Perbezaan Penapis Air Cuckoo Vs Coway, Mana Satu Lebih Bagus?

Antara penapis air Cuckoo dan Coway, mana satu penapis air terbaik? Siapa ada pengalaman guna Cuckoo dan Coway, bolehlah bagi pendapat. Nanti bolehlah dijadikan rujukan untuk mereka yang baru nak berjinak jinak menggunakan penapis air termasuklah saya.

Berhajat juga nak pakai penapis air nanti. Sebelum tu, nak pakai penapis air kenalah survey dulu dan pilih penapis air Cuckoo yang bagus. Nanti salah pilih, bukan boleh tukar sebab pakai penapis air ni ada contract. Tak pasal pasal kena bayar denda kalau melanggar contract.

Sebenarnya banyak je jenama penapis air dipasaran tapi saya yang popular di Malaysia ni penapis air Cuckoo dan Coway lah. Pening juga nak buat pilihan. Kena buat perbandingan perbezaan penapis air Cuckoo vs Coway. Sekurang kurangnya membantu untuk buat pilihan yang tepat.

Perbezaan Penapis Air Cuckoo Vs Coway

Perbezaan penapis air Cuckoo vs Coway

1. Jenis tapisan

Cuckoo
Mempunyai 1 jenis tapisan air sahaja iaitu tapisan air Mineral yang dinamakan Nano Positive. Teknologi Nano Positive ialah satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kekotoran dan benda asing berbahaya didalam air dengan meninggalkan hanya bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Coway
Ada pilihan jenis tapisan air iaitu jenis tapisan air Mineral (NanoTrap), ada tapisan air R.O (Reverse Osmosis) dan ada air tapisan Alkali. Penapis air Coway popular dengan tapisan jenis R.O. 

Melalui sistem tapisan Reverse Osmosis ini, air akan ditapis nipis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing didalam air akan tersingkir. Jadi air yang ditapis sangat halus dan sangat bersih.

2. Kualiti air dan bacaan pH

Cuckoo
Sistem tapisan Nano Positive menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan. Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).

Coway
Sistem tapisan Reverse Osmosis menapis hampir semua benda asing didalam air menjadikan airnya sangat tulen (pure). Penapis Membran R.O adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus. Metal ion atau karat bersaiz antara 0.001 – 0.0001 hanya boleh ditapi sehingga 99.9% dengan penapis R.O. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Coway pula adalah sekitar pH 6.5 hingga pH 7.5.

3. Saiz tangki

Cuckoo
Saiz tangki air penapis air Cuckoo adalah seperti berikut:
Penapis Air Cuckoo Icon:
Panas 1.4 liter,
Sejuk 2.0 liter,
Room Temperature 1.8 Liter

Coway
Saiz tangki air penapis air Coway adalah seperti berikut :
Penapis Air Coway Villaem 2
Panas 1.2 liter,
Sejuk 3.7 liter,
Room Temperature 6.4 Liter

4. Tempoh Masa Isian Semula Air Dalam Tangki

Cuckoo
Tempoh isian semula air ke dalam tangki penapis air Cuckoo adalah sangat pantas.Sekitar 300ml ke 500ml seminit.Ini antara sebab Cuckoo tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.

Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki.

Coway
Menggunakan sistem Reverse Osmosis(RO) yang mana ia agak mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.

Kelebihannya yang memiliki tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.Namun ia tidak menjadi masalah sekiranya tangki besarnya sudah penuh.

5. Pembuangan Air

Cuckoo
Teknologi Nano Positive Filtration System tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk ‘membuang’ air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.Cuckoo, jadi tiada pembuangan air.

Coway
Sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

6. Kontrak Sewa

Cuckoo
  • Normal Plan
- Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo
- Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
- Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5. Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air selepas habis bayar
  • Good Plan
- Bulanan serendah RM75.47/bulan (murah dan mampu milik)
- Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
- Kontrak perlu bayar sampai habis
-Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air. Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo

Coway
Hanya Normal Plan :
- Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Coway
- Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
- Jika nak miliki produk Coway, sambung sewa tahun 4-5. Kemudian Coway akan berikan produk selepas habis bayar

7. Kekerapan servis

Cuckoo
Setiap 4 Bulan
Tukar Filter: Setiap 4 Bulan akan tukar filter
Sediment Filter: Setiap 4 bulan
Pre Carbon Filter: Setiap 8 bulan
Natural Filter: Setiap 12 bulan
Nano Positive Filter: Setiap 12 bulan

Coway
Setiap 2 Bulan
Tukar Filter: Setiap 6 Bulan akan tukar filter
Neo Sense – Setiap 6 bulan
Reverse Osmosis – Setiap 24 bulan
Plus Inno Sense – Setiap 18 Bulan
Ceramic – Setiap 12 bulan

8. Kos Servis tahunan

Dalam tempoh rental, kos servis tidak perlu dibayar dan adalah PERCUMA. Manakala jika anda membuat pembelian secara outright/tunai, selepas tempoh servis percuma tamat, peelanggan terpaksa menanggung kos servis dan tukar filter penapis air. Kos servis kedua dua penapis ni berbeza.

