Klinik Pergigian Murah Di Segamat. Servis Tip Top!
Alang-alang dah survey klinik gigi di Segamat yang mana okay, saya terus lah whatsapp bertanyakan tentang rawatan tampal gigi berserta harganya. Boleh terus buat rawatan selepas check keadaan gigi. Biasanya klinik swasta ni dia akan consult dulu. Then buat rawatan hari lain.
Disebabkan ada slot kosong dan terus boleh buat rawatan, saya pun On je lah. Boleh je buat kat Seremban tapi makan masa sebab nak kena set appointment untuk consult dulu then kena set appointment sekali lagi untuk rawatan. Leceh kan macam tu.
Pagi ahad tu sebelum balik Seremban, saya pergi klinik gigi dulu. Saya pergi Klinik Pergigian Alisa di Taman Yayasan, Segamat. Cawangan ni baru buka. Ada satu lagi di bandar Segamat. Bandar Segamat tu jauh sikit, jadi pergi yang dekat je lah.
Cantik interior design dalaman Klinik Pergigian Alisa ni, serba pink! Tenang mata tengoknya. Entah kenapa, kali ni tak berdebar dan tak seram macam selalu nak jumpa doktor gigi. Sebab saya fikir hanya sakit sikit dan tampal biasa je lah.
Ada 4 bilik doktor tapi yang berfungsi 2 bilik je ada doktor. Selama saya tunggu, dua bilik je lah keluar masuk pesakit.
Appointment pukul 11:30, pukul 12 lebih macam tu baru diapanggil masuk. Doktor perempuan, dia check dulu keadaan gigi. Rupanya gigi geraham dah goyang, lepas tu infection pulak. Doktor kata nak tampal boleh. Tampalan sementara tapi mungkin bertahan 2-3 minggu macam tu.
Saya tanya doktor, kena cabut ke? Sempat doktor berseloroh "Itu saya tak cakap ye". Sama sama tersenyum. So macamana, doktor tanya. Cabut je lah doktor, spontan saya jawab. Malas nak fikir dah sakit gigi ni. Dia boleh buat sakit sampai ke kepala.
Betul ni? Doktor tanya lagi. Acuh tak acuh jawab, saya angguk je. Dari berani sebelum masuk terus bertukar jadi seram!
Doktor cucuk bius beberapa tempat. Dalam 5 tempat macam tu. Kena cucuk hidup hidup ni depan mata ni seram oiii! Jarum dia sikit punya panjang. Mujurlah doktor baik dan berhemah buat kerja. Berkali kali minta maaf kalau saya rasa sakit. Bagus doktor gigi ni.
Sempat pulak sembang pasal jari hitam selepas mengundi tu. Lepas cucuk bius, doktor tinggalkan saya sekejap bagi rasa kebas dulu. Dah rasa kebas, bermulalah episod seram dalam bilik doktor gigi. Dipulas pulasnya gigi sampai tertanggal. Agak struggle jugaklah nak cabut gigi geraham yang degil tu.
baca juga : kronologi cabut gigi geraham bongsu
Dah cabut, doktor kata luka besar pulak. Darah pun banyak keluar. Berkali kali doktor tukar kapas. Terpaksa jahit sebab luka besar. Ahh sudah! Jahitlah pulak. Doktor pun tenangkan kita tak sakit lah apa lah. Dijahit hidup hidup tengok benang lalu lintas depan mata. Tang doktor tarik benang tu yang tak tahan tu. Syukurlah bius masih lagi berfungsi.
Kalau tidak, mahu kena tepuk tangan doktor tu. Dah siap semuanya, sebelum keluar saya mintak gigi yang dicabut tu. Sikit punya panjang akar gigi geraham ni. Hilang satu lagi gigi! Lepas ni nak kena buat zircornia bridge ke macamana?
Dapatlah ole ole bawa balik kapas, ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan appointment untuk cabut jahitan. Disebabkan cawangan sini baru lagi, alamat di cawangan satu lagi pun boleh. Maintain pink temanya.
Harga cabut gigi geraham, jahitan dan ubat-ubatan jumlahnya RM115. Kalau harga tampal yang saya tanya awalnya tu dalam whatsapp, range dia RM60- RM150 bergantung pada keadaan gigi berlubang tu. Kalau tak dapat diselamatkan, memang akan dicabut.
Ahad nanti kena balik kampung lagi untuk cabut jahitan pulak. Boleh je buat kat mana-mana klinik katanya kalau tak dapat datang. Tapi disebabkan agak payah nak set appointment kat sini, kita balik kampung je lah sekali senang.
Lagipun selesa dan suka dengan servis tiptop Klinik Pergigian Alisa dan doktor. Masa saya survey pun, ramai yang suggest pergi Klinik Pergigian Alisa ni. Servis bagus, doktor baik. Cabut gigi pun tak sakit katanya.
Ye, memang betul bagai di kata. Tak sakit. Yang sakitnya, lepas habis bius tu. Merana dibuatnya, dengan luka lagi kan. Makan ubat tahan sakit, lega lah jugak. Tapi kejap je lah, kena makan setiap kali sakit.
Balik dari klinik, tengok tengok mak masak lauk ikan baung masak lemak cili api. Pakej sambal belacan pulak tu. Aduhaiii, terbukak selera tapi patah selera mengenangkan kena berpantang lepas abut gigi.
Tapi bedal jugaklah sikit, itupun guna sudu dan terus telan. On the way balik rumah, terus rasa macam nak demam. Itu yang menyepi beberapa hari ni. Menyiapkan tempahan sampul duit raya hipster dan menahan sakit gigi pun iye jugak.

