Kuih Badak Berendam

Tekak meminta minta nak kuih badak berendam. Sehari sebelum tu kemain teringin sangat makan. Sebab puasa kan, mulalah nak makan itu ini. Tak ada rezeki sebab kedai dah tutup. Maknanya jualan kuih muih dah habis lah tu.

Kalau lambat memang kempunan lah. Esoknya tu, pesan kat suami pergi awal nanti kempunan lagi nak makan kuih badak berendam. Alhamdulillah, rezeki dapat juga kuih badak berendam. Minta suami beli 6 biji kuih badak berendam, sekali dia bawa balik 7 biji semuanya.

Katanya beli 6, ada tinggal satu lagi. Jadi dia belilah sekali 1 yang tinggal tu. Borong terus habis. Kira rezeki jugak tu dah hujung hujung tinggal stok kuih badak berendam. Cuba kalau lambat pergi, kempunan sekali lagilah. Menangis bucu katil. Ke masuk gua batu belah batu bertangkup.

Kuih Badak Berendam

Walaupun rupamu tak berapa nak halus mulus licin, tapi kesedapanmu tetap menjadi pujaan hatiku. Rasa kuih badak berendam makcik ni maintain sedap sama macam pertama kali beli kuih badak berendam tahun lepas.

Harga pun maintain lagi, sebiji 50 sen. Berbaloi sebab sedap dan saiznya besar. Gemok gemok badak ni. Kuah santannya pun pekat dan berasa lemak manis santan.

Kuih Badak Berendam

Yang paling best tu, inti dia padat. Bukan tepung yang menebal. Semasa menulis ni pun terasa rasa nak makan lagi. Tahu je cara buat kuih badak berendam ni. Boleh je ikut mana mana resipi kuih badak berendam dalam internet.

Tapi itulah, tak pakar nak membuat kuih tradisional ni. Nak cari santan segar pun payah. Santan kotak mana sedap sangat kan. Jadi, kita serahkan pada yang pakar je lah. Kita tahu beli je.

Kuih Badak Berendam

Beli di Jalan persiaran desa rhu 1, makcik tu berniaga depan rumah je. Ada banner kedainya, tapi lupa namanya. Nanti dah tahu saya update ye.

14 comments:

  1. nampak pun mneyelerakan hehehe... betul tu klu part santan tu kena fresh baru sedap lemak kuah nya kan

    ReplyDelete
  2. Kuih kegemaran kita ni Fizah tapi sekarang susahnya nak jumpa yang asli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasalnya. Nak jumpa yang betul betul asli dan kena dengan selera tu payah. Dah jumpa, berkali kali repeat beli. hehehe...

      Delete
  3. Inilah badak kegemaran akak! Tapi dah lama tak makan...susah nak cari yang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badak kegemaran saya jugak :)
      Susah nak dapat kuih lama lama yang sedap kan kak. Bila dapat yang sedap ni terasa nikmatnya.

      Delete
  4. Susah nak dapat kuih ni, Alhamdulillah rezeki dapat juga makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, susah nak dapat. Alhamdulillah rezeki dapat yang kena dengan selera.

      Delete
  5. Kuih badak berendam ni, jarang jumpa kat sini. Bulan puasa ada kot.

    ReplyDelete
  6. lama tak makan kuih ni. samalah saya Fizah, kuih tradisional ni tak pandai nak buat. kalau makan pandailah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lah kita. Geng suka makan. Takpe, kira serahkan pada yang pakar membuat je lah.

      Delete
  7. Betul-betul Fiza promo kalau sedap.
    Semoga makin kencang perniagaan makcik itu.
    Hehe tapi kan kalau viral susah pula Fiza hendak beli. Nanti manjang habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena dengan selera dan berbaloi beli dengan harga dan rasa dia.
      Semoga terus maju bisnes makcik tu.Aamiin...
      Belum viral pun dah habis cepat, inikan dah viral. Kena order siap siap gitu..hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.