9. Sijil dan Pengiktirafan

Cuckoo
Sijil Halal Malaysia
Sijil Halal Korea
Sijil Lab Test Report – myTEST
Sijil SIRIM
Sijil Korea Water Mark
Sijil NSF International
Sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea)

Coway
Sijil Halal Malaysia
Anugerah Gold Seal daripada WQA (Water Quality Association)
Sijil SIRIM
Platinum – Reader’s Digest Platinum Brand
Sijil RoHS
Asia Halal Brand: Heritage Brand
Sijil NSF International

10. Harga, yuran pendaftaran, penghantaran & pemasangan

Cuckoo
Penapis air Cuckoo lebih murah berbanding Coway. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran proses, tiada yuran pemasangan. Cuckoo RM0 yuran pendaftaran. 

Coway
Harga mahal sedikit kerana ia adalah jenama premium yang sudah dikenali khas untuk penapis air. Coway tampak mahal sedikit berbanding Cuckoo kerana servisnya yang kerap iaitu 2 bulan sekali dan saiz tangki penapis airnya yang lebih besar berbanding Cuckoo.

Ada yuran pendaftaran sebanyak RM200. Tetapi pada tahun 2018, yuran RM200 tersebut telah diberi diskaun. RM0 yuran pendaftaran juga.

Kesimpulaannya, penapis air Cuckoo dan Coway tidak mengambil sebarang caj pendaftaran, penghantaran dan pemasangan. Kalau diambil kira tentang harga, kedua-dua jenama ini sebenarnya boleh dikatakan lebih kurang harganya. 

Jika ada bajet lebih, boleh pilih Coway. Ada juga sesetengah orang tak suka komitmen bayar bulan-bulan. Lebih suka 1 time payment. Untuk kes ni, saya ada juga baca di twitter. Boleh cari penapis air second hand atau yang mengikut bajet. Tapi tak ada keistimewaan servis semua tu.

Apa apapun ikut poket masing-masing. Saya bukan penjual Cuckoo mahupun Coway, kongsi untuk rujukan sendiri juga. 

kredit : https://www.sistemguruonline.my/2020/04/coway-vs-cuckoo-2020-mana-lagi-bagus-9-perbezaannya.html

20 comments:

  1. Sebelum ni mmg x minum dedua jenis.. kt tmpt kerja punya.. sy mnum byk kali, asyik sakit tekak je.. salah satu jenama kt atas tu.. tp tahun ni.....coway dh ada kt rumah... hehe. Yg kt rumah punya.. ok setakat ni minum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat tempat kerja tak tukar penapis kot nona. Coway okay eh. Thanks share nona.

      Delete
  2. Baru bertukar ke coway dah 3 bulan
    setakat ni ok cuma kawasan sini selalu sgt putus bekalan air
    itu yg buat masalah sikit sb coway x simpan air byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak tu selalu takde air. Okay Kak Nor, terima kasih share.

      Delete
  3. Akak pulak pengguna cuckoo. So far ok je. Hehe

    ReplyDelete
  4. Dua dua saya pernah guna, so far okay je bagi saya. Takde sakit tekak ke apa ke, jadi bagi saya dua dua okey. Orang maintenance pun okey je semuanya hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKay ye dua-dua. Susah gak ni nak buat keputusan. Hihi..Terima kasih Atiqah.

      Delete
  5. ada juga penapis air macam ni kat rumah tapi bukan coway atay cuckoo la. tak ingat pula brand apa tapi setakat ni guna okla..hehe

    ReplyDelete
  6. Kak Amie gunakan Coway.
    Terima kasih Fizah kongsi info.

    ReplyDelete
  7. Saya pengguna Cuckoo. Air dia rasa lebih natural dan tak kosong berbanding RO. Kalau untuk peminat kopi, disyorkan Cuckoo sebab boleh buatkan kopi tu more to the intended taste note.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi. Sangat membantu ni. Saya peminat kopi :)

      Delete
  8. saya pon sama jugak tengah survey2 dua brand ni. tatau nak pilih mana. bila tgk komen org mcm mmbantu jugak. baca post ni pon membantu jugak. kalau tgk kat twitter ke fb semua nk gaduh suruh pakai yg one off payment murah dan jimat. tapi kita ni bukan jenis rajin kan nak servis sendri hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kena tanya yang berpengalaman jugak. Sekurang kurangnya dapat bantu buat pilihan :)

      Delete
  9. Tidak guna salah satu pun. Hehe rumah Uwan guna Coway. Akak masih suka masak air sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Kira okaylah uwan akak pakai coway tu ye? Terima kasih share kak.

      Delete
  10. Kat rumah xde penapis air coway mahupun cuckoo . Tapi kat rumah mertua ada penapis ni guna coway

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..nampaknya ramai pengguna coway. Terima kasih share Lyana.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.