terpaksa blurkan, takut ada yang seram tengok |

Penjagaan gigi selepas dicabut
- Tukar kapas selagi darah masih keluar, gigit perlahan.
- Letak ais batu pada gigi untuk menghentikan pendarahan dan kurangkan bengkak
- rehat, jangan buat kerja berat
- Elakkan makan panas dan pedas
- Makan makanan yang lembut dan sejuk
- Kumur dengan air garam suam selama 3 hari
- Ambil ubat tepat pada waktunya
Balik dari klinik, tengok tengok mak masak lauk ikan baung masak lemak cili api. Pakej sambal belacan pulak tu. Aduhaiii, terbukak selera tapi patah selera mengenangkan kena berpantang lepas abut gigi.
Tapi bedal jugaklah sikit, itupun guna sudu dan terus telan. On the way balik rumah, terus rasa macam nak demam. Itu yang menyepi beberapa hari ni. Menyiapkan tempahan sampul duit raya hipster dan menahan sakit gigi pun iye jugak.
Lega tempahan sampul duit raya dah settle, tempahan pun dah tutup. Jadi bolehlah sambung berblog. Banyak hutang blogwalking ni. Maafkan saya.
get well soon akak
ReplyDeleteTerima kasih Nurin :)
DeleteAlhamdulillah hilang sakit. Seram bila luka besar darah berterusan tapi dah jahit ok, cepat baik, itula terfikir juga bila tiada geraham patut implant ke, tak pasti. Rasa suasana raya bila sebut sampul duit raya, hipster, menarik!
ReplyDeleteAlhamdulillah hilang sakit gigi berlubang tapi sambung sakit lepas cabut gigi pulak. Memang seram. Harap cepatlah baik.
Deletesebut raya terus raya vibes raya kan :)
Oh, patutlah nampak macam tak aktif berblog. Murahla kos cabut bius jahit semua tu di Klinik Alisa tu. Kalau di JB ni, jangan haraplah dapat harga cenggitu. Mesti tak tahan sangat sakitnya sampai minta dicabut, sakit gigi memang tak boleh bawak bincang 😅
ReplyDeleteA ah, kira murah jugak. Kat Seremban pun tak dapat harga camtu kak. Sebab tak boleh tampal dah, terpaksalah cabut. huhu.. lansung takleh bawak bincang dah.
Deletesama la saya, sakit gigi tu kadang boleh bawa kemurungan. saya terpaksa kunyah ais elak sakit tu bertambah sakit. lepastu saya tak tahan, pergi la klinik gigi. sebenarnya gigi bongsu berlubang dan saya harapkan tampalan. bila consult dengan doktor gigi, situasi gigi bongsu saya disarankan untuk dicabut di hospital. alhamdulillah hanya membuat tampalan untuk elakkan ianya bertambah sakit. dah alhamdulillah, gigi dalam keadaan baik saja. tu pun agak sukar juga untuk membuat tampalan. haha
ReplyDeleteSyukur masih boleh tampalan lagi tu. Bab sakit gigi memang takleh banyak bincang. Sakitnya tu tak tahan sampai kepala.
DeleteHehe seram tidak tengok lama gambar Fiza letak.
ReplyDeleteAduh tidak boleh selamat gigi geraham tersebut.
Yang merasainya lagi seram kak. Hehehe.. nak buat macamana kak, terpakserela juga lah dibiarkan cabut.
Deletecantik klinik dia...simple dan kemas..
ReplyDeleteYe, kliniknya minimalist 😊
Deleteouch..ngilu membacanya walaupun saya ni dah puas jugaklah keluar masuk klinik gigi. nice jugak review Fizah. Saya ada sepupu tinggal di area Taman Yayasan. boleh rekemen sebab dia takut dentist
ReplyDeleteNgilu tu jangan cakaplah Sal. Ikutkan tak sanggup tapi terpaksa hadap jugaklah.Ohh da sepupu eh kat Yasan. Bolehlah recommend klinik ni sebab doktor dia friendly.
Deletengerinya bila kata kene jahit tu dik oi... gigi geraham memang payah nk cabut lagilah kalau akar nya masih kuat lagi...
ReplyDeletemacam terasa-rasa lak gigi akak kesakitannya tu... moga semua dipermudahkan dan cepat sembuh gusinya tu ya
Ngeri memang ngeri kak Dana. A ah susah nak cabut. Kesakitan lepas cabut tu yang tak tahan tu. Masa cabut dibius okay lagi lah.
DeleteAamiin..terima kasih Kak Dana.
Murah juga tue . Mana nk dapat harga rm115 sekarang ni kan .bestnya . Kadang ikut keadaan gigi juga . Kalau teruk lagi ada extra charge
ReplyDeleteItulah tu, harga murah juga kalau nak dibandingkan dengan klinik lain. Betul, ikut jenis rawatan juga.
Deleteteringat ammi masa cabut gigi geraham..mula2 doctor selamatkan 1/2 gigi sbb yg itu masih utuh. setahun setengah kemudian baru yg 1/2 tu goyang dan sakit. cabut jelah jawapannya dan 2 kali bius sbb bius pertama kali tu dah habis dan ammi dah terasa sakit tapi masih belum dapat tanggalkan tapak gigi. sampai bengkak sebelah muka ammi
ReplyDeleteAllahuakbar...kalau gigi geraham ni sakitnya lama betul kan. Macam macam komplikasi sebab dia dok belakang tu. Sakit tu jangan cakaplah. Membawa sampai ke kepala. Inipun bengkak sikit pipi. huhu...
Delete