Pertama Kali Cuba Masala Milk Tea Nepal

Excited sebenarnya tau nak cuba best masala milk tea Nepal, souvenir dari Nepal pemberian anak buah. Excited nak rasa tapi selera tu baru datang sebab sakit gigi baru elok. Bila dah datang deria rasa dan berselera tu, jangan ditangguh. Eloklah disegerakan buat  masala milk tea atau lebih senang kita sebut teh masala je.

Sebut teh dah sedia maklum teh susu, kan? Didatangkan dalam beg yang comel warna warni. Label dia ringkas je, bercetak biasa dan tampal.

best masala milk tea nepal

Dibelakangnya ada tunjuk how to make nepal milk tea method. Ikut je lah arahan yang diberikan tu. Tak susah, mudah je. Siap ada email lagi tu. Best before sebelum Jun, 2022. Jadi kenalah kita habiskan sebelum bulan Jun tiba.

how to make nepal milk tea nepal

Teh masala dipek dalam bungkusan aluminium. Bukan tabur je dalam beg comel tu. 

best masala milk tea nepal

Beginilah rupa serbuk teh masala. Nak panggil serbuk ke butiran entah. Dari label teh masala, ada campuran halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan lada hitam.

Semuanya digabungkan menjadi satu ramuan masala macam dalam gambar bawah ni.
 
Masala Milk Tea Nepal

Setelah dipindahkan masuk balang kaca, dapatlah separuh bekas. Tak banyak mana tapi dapatlah buat bergelas gelas teh masala jugaklah ni.

Masala Milk Tea Nepal

Apa itu teh masala

Masakan India terkenal dengan pelbagai jenis pelbagai rempah yang disebut Masala. Penggunaannya memberikan rempah dan ragam makanan sehari-hari, dan khasiat serta aroma yang bermanfaat menjadikan minuman baru dan menyenangkan. 

Jadi, teh masala adalah teh rempah yang terdiri pelbagai rempah seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis, buah pelaga, halia dan lada hitam.

Sejarah teh masala

Beberapa sumber menunjukkan bahawa teh banyak digunakan pada milenium ketujuh SM, sementara yang lain - yang ketiga. Kontroversi yang sama timbul ketika menentukan tempat di mana teh ini pertama kali dibuat. Ramai sejarawan masih berpendapat bahawa dia berasal dari India (Thailand moden).

Khasiat teh Masala yang bermanfaat tidak segera diketahui oleh seluruh dunia. Pada tahun 1835, ladang teh pertama mulai muncul di wilayah Assam, dan pihak Inggeris, untuk meningkatkan produktiviti hamba mereka dan menjadikan mereka lebih tahan, mula memberi mereka minuman sihat ini.

Kemudian, peniaga India mula mengedarkan teh Masala secara aktif, melancong dan menjualnya di pasar dan pasar dengan harga yang sangat tinggi. Untuk mendapatkan lebih banyak nilai dari penjualan, mereka mula mencampurkan rempah. Ini adalah bagaimana teh India moden berasal. Hanya pada akhir abad ke-19 - awal abad ke-20 Masala dapat diakses oleh semua orang.

Sekarang orang India menawarkan minuman ini kepada pelancong sebagai minuman tradisional, dan memujinya, memberitahu tentang khasiat dan faedahnya.

sumber :sumber :https://lifestyle-ms.cosmetius.com/pitanie/napitki/chay-masala-poleznye-svoystva-kak-zavarivat.html

Saya buat teh masala ikut resipi teh masala yang disarankan dibelakang beg tu. Saya guna susu pekat manis 2 sudu camca dan 1 sudu camca gula perang. Didihkan air dan masukkan teh, kejap je teh tu bertukar warna, letak je susu pekat baru nampak kepekatan teh masala ni.

Pekat memikat tengok rupa dia. Kalau buat teh tarik masala sedap ni. Aroma teh bercampur rempah memang sedap baunya. Rasa dia macamana pulak? Mantul! (baca : mantap betul). Rasa teh yang pekat macam teh thai tu. 

Rasa rempah ratus yang masih boleh diterima. Tak terlalu kuat pun rasa rempahnya tapi rasa tu ada. Bancuhan yang saya buat pun sedang elo kemanisannya.

Encik suami pulak kata teh ni rasa tajam sikit. Tajam tang mana tak tahulah. Mungkin rasa rempah yang kuat kot. Lain lidah, lain rasanya kan.

No wonder lah teh masala dihidangkan di sana. Berfungsi jugak untuk memanaskan badan dengan cepat bila musim sejuk salji tu. Sejuk sejuk minum teh masala ni memang terbaik.

best masala milk tea nepal

Selain tu yang saya baca, kebaikan teh masala ni boleh membantu menurunkan berat badan. Entah iye entah tidak. Mungkin kena gunakan susu yang rendah lemak atau kurangkan penggunaan gula. Rempah ratus tu dah sah sah lah ada khasiat tersendiri kan.

