Pintasan Saloma Tak Berlampu
Balik dari makan malam di Verandah Restaurant Cyberview Resot & Spa, kononnya nak lepak jalan jalan di Putrajaya. Tapi patah niatnya. Berhajat macam nak pergi KLCC (Kuala Lumpur City Centre) atau Pintasan Saloma (Saloma Link Bridge).
Lalu depan KLCC, mak oiii ramainya umat manusia. KLCC is cancel. Maka menujulah kami ke pintasan saloma from KLCC. Cara ke pintasan saloma dengan menggunakan perkhidmatan waze lebih mudah walaupun jalan berliku liku masuk sini masuk sana lalu perumahan, akhirnya sampai jugak. Tak sesat!
Pintasan Saloma merupakan mercu tanda baharu ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia yang turut dihiasi dengan lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap malam.
Jejantas di bawah projek Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini memiliki jarak 370 meter dan dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang dengan kos pembinaan RM31 juta.
Pintasan Saloma juga memendekkan jarak perjalanan Kampung Baru-KLCC daripada 30 minit kepada 15 minit sekiranya melalui laluan seperti berikut.
Waktu kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih macam tu. Kami parkir kereta tepi jalan berdekatan dengan tangga naik ke Pintasan Saloma. Kebetulan ada parkir kosong bawah tu. Dekat nak berjalan pun. Parkir free.
Saloma bridge entry fee pun free juga. Tak dapat lepak kat KLCC, ambil gambar dari jauh pun jadilah. Nampak tak pintasan Saloma tu gelap je tanpa lampu. Mungkin kami sampai dah lewat, makan Pintasan Saloma tak berlampu lah. Gelap je. Tak meriah lah tu.
Agaknya ada cut off time tutup lampu kot. Entahlah. Tak ada rezeki nak tengok Pintasan Saloma meriah dengan lampu berwarna warni. Ingatkan sentiasa berlampu. Rupanya silap!
Ramai jugak sebenarnya kat sini. Anak anak muda dan keluarga datang ambil peluang merakam lensa indahnya pintasan saloma. Agak tipis peluang nak ambil gambar tanpa orang lalu lalang. Tak payah lah blur kan gambar mereka. pakai mask kan. Orang tak kenal. Hihi...
Malas nak tunggu turn, asal boleh je lah bergambar. Struggle jugak ambil gambar malam ni. Cahaya kurang dan gegar pun ye.
Lalu depan KLCC, mak oiii ramainya umat manusia. KLCC is cancel. Maka menujulah kami ke pintasan saloma from KLCC. Cara ke pintasan saloma dengan menggunakan perkhidmatan waze lebih mudah walaupun jalan berliku liku masuk sini masuk sana lalu perumahan, akhirnya sampai jugak. Tak sesat!
Pintasan Saloma
Pintasan Saloma (Saloma Link) dibuka untuk laluan orang ramai dari Kampung Baru ke KLCC. Design Pintasan Saloma mengetengahkan reka bentuk unik yang inspirasi dari sirih junjung, iaitu seni gubahan adat Melayu.Pintasan Saloma merupakan mercu tanda baharu ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia yang turut dihiasi dengan lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap malam.
Jejantas di bawah projek Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) ini memiliki jarak 370 meter dan dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang dengan kos pembinaan RM31 juta.
Pintasan Saloma juga memendekkan jarak perjalanan Kampung Baru-KLCC daripada 30 minit kepada 15 minit sekiranya melalui laluan seperti berikut.
- Dari Kampung Baru: Naik jejantas melalui Lorong Raja Muda Musa 3, 100 meter dari LRT Kampung Baru.
- Dari KLCC : Naik jejantas melalui Jalan Saloma, sebelah menara Public Bank.
Waktu operasi Pintasan Saloma/ Saloma Bridge opening hours
Dibuka Isnin hingga Sabtu, bermula jam 5 pagi hingga 1 pagi, manakala Ahad dan cuti umum dibuka jam 5 pagi hingga 12:30 pagi.Bagi mengelakkan perbuatan vandalisme, PKB memutuskan untuk tidak membuka Pintasan Saloma selama 24 jam, tetapi mengikut waktu operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang akan berakhir tengah malam.
