Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Tahu tak sunscreen ni kena pakai hari-hari. Ye, walaupun duduk di rumah tetap kena pakai sunscreena juga. Mungkin ramai yang tak tahu kepentingan pakai sunscreen. Dulu saya pun anggap macam tak ada keperluan pun pakai sunscreen bila duduk rumah. Sebab tak keluar rumah, tak kena cahaya matahari kan. Rupanya saya silap.

Fungsi Sunscreen untuk wajah

1. Mengelakkan kulit sunburn/sun-tan/gelap/hitam/kulit terbakar
2. Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
3. Mengelakkan pigmentation/ jeragat (punca utama jeragat sebab tak pakai sunscreen)
4. Mencegah punca kanser kulit

baca juga : perbezaan sunscreen dan sunblock

Banyak kesan pakai sunscreen ni untuk menjaga kecantikan kulit. Baru baru ni terkena racun tiktok lagi. Sebelum racun tiktok beli produk Always Be Pure, sekarang ni terbeli Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++ pulak.

Bukanlah terbeli sangat pun, memang nak beli sunscreen sebab stok hampir habis. Alang-alang nak beli baru, kita cubalah Elegant Whitening Emulsion pulak. Asyik naik kat fyp je, mana tahan kalau tak beli. 

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE)

Elegant Whitening Emulsion adalah krim pemutih berasaskan air yg dirimus khas dengan pemutihan segera. anti-penuaan dan penghidratan aktif.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Didatangkan dalam bentuk bekas silinder, nampak exclusive sangat produk Sunscreen Elegant Whitening Emulsion ni. Warna bekas dan tube dia pun menarik. In real macam warna dusty purple pink macam tu.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Penutup tube warna pink metallic. Cantik kombinasi warna sunscreen ni dari bekas sampailah ke produknya.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Tube juga di seal untuk mengelakkan krim terkeluar dan kebersihan produk pun terjamin.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Kebaikan Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan garisan halus kulit
  • Melindungi kulit dari Sinaran UV
  • Menegangkan kulit
  • Mencarahkan kulit dengan adanya vitamin B3
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Anti penuaan (Anti - aging)
  • Krim yang berbau wangi
  • SPF 50++
  • Boleh dijadikan sebagai asas makeup (makeup base)
  • Meratakan tona kulit
  • Menghilangkan jeragat
  • Boleh dijadikan sebagai foundation
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membeli Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++  sebab dia boleh gantikan foundation. 

Bila pakai foundation biasa berwarna tu, auto face mask jadi kotor kan. Bila pakai suncreen Elegant Whitening Emulsion ni, kulit lebih cerah sikit seolah olah macam pakai foundation lah cerita dia. Face mask pun tak dicemari dengan warna lain.

testimoni elegant whitening emulsion
tona kulit lebih cerah dan pinkish


Sebelum ni pakai suncreen jenis biasa je memang betul betul untuk protect kulit. Tapi Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++  ni luar biasa sikit sebab boleh gantikan sebagai foundation gitu. 

Tambah lagi kebaikan elegant whitening emulsion ni memenuhi apa yang saya nak. Paling best dia tak berminyak sangat walaupun nampak berkilat sikit. Macam biasalah kalau pakai suncreen kan. Mudah untuk oleskan pada kulit selepas pakai pelembap.

elegant whitening emulsion

Bau Elegant Whitening Emulsion ni wangi tau! Krim dia pun warna putih pink. Bila pakai nampaklah cerah merah merah jambu gitu. Mula mula tu pakai agak kelabu sikit sebab krim ni putih pink kan. Kulit saya pulak tak berapa nak cerah.

Tapi dah lama pakai dia jadi cerah sekata macam tu. Best pakai, tak rugi membeli. 

Kandungan Elegant Whitening Emulsion (EWE)

  • Niacinamide (Vitamin B3)
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
  • Caesalpinia SpinosaGum(TaraTree)
  • Helianthus Annuus Extract (Sunflower Shoot)
  • Cichoriumlntybus (ChicoryRoot)
  • Avena Strigosa Seed Extract (BlackOats)

Cara guna Elegant Whitening Emulsion

Lepas cuci muka, pakai toner kemudian pelembap baru pakai Elegant Whitening Emulsion. Begitulah langkah yang betul. Bukan cuci muka terus pakai sunscreen tau! Silap tu.

Cara memilih sunscreen

Pilihlah sunscreen yang mengandungi Broad Spectrum yang memberikan perlindungan daripada UVA @ UVB. Mudah je untuk tahu, pastikan ada SPF ++ & PA ++.

Nampak macam best kan sunscreen ni. Jangan tanya kenapa saya teracun membeli. Bukan review berbayar. Review sebab produk menarik dan best pakai. Sesuai dengan kulit setakat ini.

Harga RM89, boleh cari dalam carian google. Boleh beli direct dari website, shopee atau mana mana platform. Boleh survey mana-mana seller yang berkenan di hati.

20 comments:

  1. tak pernah pulak pakai brand ni. selalu pakai biore je sebab muka kita berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni saya pakai juga Biore UV Aqua biru tu. Saja bertukar cuba yang ni pulak. Kalau okay dengan kondisi kulit okaylah tu.

      Delete
  2. Wah boleh gantikan foundation jugak ye. Menarik ni. Boleh share beli kat mana & harga berapa? Nanti sunscreen dah habis boleh la usha yang ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tak perlu tepek foundation dah. Saya ada share dalam entri. Boleh cuba :)

      Delete
  3. Saya pulak teracun nak membeli. Sekarang dah 30 lebih baru lah rajin pakai sunscreen. Takut jeragat beranak-pinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..yang aritu dah beli tak? Itulah tu, lambat nak mendisiplinkan diri bab skincare ni. Sama sama lah kita membaik pulih kulit :)

      Delete
  4. Dulu zaman remaja dan zaman muda saya abaikan penjagaan kulit.Selalu biar terdedah pada matahari sebab tak mampu nak beli..Sekarang nampak kesannya...huhu
    Anak2 dara saya pesan jaga kulit setidak2nya basic pun jadi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu,samalah saya pun. Menyesal jugak abaikan dulu. Sekarang baru lah nak consistent skincare basic ni.

      Delete
  5. Cantik bekasnya. Krimnya pun warna putih pink. Memang kalau tengok pakej luaran rasa mahu beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas dia memang cantik dan exclusive. Hehe..itulah, lalu saya pun terbeli lah :)

      Delete
  6. Wah pinkish jdnya
    kadang2 terlupa jga nk.pakai 😉dan kadang2 malas pun ada he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, jadi pinkish gitu selepas pakai.
      Hihi..pasni jangan lupa kak :)

      Delete
  7. Packaging pun nampak menarik la ..combination warna yg cantik . Cream pun pinkish2 ya

    ReplyDelete
  8. suka packaging dia. dulu masa kat uni takde kesedaran pakai sunscreen. abis muka mama kalah org africa lepas buat aktiviti pantai seharian haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu asal pakai moisturiser je dah okay kan. Rupanya suncreen ni penting lagi. Ye, packaging dia memang lawa. Jatuh hati jugak sampai terbeli. hehe...

      Delete
  9. Tak pernah dengar lagi brand ni. Macam menarik juga untuk dicuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand ni pun saya baru tahu kat tiktok..menarik pulak, itu yang terbeli. Boleh cuba naniey.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.