Header Ads

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

Balik dari AEON Nilai, singgah ZAcafe yang baru buka hari Ahad 27 Februari 2022. ZAcafe milik Zaquan Enterprise, siapa lagi kalau bukan captain kelab bola sepak Negeri Sembilan. ZA (Zaquan Ayu) tak lain tak bukan dari nama Zaquan Adha Ayu Raudhah lah.

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

Teringin nak makan nasi ayam geprek AR (Ayu Raudhah). Sebelum ni nak beli kena tunggu Ayu Raudhah open order baru dapat order. Kalau tidak, terkempunan lah nak makan nasi ayam geprek dia.

Last order nasi ayam geprek AR bulan Februari 2021 lepas, masa mula mula Zaquan pindah Negeri Sembilan. Lepas tu order pulak sambal gesek AR yang super pedas berapi tapi sedap tu. Tu yang buat tambah selera makan nasi ayam geprek.

Masih mengekalkan pek dan sticker yang sama masa mula mula rasa nasi ayam geprek AR. Tapi harga tak sama dah. Kena faham sekarang dah berniaga di cafe, ayam mentah pun dah naik harga. Tak heranlah naik harga. 

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

Rasa nasi ayam geprek AR maintain sedap. Portion ayam besar, rangup dan terasa rempah salutan ayam sampai ke isinya. Bekas sambal mengecil sikit dari sebelum ni dan kobis tak ada. Terlupa letak atau memang tak ada tak tahu lah.

Nasi dia banyak sungguhlah. Tapi boleh habis sebab lapar dan sedap kan. Dah ada cafe, senanglah kita nak makan kalau teringin. 

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

ZAcafe

Lokasi : Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban
Waktu operasi : Rabu - Isnin, jam 11.30 pagi -11.30 malam

هناك 24 تعليقًا:

  1. Sedap ye ayam geprek.
    Beberapa hari lepas Kak Amie order ayam geprek dari Restoran Jawa Tengah di Lahad Datu. Sama rupa dengan ayam geprek AR. Tapi mungkin tak sama rasa hehehee. Maklumlah lain tempat dan lain air tangannya.

    ردحذف
    الردود
    1. Pada saya sedaplah nasi ayam geprek AR ni. Kena dengan selera.
      Hehe..betullah tu, lain tempat lain air tangan mesti lain juga rasanya.

      حذف
  2. Wahhh.. sedapnya lahaiiii... haihhh.. suka nasi ayam penyet

    ردحذف
  3. Tak pernah lagi makan ayam geprek. Tak tahu macam mana rasanya

    ردحذف
  4. Bagus derang ni ya, pandai buat bisnes makanan.
    Memang nampak sedap ayam goreng tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Lama dah dorang buat kak dari Zaquan kelab Kedah dulu. Dulu dorang open bila free je. Sekarang baru ada kedai. Sedap kak. Nanti balik NS bolehlah cuba.

      حذف
  5. bagus maintain sedap..customer puashati, repeat lagi..

    ردحذف
  6. sedapnya..lama tak makan nasi ayam geprek. Semoga bisnes Ayu Raudhah berjaya

    ردحذف
  7. Maju sudah ada kedai. Senang kalau teringin boleh singgah beli.

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga terus maju bisnes mereka. Senang kita teringin pun anytime boleh beli melainkan tutup :)

      حذف
  8. Google nampak fizah dah try rupanya ayu raudhah punya food... Ok mgu ni kita pun nak try juga la

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, selalu jugak membeli kat situ KakRet. Puas hati rasa dengan harganya. Selamat mencuba! Sekarang dah banyak menu kat situ. Semua nampak sedap je. Tapi baru cuba nasi geprek, talapia geprek dengan mi kari.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.