Tak Habis Mengkaji RFID
Masa tu claim yang e wallet RM50 melalui aplikasi Touch ‘n Go. Kiranya percuma lah masa dapat tu. