Dapat Juga Sotong Kangkung
Alang-alang encik suami keluar, kirim beli yong tau foo sekali. Alang-alang membeli yong tau foo, belilah sekali sotong kangkung. Banyak betul dia punya alang-alang.
Sebelum ni nak beli sotong kangkung tak ada, dah habis. Lepas tu tak nak kecewa tak ada sotong kangkung, maka belilah tauhu bakar. Kali ni ada sotong kangkung, rezeki sayalah dapat makan sotong kangkung yang dah bertahun tahun lamanya tak makan.
Padahal resepi sotong kangkung ringkas je. Buat sendiri pun boleh. Tapi lain rasanya sotong kangkung beli dan buat sendiri kan. Encik suami bukan makan. Nak makan sorang baiklah beli je. Senang!
![Sotong Kangkung Sotong Kangkung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUrrjJJjCTb0KG9JEkYaAmvONRCED_qqFejJami1z-jGEcCwqz-_OeGYnNKV24AjpqPoGOzniI5HF4mFIc9g_rrCmrBGVvJqEx8MKoWnn9GmKrgX0Rl9Dts2oKX_PNGeF1P2Ympm4jwW6A26aUGlvkHpb31JFv_mH61Awi9x7WF-OJPTqHVxMwShpF3w/s16000-rw/Sotong%20Kangkung.webp)
Sebelum ni nak beli sotong kangkung tak ada, dah habis. Lepas tu tak nak kecewa tak ada sotong kangkung, maka belilah tauhu bakar. Kali ni ada sotong kangkung, rezeki sayalah dapat makan sotong kangkung yang dah bertahun tahun lamanya tak makan.
Padahal resepi sotong kangkung ringkas je. Buat sendiri pun boleh. Tapi lain rasanya sotong kangkung beli dan buat sendiri kan. Encik suami bukan makan. Nak makan sorang baiklah beli je. Senang!
![Sotong Kangkung Sotong Kangkung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUrrjJJjCTb0KG9JEkYaAmvONRCED_qqFejJami1z-jGEcCwqz-_OeGYnNKV24AjpqPoGOzniI5HF4mFIc9g_rrCmrBGVvJqEx8MKoWnn9GmKrgX0Rl9Dts2oKX_PNGeF1P2Ympm4jwW6A26aUGlvkHpb31JFv_mH61Awi9x7WF-OJPTqHVxMwShpF3w/s16000-rw/Sotong%20Kangkung.webp)
Banyak betul isi sotong kangkung ni. Sendat dan padat satu bekas plastik ni. Watak utama sotong kangkung adalah potongan sotong kembang dan potongan saayur kangkung. Selain tu ada timun dan tauhu. Atasnya dihiasi dengan taburan kacang tumbuk.
Tak lupa jugak sosnya. Rasa macam sama macam sos yong tau foo tapi macam edisi kurang pedas. Ke sama entah. Harga sotong kangkung sebungkus RM6.
![yong tau foo seremban yong tau foo seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY6Lsq-PLK2ISfgyICf5lYz2OC8sMSPyXZBr4buPL-Mn5AX2SYj43_Cpg1UgemDEz61bQ8dlSaAjzqBlShgzETmaJ1j9ssH9sNtbwAVx5trhOIf4Wp89naTMcrhGk0Ncmr0Pa4BMZZvLbazhEhQUSdG264kUgod9ED3jqk-rkwCgB7VLGguFe9MXKyTg/s16000-rw/yong%20tau%20foo%20RM10.webp)
Repeat lagi beli yong tau foo RM10 sebungkus. Entah kali keberapa beli pun tak tahulah. Sedap macam biasa. Tak kedekut sos dan isinya.
Gerai ABC Along Merah Delima
Waktu operasi :
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm
Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804
Amboi dia cerita sotong kangkung terus telan air liur, tunjuk gambar pula, mewah sotong dan kacang, sedap, suka menu tauhu bakar, yong tau foo..
ردحذفMoga ada rezeki akak juga dapat sotong kangkung nanti. Sama taste kita suka menu menu tu semua :)
حذفOo..sedap ke? Tak pernah makan
ردحذفKalau gemar sotong kembang dan kangkung mesti suka. Kalau tidak, mesti tak akan suka sotong kangkung ni.
حذفAlaaaa...beli kat mana...nak jugak....akak pun dah lama x makan sotong kangkung
ردحذفTaman Coral Height kak, saya dah update dalam entry. Nanti cubalah kot kena dengan selera akak.
حذفalahai...dah lama juga teringin. tu la..bila kita sorang aje yang makan..malas nak masak sendiri kann
ردحذفItulah tu, kalau sorang je makan malas betul nak membuatnya.
حذفSedapnya sotong kangkung. Nampak banyak portion-nya. :)
ردحذفeh kak Nur dah berblog semula ke? Nanti sy singgah blog kak Nur ye. Memang banyak porsinya. Berbaloi!
حذفYe. Baru je start balik, Fizah. :D
حذفSelamat kembali Kak Nur :)
حذفPeminat setia kalau sedap.
ردحذفMemang nampak banyak sotong kembang.
Kena dengan selera kita memang beli berulang ulang kali. A ah, penuh sebekas.
حذفHadoiii sedapnya Fiza oiii.... ..
ردحذفLama takdan nak blogwalking....Ni curi masa sat sambil nak tunggu waktu berbuka...Satgi lepas maghrib saya jenjalan lagi😁
Dah lama teringin makan, bertambah tambah sedapnya mama cella uiii...
حذفSamalah saya apun dah lama tak blogwalking. Nak kena curi masa jugak ni.
Tak pernah rasa lg
ردحذفKalau ada orang jual, silalah cuba Rabia.
حذفkurang suka sotong kangkung. tapi kalau yong tau fu suka lah
ردحذفMungkin sebab tak suka sotong kembang tu kot. Yong tau foo ada macam-macam, itu yang ramai suka.
حذفDekat area rumah saya pun ada sotong kankung. Lama dah tak makan sebab malas nak pergi kedai tu haha
ردحذفfaham sangat kemalasan tu. Kalau ada delivery okay jugak kan. Ke ada dalam food delivery, boleh jugak membeli.
حذفMurah dah tu. Kalau sedap, boleh repeat order. 😄
ردحذفBerpatutan juga harganya. Sotong kangkung first time order. Yang lain dah berkali kali repeat order.
حذفPenasaraaaan nak rasa 😍. Selama ini masak kangkung hanya tumis je. Kelihatannya dimasak dengan sotong dan kani pasti lebih sedap yaaa 🤤
ردحذفMenu ni sama macam yong taufu je. Sotong kembang direbus dan dipotong, kangkungnya juga hanya direbus je. Kemudian dimakan dengan sosnya.
حذفsedapnya..dah lama tk makan..kuah dia yg buat sedap..
ردحذفSusah juga nak jumpa sotong kangkung ni kan kak. Itu yang macam lama tak makan. Betul, kuah yang buat sotong kangkung ni sedap. Sebab sotong dan kangkung tu just celur je kan. Kuah dia tu yang bagi rasa sedap.
حذف