Koleksi Decorative Washi Tape

Dari beli satu pek, bertambah lagi koleksi decorative washi tape yang ada. Sebaris kiri tu dah lama beli sebenarnya. Tapi boleh pula tiba tiba dia menghilangkan diri entah kemana masa nak guna tu. Puas mencari.

Benda kalau hilang, lupa letak mana bila mencari tu tak kan jumpa. Bila tak mencari, eh ada pulak jumpa. Dah tak jumpa masa mencari tu, encik suami lah jadi penyelamat kena keluar kejap membeli. Nasib baik ada Mr DIY dekat je.

Tak boleh nak expect apalah kalau suami memilih walaupun bervideo call. Tak ada pilihan lain, suami beli 2 baris kanan tu. Sebenarnya semua tu dalam satu bekas, bukan dijual satu satu. Ada pelbagai saiz dan corak.

Okaylah, ada jugak corak yang berkenan di hati. 

decorative washi tape

Apakah Washi Tape

Washi tape ni sejenis tape yang pelbagai guna untuk dekorasi projek kraft, kad ucapan, journals dan lain-lain yang sesuai selain digunakan sebagai masking tape.

Decorative washi tape ni lebih menarik dengan pelabagai warna, corak dan saiz. Nipis dan tahan lama diperbuat daripada tumbuhan hijau dan buluh. Sejenis tape yang mudah melekat termasuklah dipermurkaan papan, plastik dan metal. 

Mudah juga untuk ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan atau rosak. Washi tape ni sekadar untuk melekatkan dan mencantikkan je. Bukan jenis tape yang kuat melekat tu. 

Saya akan gunakan washi tape ni untuk letakkan pada bungkusan hadiah atau kad. Kalau tak ada kad ucapan, boleh juga tulis atas washi tape ni sebagai pengganti.

16 comments:

  1. Haha bila dicari tak jumpa, macam bole relate ja.. Suka sticker-sticker, washi tape ni sweet for decoration.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, geram je rasa. Dah kena beli baru pulak. Yep, sesuai sangat untuk deko deko buku atau kad.

      Delete
  2. tak boleh terjebak membeli, jadi ketagih. lepas tu jadi perhiasan dlm kotak je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kes lain, membeli sebab tak jumpa yang lama. hihi...Nak melabel barang guna washi tape ni pun boleh. Terguna lah dia dari simpan dalam kotak je :)

      Delete
  3. Dia lebih mcm masking tape kan..senang ditanggal tanpa meninggalkan kesan..
    Anyway Aini geram gak tengok barang bende2 macam ni..comel je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, begitulah. Cuma dia lebih menarik bercorak tapi itulah tak kuat sangat gamnya pun. Untuk tampal biasa okaylah. Benda comel ni rasa cepat terpengaruh je kan.

      Delete
  4. Sekarang moden dah. Dulu guna riben je. Tampal pakai selotep. Tak pun gam. 😂

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kalau ada keperluan boleh beli. Jika tidak, tak beli pun takpe :)

      Delete
  6. Benda kalau time nak guna, time tulah dia main sembunyi-sembunyi kan hahahah
    Oh, akak apa-apa jenis tape cantik begini memang auto rambang mata! Selalu kena berperang dengan diri beli sebab tamak nak beli banyak.

    Washi tapes ada jenis tak boleh simpan terlalu lama sebab nanti adhesive jadi melekat-lekat atas permukaan washi. Tak pun, bila kita nak guna jadi tercarik atau terkoyak sebab dia macam kertas beras kan...sensitif. Akak akan emo kalau washi akak jadi begitu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyorok panggil tak menyahut. hehehe..cantik cantik lagi buat rambang mata kan. Takpe, yang penting benda ni nak digunakan.

      So far masih elok yang lama tu. Sedih gak kalau simpan lama tercarik gitu. Elok elok boleh guna tak dapat guna. Sayang pun ye. Memang emolah kan cerita dia.

      Delete
  7. Tak pernah jumpa washi tape saiz besar tu. Hari ni baru nampak. Selalu yang standard kecil tu je .

    ReplyDelete
  8. Tidak pernah guna. Mungkin kalau rajin buat kraf atau selalu guna mungkin terjebak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..yang suka kraft mesti akan beli untuk koleksi dan kegunaan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.