Kelebihan Surah al-Mulk
Semasa bersekolah asrama dulu, baca surah al-Mulk sebelum tidur adalah rutin harian wajib. Selepas prep, solat isya' kemudian akan baca surah al-Mulk secara berkumpulan dalam dorm masing-masing. Lepas tu iqamah/iqamat setiap penjuru dan pintu bilik asrama.
Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT bukan hanya sebagai panduan untuk umat Islam, amalan membaca Al-Qur’an mempunyai berbagai-bagai kebaikan dan rahmat kepada yang membacanya.
Al-Mulk adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur. Dinamakan surah ”al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah SWT menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Kandungan surah al-Mulk menegaskan bahawa Allah SWT telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka iaitu Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya. Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ringkasnya, surah al-Mulk merupakan satu surah yang membantu melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan yang terdapat pada surah ini.
Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890
Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
(Hadith Riwayat An Nasai)
Surah al-Mulk juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT.
Saiyidina ‘Ali berkata:
“Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Merujuk JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Baginda bersabda:
“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
“Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Ini boleh dilihat di mana:
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890
Surah Al Mulk
Surah al-Mulk ( الملك ) merupakan surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Dikenali juga dengan gelaran ' At-Tabaarak' yang bermaksud maha suci. Surah al-Mulk juga tergolong dalam surah ‘Al-Makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.
Surah Makkiyah
Surah Al-Quran yang diturunkan di Makkah
Kandungan surah al-Mulk menegaskan bahawa Allah SWT telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka iaitu Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya. Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ringkasnya, surah al-Mulk merupakan satu surah yang membantu melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan yang terdapat pada surah ini.
10 Kelebihan Surah al-Mulk
Berikut adalah antara kelebihan mengamalkan bacaan surah Al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya pada setiap malam.
1. Tidak merasa azab kubur
Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam.Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890
sumber : Mufti Wilayah
2. Membantu Masuk Syurga
Selain dari melindungi mereka yang mengamalnya dari terkena seksa azab kubur, surah al-Mulk juga akan membantu kita untuk memasuki syurga.Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
(Hadith Riwayat An Nasai)
3. Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
Surah al-Mulk juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT.
Sabda Nabi SAW:
سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ
“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ
(Hadis Riwayat Thabrani)
Daripada Jabir beliau berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk dan mencontohi sunnah Nabi SAW.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ
“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ
(Hadis Riwayat Thabrani)
4. Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW, amalan setiap malam
Kita diajar untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.Daripada Jabir beliau berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk dan mencontohi sunnah Nabi SAW.
5. Menjadi Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir
Mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi pengganti apabila ia sudah waktu soal jawab dengan Munkar Nakir.Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Wajah Akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat
Membaca surah al-Mulk dalam kehidupan seharian, maka Allah SWT akan mencerahkan wajah kita seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat.Saiyidina ‘Ali berkata:
“Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
7. Dosa diampunkan
Selain mendapat pahala dari membacanya, Allah SWT juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.Merujuk JAKIM, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
8. Hati Beriman
Rasulullah SAW juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mempelajari dan membaca surah ini dengan penuh istiqomah.Baginda bersabda:
“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
9. Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling
Kita juga akan berasa disayangi dan dikasihi oleh orang di sekililing kita jika kita selalu mengamalkan surah mulia ini. Ia boleh dilihat di mana Ulama berkata:“Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
10. Melindungi Kita Dari Seksa
Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk menyoal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah mailaikat azab. Bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.Ini boleh dilihat di mana:
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890
Banyak kelebihan ayat-ayat Al Quran, di mana setiap butir huruf dan perkataannya terkandung seribu satu hikmah jika dibaca, dilazimi, difahami dan ditadabbur.
Jadikan amalan membaca surah Al Mulk setiap hari. Apabila kita biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan sudi mengampuni segala dosa kita, menyelamatkan kita dari azab kubur serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.
Insha Allah. Wallahu ‘alam.

thanks for sharing. salam Jumaat Fizah
ReplyDeleteSama² Sal :)
DeleteKat surau kariah wak, surah ni dibaca setiap kali selesai solat isyak
ReplyDeleteSama la kita… memori duduk asrama dulu tiap malam pukul 11 semua mesti berkumpul kat dorm untuk baca al-Mulk.
ReplyDeleteTapi sekarang, baca ikut suka. Tak melazimi.
Jadi rutin setiap asrama, baguslah kan begitu.
DeleteSemoga lepas ni terus istiqomah :)
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama sama :)
DeleteSalam jumaat
ReplyDeletealhamdulillah
Surah yg harus kita amalkan
Alhamdulillah..jadikan amalan harian :)
DeleteAlhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletesama-sama KakSha :)
DeleteBanyak kelebihan yg ada pada surah al-mulk . Salam jumaat
ReplyDeleteYe, betul Lyana. Ada lagi kelebihan yang mungkin kita tak tahu.
DeleteAyat-ayat pun pendek. Senang amalkan. Insya Allah akan dibaca selalu
ReplyDeleteA ah. Baca pun kejap je dah habis.
DeleteLama lama dah boleh hafal.
MashaAllah inshaAallah, jazakAllahukhairan dear Fiza.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSelamat beramal :)
Nice sharing kak fiza! Dulu asrama selalu hafal, sekarang ada jugak tertinggal hari nak baca >.<
ReplyDeleteDulu bila hari-hari baca terus boleh hafal kannn :)
DeleteInsyaallah akan selalu mengamalkan surah Al Mulk ini tiap malam sehabis isya kak. Fannypun pernah baca manfaat dari rutin membaca Al Mulk ini. Tak ada salahnya selalu dibaca. Apalagi jika itu mencontoh kebiasaan nabi ❤️
ReplyDeleteYe, betul. Marilah sama-sama kita amalkan :)
Delete