Cirit-Birit Dan Ubatnya
Aduh, keciritan lagi. Baru nak elok ceri beri yang haritu, dia datang bertandang balik. Punca cirit-birit tak dapat dikenalpasti. Tersilap makan atau keracunan makanan mungkin.
Cerita dia, hari khamis saya puasa. Petang tu, encik suami beli laksa untuk tambah tambah tambah menu selain menu berbuka. Kira macam moreh lah kononnya.
[mo.réh] | موريه.
Definisi : (moréh) jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Mungkin sebab perut kosong seharian lepas tu makan benda masam berkuah buat perut rasa tak selesa. Saya pergi perah limau kesturi lagi. Jadi terlebih masam. Padahal makan nasi masa berbuka okay je. Lepas makan laksa terus perut meragam.
Atau mungkin laksa tu hampir basi sebab beli petang, dalam pukul 10 lebih macam tu baru saya makan laksa tu. Tak ada pulak tanda tanda basi. Bau okay, tak ada berlendir ke apa. Tu yang buat rasa yakin nak makan laksa. Habis licin lah semangkuk laksa tu. Punyalah sedap kan!
Lepas tu berkali kali masuk toilet, habis buang segala makanan yang masuk. Rasa leper pulak perut ni. Lemah! Tak ada tenaga tapi selera tu membuak buak sungguh nak makan itu ini. Tapi bila makan, sudahnya berakhir ke lubang jamban! Hampir hampir nak muntah juga.
Tak tahan nak menanggung penat back to back masuk toilet, makan kapsul norit 200mg activated charcoal. Nasib baik baru beli buat stok. Biasa beli jenis tablet. Tapi tak ada haritu. Kapsul pun kapsul lah. Janji ada buat stok ubat kat rumah.
Telanlah 2 kapsul. Lepas tu perut masih sakit tapi taklah ulang alik ke toilet. Ubat arang ni memang berkesan kalau sakit perut. Pil chi kit teck aun memang tak pandang dah. kalau pergi klinik mesti bagi air garam. Kadang tak jalan jugak. Ubat arang ni jugak selalunya berkesan.
Beli norit 200mg activated charcoal sepapan ada 15 kapsul. Makan 2 kapsul. Harga dia saya tak tahu sebab encik suami yang beli. Yang pasti harga ubat sekarang semakin mahal.
Apakah activated charcoal
Charcoal atau arang pada kebiasaannya dihasilkan daripada arang batu, kayu atau tempurung kelapa. Activated charcoal adalah sama seperti jenis arang yang lain. Ia merupakan sejenis serbuk halus berwarna hitam tanpa bau dan rasa yang digunakan untuk pelbagai jenis rawatan tertentu.Activated charcoal telah digunakan sejak zaman purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk keracunan. Ciri-ciri penyembuhan yang dihasilkan oleh activated charcoal ini telah direkodkan sejak 1550 Sebelum Masihi oleh orang Mesir.
Cara activated charcoal bertindak sebagai ubat
Bagi menghasilkan activated charcoal (ataupun mengaktifkan arang), arang jenis biasa dipanaskan dengan suhu yang tinggi. Proses pemanasan tersebut akan membentuk ruang atau liang pada struktur arang.Liang yang terbentuk akan bertindak sebagai perangkap atau penyerap bahan kimia atau bahan kontaminasi. Liang tersebut bertindak menghalang sesetengah jenis bahan kimia atau racun yang ditelan daripada diserap ke dalam badan oleh perut.
Activated charcoal bertindak dengan bergabung kepada bahan kimia atau toksin yang berada di dalam perut atau usus kecil. Ini menyebabkan bahan tersebut dapat dihalang dari menyerap ke dalam tubuh. Hasil gabungan activated charcoal dan bahan kimia atau toksin ini akan dikumuhkan melalui najis tanpa memudaratkan badan.
Ciri-ciri ini menyebabkan activated charcoal sangat berkesan digunakan untuk rawatan keracunan makanan, keracunan bahan kimia, cirit-birit, kembung dan sakit perut.
untuk maklumat lanjut boleh baca di laman web MyHEALTH KKM : http://www.myhealth.gov.my/activated-charcoal/
Dah makan kapsul, sapu juga minyak pati Digize untuk bantu legakan perut juga. Ingest kapsul dan topical minyak, 2 kaedah sekali jalan. Fuhh…pagi ni dah rasa lega sikit. Tak ke toilet dah. Cuma perut masih belum selesa sepenuhnya.
ceri beri memang sgt meletihkan nak ulang alik tandas. kita risau kalo kena, sbb nak kena keluar masuk ambil/hantar anak2 sekolah.
ReplyDeleteMemang letih nak ulang alik masuk toilet. Lagilah susah kalau camtu, kena keluar rumah. Harap taklah jadi macam tu. Semoga sihat sihat je.
DeleteSemoga cepat sembuh ye dari cirit ni..
ReplyDeleteRehat secukup nyaaa... bila da kena CB ni memang badan cepat letih la kan..
Aamiin..terima kasih doakan.
DeleteItulah tu, rasa letih nak baring je lah..Dah baring rasa nak terlelap pulak. adeh!
Ubat arang ni memang wajib ada stok di rumah akak. Moga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya...dapat recharge tenaga balik.
ReplyDeleteBagus tu kak Farrah, ready stok kat rumah.
DeleteAaminn...terima kasih.
Ada perubahan baik sikit sekarang.
Boleh bayang. Pernah kena. Tidak tahan dua-dua, cirit dan muntah serentak. Perut rasa sakit sangat.
ReplyDeleteWah baru tahu ada ubat activated charcoal. Bolehlah usha-usha di kedai.
Sekali pakej dua dua serentak lagi lemak tak bertenaga kak. Nanti boleh stand by ubat arang ni kat rumah. Senang dah ada bila emergency bila sakit perut.
Delete