Pantai Floria, Pantai Buatan Berpasir Di Putrajaya

Pantai Floria atau Sisiran Floria dah dibuka untuk pengunjung mulai 1 Mac 2022 2 hari lepas. Pantai Floria, pantai buatan berpasir adalah tarikan terbaru di Putrajaya yang terletak di Tapak Floria Presint 4, Putrajaya.

Orang Putrajaya tak perlu pergi jauh untuk menikmati suasana pantai. Orang luar Putrajaya pun boleh berkunjung. Kembali meriah tapak Anjung Floria Presint 4 dengan adanya Pantai Floria ni setelah lama sendu akibat PKP.

pantai floria pantai buatan berpasir putrajaya

Pantai Floria akan menjadi satu tarikan baru dimana ada 5 aktiviti yang menarik iaitu : 
  • Pantai berpasir (sandy beach)
  • Bot kawalan jauh
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Kayak

Tarikan terbaru projek pantai buatan ni merupakan usaha dari PPj (Perbadanan Putrajaya) untuk membaik pulih kawasan Floria dan dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan jumlah pengunjung di pusat pentadbiran kerajaan.

Minat memancing, berkayak, berkhemah, main bot kawalan jauh atau bersantai dengan keluarga, sesuai sangatlah berkunjung di Pantai Floria nan indah ni.

pantai floria pantai buatan berpasir putrajaya

Pasti meriah Pantai Floria awal-awal baru buka ni. Bakal jadi instagrammable places in Putrajaya. Nanti nanti bolehlah singgah kalau terlimpas Putrajaya. 

Lokasi Pantai Floria

Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya

sumber photos & info : surgaroute 

24 comments:

  1. Replies
    1. Mesti kena ada ombak baru feel macam pantai. Nanti pergilah uncle 😊

      Delete
  2. tak dapat gi pantai laut, pantai tiruan pun jadik...kalau ada pokok kelapa lg best..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh. Janji dapat vitamin sea. Rasanya ada pokok kelapa kak. Ada masa bolehlah ke sini.

      Delete
  3. Wahh, cantik tempatnyaa. Menarik utk dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan. Tak payah pergi pantai jauh jauh. Sangat menarik.

      Delete
  4. nama pun dah menarik perhatian. bolehlah pergi kalau tiba-tiba ada kat Putrajaya

    ReplyDelete
  5. Cantik dan menarik.. Tapi tak leh pergi sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann KakSha. Awal awal ni mungkin ramai. Nanti bila bila free bolehlah pergi.

      Delete
  6. boleh masuk list berjalan petang ni

    ReplyDelete
  7. Tempat tarikan baru untuk orang awam ni . Boleh la santai2, berkelah kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, tempat baru mesti ramai datang awal awal ni.

      Delete
  8. Wah nampak gah dari gambarnya. Kalau pandangan mata sebenar mesti lagi besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak menarik kan dari gambarnya. Harapnya indah khabar indah rupa jugak nanti :)

      Delete
  9. awal2 ni confirm ramai penuh je orang kan. mcm menarik jugak sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Baru bukak ramai serbu. Kena pergi tak ramai orang, tenang tenang je baru boleh menikmati view.

      Delete
  10. ...kalau 'terlimpas' Putrajaya ah
    Yeaaahhhh... I laaaiiiikkkk 😁
    From land below the wind?
    Kita2 juga bainih 🤗

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Ye, nanti balik semenanjung jalan jalan Putrajaya boleh singgah sini Syu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.