Waktu kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih macam tu. Kami parkir kereta tepi jalan berdekatan dengan tangga naik ke Pintasan Saloma. Kebetulan ada parkir kosong bawah tu. Dekat nak berjalan pun. Parkir free.
Saloma bridge entry fee pun free juga. Tak dapat lepak kat KLCC, ambil gambar dari jauh pun jadilah. Nampak tak pintasan Saloma tu gelap je tanpa lampu. Mungkin kami sampai dah lewat, makan Pintasan Saloma tak berlampu lah. Gelap je. Tak meriah lah tu.
Agaknya ada cut off time tutup lampu kot. Entahlah. Tak ada rezeki nak tengok Pintasan Saloma meriah dengan lampu berwarna warni. Ingatkan sentiasa berlampu. Rupanya silap!
Pintasan saloma tutup pukul berapa entah sebenarnya musim COVID ni. Macam tak valid pulak operation hours tu. Macam awal sangat tutup. Disebabkan tak ada lampu, potong mood nak ambil gambar beria. Ala kadar je sudah.
Ramai jugak sebenarnya kat sini. Anak anak muda dan keluarga datang ambil peluang merakam lensa indahnya pintasan saloma. Agak tipis peluang nak ambil gambar tanpa orang lalu lalang. Tak payah lah blur kan gambar mereka. pakai mask kan. Orang tak kenal. Hihi...
Malas nak tunggu turn, asal boleh je lah bergambar. Struggle jugak ambil gambar malam ni. Cahaya kurang dan gegar pun ye.
Walaupun tak ada mood, tetap nak bergambar kat sini. Tanda dah sampai. Tapi macam kena pergi sekali lagi je. Nak tengok versi berlampu pulak.
Sedih lak tengok dia gelap camtu hehe
ReplyDeleteItulah tu. Sedih lagi bila sampai bergelap macam tu. huhu...
DeleteAla sayang nya lampu dia x buka..
ReplyDeleteKalau dah cantek dah pose kat situ
Tak ada rezeki tengok versi berlampu KakRet. Silap timing datang sini sebab tak tahu. Itulah tu, kalau tidak cantik dah gambarnya.
DeleteBelum berkesempatan lagi nak pergi sini
ReplyDeleteAda masa bolehlah singgah sini nanti :)
DeleteAduh, kena g lagik nih kalau gitu gayanya... Haha.. Janji ada sekeping gambo.. ye dak
ReplyDeleteNampaknya macam tu lah. Tapi entah bila nak repeat tak tahulah. Janji dah pergi okaylah
Deleteammi yang duduk KL ni tak pernah pun sampai.
ReplyDeleteeloklah dia buat timing gitu kalau tak ada je mcm2 perkara tak elok nanti..dgn bau kencinglah, org mintak sedekah baring2 kat situlah...
Kena sampai tu Ammi, sekali pun jadilah. Hehe...
DeleteBetul, setuju tu. Eloklah terjaga dan tak bukak 24 jam. Sedangkan kalau jejantas biasa pun boleh jadi macam tu, inikan yang sebegini ramai orang.
Eh masa akak pi dulu tu dengan Dania daha kul 11 malam dekat kul 12 pagi dah tapi lampu masih meriah...ada masalah teknikal kot tu...
ReplyDeleteOh ye? Mungkinlah tu kot kak. Sedih betul datang tak berlampu macam ni.
Deleteinilah tempat awam terakhir saya pergi sebelum Malaysia dilanda covid. hehe. Memori betul.
ReplyDeleteBetul betul tinggalkan kenangan tu Sal. Masa tu baru lagi kan.
DeleteTak pernah lagi betul betul jejakkan diri dekat saloma bridge ni. Selalu memang tengok dari jauh sebab tak tahu nak parking dekat mana!
ReplyDeleteSaya parking kat bawah tu je Nadia.
Deletemesti DBKL tak bayar bil laa tu
ReplyDeleteHaha..entahlah Anies. Tapi tak mungkin kot. Mungkin masalah teknikal lah tu
DeleteHendak pergi juga. Cuba jalan-jalan dari KLCC ke Kg Baru.
ReplyDeleteItulah tu, nak juga jalan jalan KLCC dan sekitarnya. Next time kena jalan jalan lama sikit.
Delete