Tapi kalau dah dibancuh dengan susu pekat, dia akan jadi sebaliknya lah. Mengundang kencing manis hari hari minum manis. Punca obes. No! No! No!

Sesekali tu bolehlah kita buat teh masala ni. Nampaknya kena minum sorang-soranglah sebab encik suami tak berapa gemar. 


22 comments:

  1. Cantik begnya, memang sesuai jadi hadiah.

    Tak boleh nak bayangkan rasanya macamana. Tapi kalau tengok gambar2 Fiza yang cantik ni, memang rasa nak mencuba. Nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sourvenir yang menarik sangat dari sana kan. Beg comel dapat, teh masala pun dapat. Ada bahan-bahan cukup, bolehlah cuba buat kak. Kena cari serbuk teh yang kaw kaw pekatnya baru sedap. Buat sikit sikit dulu untuk merasa.

      Delete
  2. Terhibur part last bila dah ditambah susu dah hilang khasiatnya. Tak pernah lagi minum teh masala, selalu dengar je. Rupanya pun first time tengok. Mcm lada sulah pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu pekat ni kalau berlebihan memudaratkan tapi untuk kesedapan tu ye. Campuran tu dah diblend dan diproses rasanya. Kalau nak cuba rasa boleh gunakan bahan-bahannya. Ada resipinya boleh google kalau nak cuba rasa.

      Delete
  3. Itulah kalau suka rasa rempah boleh minum.
    Akak memang suka rasanya. Ada rasa unik terutama rasa buah pelaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik rasanya. Rasa rempah yang masih boleh diterima. Dah bercampur rasa, tak pasti rasa rempah mana yang terpaling rasa.

      Delete
  4. Macam nak cari teh susu masala, teringin pula nampak sedap dalam cawan kayu tu, nak:)

    ReplyDelete
  5. Cuaca sekarang pun sejuk, sesuai la minum utk memanaskan badan. Tapi betul jugak, kalau guna susu pekat, lain khasiat kita nak, lain pulak karang yg mendatang, hihihi.

    Akak belum pernah cuba, ada kedai mamak ada menu teh masala ni. Teh sarbat pun akak tak berani minum, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum pagi pagi segarkan mata pun okay jugak ni. Sekarang dah macam masuk musim panas balik je ni. Itulah tu, takut penyakit lain pulak datang kalau berlebihan manisnya.

      Teh sarbat tu macam tak berani jugak, terlalu halia kot kan?

      Delete
  6. 2x minum teh ni..not bad, walopun herba dia kuat jg..

    cantik pouch tu..very etnik..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga rasanya kan. Okaylah, pada saya tak kuat sangat rasa rempah tu.
      Yep, cantik dan sangat etnik.

      Delete
  7. Aduiii..sukanya saya dengan chai masala akak masala tea ni..bau dia segar(tapi kalau jadi peluh bau dia hangittt🤣)
    Mungkin sebab cuaca dinegara kita panas bila bergabung dengan rempah ratus tu bau dia jadi lain..hihihi
    Siap ada sejarah tu..bagus info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mama cella peminat teh masala ni. Setuju jugak tu, kalau di Malaysia ni kurang sesuai sebab cuaca panas. Minum pagi tau petang buat panas badan waktu hujan okay lagilah kan. Hehe...

      Delete
  8. mesti teh ni organik dan tak banyak preservative, sebab tu shelf life dia tak lama. bukan selalu dapat rasa ori dari sri lanka yang memang terkenal dengan kebun teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tahan lebih kurang 4-5 bulan macam tu kot kan. Orang memberi kita merasa Sal.

      Delete
  9. Tak boleh bayang macam mana rasa. Berempah? Belum pernah nampak lagi. Garam masala je kenal. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba tu BK, boleh buat sendiri kat rumah. Cari resipi kat internet :)

      Delete
  10. Kakak tau juga istilah mantul 😄👍..

    Btw, cantiiiiik warnanya.. kecoklatan. Saya kira bakal hitam pekat 🤣. Jadi terbayang teh tarik memang .

    Tapi Krn blm rasa, blm tau lagi bakal suka atau tak. Harap2 lah bisa ke Nepal trus mau coba teh masala di sana 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh medsos fanny, tahu jugaklah mantul. hihi...

      Ya, warnanya pekat. Boleh cuba buat sendiri di rumah kalau nak tahu rasa teh masala ni. Cuma tak original rasa teh masala Nepal lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.