Header Ads

Kuih Seri Muka Sedap, Berseri Seri Muka dapat Makan

Selain kuih badak berendam, saya pesan juga pada suami. Kalau ada kuih seri muka belilah sekali. Rezeki saya juga dapat kuih seri muka yang sedap. Kebetulan juga stok jualan makcik tu tinggal hujung hujung juga.

Dapatkan 4 potong kuih seri muka. Saiznya boleh tahan besar sepotong. Sangat berbaloi dengan harga 50 sen. Susah nak jumpa kuih muih saiz besar dengan harga tu. Even yang sebekas RM2 pun, saiz kuihnya sedang sedang je.

Baru saya tahu nama lain kuih seri muka ni, antaranya :
  • Kuih Puteri Salat
  • Kue Talam Ketan Pandan
  • Pulut sekaya
Jujur cakap, kuih tradisional ni memang saya tak pakar nak membuatnya. Pakar makan je lah. Setakat masak lauk campak campak tu menjadi lah jugak. Kuih muih dan kek kek kena bersukat bagai, sayalah penggagal tegar. Jarang hasilnya terbaik.

Sekarang dah mudah, nak masak apa je resipi dah tersedia di internet. Kot rajin nak cuba buat kuih seri muka, bolehlah cuba resipi kuih seri muka dalam carian internet.

Kuih Seri Muka Sedap

Rezeki sungguh lah dapat  makan kuih seri muka sedap ni. Pulutnya masak elok, lapisan atas pun sedap rasanya. Tak manis, just nice. Dah rasa segigit, nak makan lagi dan lagi. 

Kuih Seri Muka Sedap

Kagum lah dengan makcik yang menjual tu. Menu makanan dia sedap sedap. Kuih badak berendam sedap, laksa sedap. Bagus berniaga untuk kepuasan selera pembeli. Bukan semata-mata untuk keuntungan. Air tangan mak - mak kan, mesti lah sedap.

هناك 22 تعليقًا:

  1. kuih febret ni.. seri muka!!
    kalau dapat pulut yang lembut, mmg x cukup seketul :D

    ردحذف
  2. Syu panggil pulut sekaya. He3.
    Masa kecik2 dulu, paling tak suka bahagian pulut tu. Sekarang dah besar panjang, dua2 bahagian Syu suka 😋

    ردحذف
    الردود
    1. Selera pun berubah ikut zaman kan...Baru kita faham betapa sedapnya kuih lama lama ni yang dulu kita memilih tak berapa nak suka. Hehe...

      حذف
  3. Nikmatnya dapat makan kuih seri muka yang sedap, cukup rasa dan sedang elok teksturnya.
    Memang berseri-seri muka kita yang makan kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Auto berseri terus dapat makan kuih seri muka yang enak tiada bandingannya :)

      حذف
  4. tengok je dah tau sedap. sini pun kuih dah agak mahal. 4 hiris kecil ada yg rm2-rm3

    ردحذف
    الردود
    1. Ini memang sedap. Susah nak jumpa orang yang betul betul berniaga ni. Mana yang mahal dan saiz tak sepadan tu kadang nak tak nak beli jugak. Faham juga bahan mentah pun harga dah naik.

      حذف
  5. kalau sedap, harga mahal sikit pun orang akan beli. apatah lagi kalau berpatutan. ni antara kuih kegemaran kalau berbuka puasa

    ردحذف
    الردود
    1. Betul! Mahal tapi sedap takpe. Kuih manis manis ni makan masa berbuka memang nikmat betul kan Sal.

      حذف
  6. Ni kuih fav Pak Zain ni...lately ni x leh dah makan kuih ni..dia cepat angindalam badan...pas tu akan muntah...maybe sebab pulut tu kot

    ردحذف
  7. Sedapnya lemak lemak manis..
    Nak buat agak renyah.. tak pernah buat sendiri lagi . Kena belajar juga ni sebab nanti nak buat senang. Sekarang nak jumpa orang yang betul betul pandai buat kuih tradisional yang sedap memang susah... Yang buat buat pandai dan jual ramai je.. 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Renyah satu hal. Kena guna bahan yang fresh dan cara tradisional baru sedap. A'ah betul tu, ramai je yang buat buat pandai. hehehe...

      حذف
  8. Rezeki Fiza dapat kuih seri muka sedap dan kuantiti lebih.
    Bayang Fiza tersenyum lebar.

    ردحذف
  9. Kue basah cam nih pernah saya coba di Medan. Tapi lupaaaa lah kak namanya 🤣. Beda nama kalo di Indonesia. Tapi bentuknya serupa sangat. Bawahnya ketan, dengan lapisan manis di atas. Saya pun suka juga kue2 tradisional seperti ini

    ردحذف
    الردود
    1. Sama juga ye. Curious nak tahu namanya. Kuih tradisional kalau diolah cara tradisional pasti sedap.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.