Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe
Balik dari AEON Nilai, singgah ZAcafe yang baru buka hari Ahad 27 Februari 2022. ZAcafe milik Zaquan Enterprise, siapa lagi kalau bukan captain kelab bola sepak Negeri Sembilan. ZA (Zaquan Ayu) tak lain tak bukan dari nama Zaquan Adha Ayu Raudhah lah.
Masih mengekalkan pek dan sticker yang sama masa mula mula rasa nasi ayam geprek AR. Tapi harga tak sama dah. Kena faham sekarang dah berniaga di cafe, ayam mentah pun dah naik harga. Tak heranlah naik harga.
Teringin nak makan nasi ayam geprek AR (Ayu Raudhah). Sebelum ni nak beli kena tunggu Ayu Raudhah open order baru dapat order. Kalau tidak, terkempunan lah nak makan nasi ayam geprek dia.
Last order nasi ayam geprek AR bulan Februari 2021 lepas, masa mula mula Zaquan pindah Negeri Sembilan. Lepas tu order pulak sambal gesek AR yang super pedas berapi tapi sedap tu. Tu yang buat tambah selera makan nasi ayam geprek.
Last order nasi ayam geprek AR bulan Februari 2021 lepas, masa mula mula Zaquan pindah Negeri Sembilan. Lepas tu order pulak sambal gesek AR yang super pedas berapi tapi sedap tu. Tu yang buat tambah selera makan nasi ayam geprek.
Masih mengekalkan pek dan sticker yang sama masa mula mula rasa nasi ayam geprek AR. Tapi harga tak sama dah. Kena faham sekarang dah berniaga di cafe, ayam mentah pun dah naik harga. Tak heranlah naik harga.
Rasa nasi ayam geprek AR maintain sedap. Portion ayam besar, rangup dan terasa rempah salutan ayam sampai ke isinya. Bekas sambal mengecil sikit dari sebelum ni dan kobis tak ada. Terlupa letak atau memang tak ada tak tahu lah.
Nasi dia banyak sungguhlah. Tapi boleh habis sebab lapar dan sedap kan. Dah ada cafe, senanglah kita nak makan kalau teringin.
Nasi dia banyak sungguhlah. Tapi boleh habis sebab lapar dan sedap kan. Dah ada cafe, senanglah kita nak makan kalau teringin.
ZAcafe
Lokasi : Wisma PBNS, Medan Rahang, SerembanWaktu operasi : Rabu - Isnin, jam 11.30 pagi -11.30 malam
Oh Ayu pelakon dulu adik che ta
ReplyDeleteYe, betul tu kak Nor.
DeleteSedap ye ayam geprek.
ReplyDeleteBeberapa hari lepas Kak Amie order ayam geprek dari Restoran Jawa Tengah di Lahad Datu. Sama rupa dengan ayam geprek AR. Tapi mungkin tak sama rasa hehehee. Maklumlah lain tempat dan lain air tangannya.
Pada saya sedaplah nasi ayam geprek AR ni. Kena dengan selera.
DeleteHehe..betullah tu, lain tempat lain air tangan mesti lain juga rasanya.
Wahhh.. sedapnya lahaiiii... haihhh.. suka nasi ayam penyet
ReplyDeleteMemang sedap nasi ayam geprek AR ni. Sambal dia tu paling power!
DeleteTak pernah lagi makan ayam geprek. Tak tahu macam mana rasanya
ReplyDeleteKot terlalu Seremban, boleh singgah sini cuba rasa :)
DeleteBagus derang ni ya, pandai buat bisnes makanan.
ReplyDeleteMemang nampak sedap ayam goreng tu.
Lama dah dorang buat kak dari Zaquan kelab Kedah dulu. Dulu dorang open bila free je. Sekarang baru ada kedai. Sedap kak. Nanti balik NS bolehlah cuba.
Deletebagus maintain sedap..customer puashati, repeat lagi..
ReplyDeleteBaru betul berniaga macam tu kan. Pelanggan datang lagi dan lagi.
Deletesedapnya..lama tak makan nasi ayam geprek. Semoga bisnes Ayu Raudhah berjaya
ReplyDeleteSinggah Seremban Sal, cuba rasa kat sini :)
DeleteAaminnn...
br tau ayu raudah wat nasi geprek
ReplyDeleteYe kak. Kot singgah Seremban boleh cuba.
DeleteMaju sudah ada kedai. Senang kalau teringin boleh singgah beli.
ReplyDeleteSemoga terus maju bisnes mereka. Senang kita teringin pun anytime boleh beli melainkan tutup :)
DeleteSedap memang sedap . Tambah2 sambal dia tu . Paduuu
ReplyDeleteSambal dia memang padu pedas berapi!
Deletebesar saiz ayam dia..
ReplyDeleteSaiz ayam dia memang besar Syu. Puas makan. Nasi pun banyak.
DeleteGoogle nampak fizah dah try rupanya ayu raudhah punya food... Ok mgu ni kita pun nak try juga la
ReplyDeleteYa, selalu jugak membeli kat situ KakRet. Puas hati rasa dengan harganya. Selamat mencuba! Sekarang dah banyak menu kat situ. Semua nampak sedap je. Tapi baru cuba nasi geprek, talapia geprek dengan mi kari.
Delete