Cara Nak Kenal Jenis Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasan

Dah berkali kali pergi membeli barang nak beli cili kering pedas tapi tak ada stok. Sebelum ni bukan main rancak lagi cili kering pedas ada sana sini. Sekarang dah susah pula mencari. Nak membeli cili kering ni kenalah tahu jenis dan tahap kepedasannya.

Ikut selera lidah masing-masing. Macam saya jenis suka cili kering pedas. Tapi bukan cili kering paling pedas tu. Pedas biasa biasa je. Kalau cili kering tak pedas memang tak membeli. Kena juga ada rasa pedas. Cili kering kurang pedas masih boleh diterima lagi lah.

Cili kering ada bermacam-macam jenis. Antaranya cili kering yidu, cili kering gemuk, cili kering india, cili kering kerinting. Cili kering yidu tu jenis yang licin je tak ada kedutan. Tak tahulah kenapa panggil cili kering yidu. Ada sesiapa tahu?

Macamana cara nak kenal jenis jenis cili kering dan tahap kepedasan cili kering tu? Alang-alang terjumpa kat facebook, share kat blog jugalah sebagai penduan untuk diri sendiri jugak.

Cara Nak Kenal Jenis Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasan
credit to respective owner

Kesimpulannya, nak tahu cili kering tu pedas ke tidak tengok dari rupa parasnya pun dah boleh tahu.
  • Cili kering kerinting : Kurang pedas
  • Cili kering yidu : Tak pedas
  • Cili kering kurang kerinting : Pedas

Sekarang dah tahu macamana nak pilih cili kering ikut tahap kepedasan kalau tidak dilabelkan. Dah ada label tu, kena belek jugalah. Takut kena tipu. Label tulis pedas, tapi tak pedas pun.

18 comments:

  1. Betul kak, kalau Naim beli yang kurang pedas senang kerana buat sambal bleh semua makan termasuk anak-anak saudara hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada budak budak kat rumah memang kena beli kurang pedas kan.

      Delete
  2. Bab ni failed...selalu terbeli yang paling pedas..melahar podeh eh bak kata orang NS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu lah kak, label dia tak selari dengan rasa. Podeh Melohar ke melahar kak?

      Delete
  3. assalammualaikum warahmatullahiwabarakatu
    oh ade tahap pedas lain2 rupanya cli2 tu..baru tau.hehe tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      ye, ada tahap pedasnya mengikut jenis jenis.
      Sama²

      Delete
  4. oh patut lah pedas, sebab rupanya cili tu mcm tu haha. lepas ni dah tahu dah nak amik cili yang mana

    ReplyDelete
  5. slalu guna yang tengah dan yang kiri tu..:)

    ReplyDelete
  6. okey lepas ni kena belek2 dulu cili sebelum beli hehehe selalu main sebat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tak boleh main sebat je, kena belek dulu. Jangan tersalah beli pulak.

      Delete
  7. Itulah selalu keliru.
    Hehe tapi cili kering ini emak yang beli.
    Sama cari yang pedas sederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kalau dah tahu senang nak membeli nanti kalau emak akak kirim.
      Sederhana pedas okaylah semua orang boleh tahan lagi.

      Delete
  8. saya selalu keliru antara kurang pedas dan pedas tu sebab rupa hampir sama..
    Yang licin tu kalau guna dia saja mac tak kick pulak sebab tak pedas.Tapi bau dia sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, rupa macam sama. Kena tengok kedutan paling banyak tu. Yang pedas berkedut banyak lagi. Yang licin tu tak pernah beli pulak sebab tak pedas. Kat rumah semua jenis pempedas. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.