: Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
9. Fidyah Johor : RM1.75
Gandaan : Ya
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
10. Fidyah Pahang : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
Kalkulator Online : http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
11. Fidyah Terengganu : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
12. Fidyah Kelantan : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
Kalkulator online : https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
13. Fidyah Sarawak : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
Kalkulator Online : https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
14. Fidyah Sabah : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php
Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php
Bila perlu bayar fidyah
Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Jika lupa berapa hari puasa yang ditinggalkan
Menurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau lupa bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.
—https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3831-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-155-kadar-fidyah-meninggalkan-puasa-dengan-sengaja
yg banyak tinggal puasa tu...ni haaa entry wajib hadam ;-)
ReplyDeleteTulah tu, jangan buat buat lupa pulak :)
DeleteYa Allah risau sangat, nak berhati-hati, pesan memesan supaya ingat qada dan bayar. Terima kasih Fiza.
ReplyDeleteSupaya tak lupa. sama sama kak :)
DeleteSuka ganti puasa awal awal . nk senang time puasa enam tuh.. huhu
ReplyDeleteBagus tu. Lepas puasa 6 terus puasa ganti terus kan.
DeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletesama-sama kak :)
DeleteBagus ada kalkulator dan kadar setiap negeri.
ReplyDeleteSenang nak kira kira ikut negeri dah ada siap siap.
Delete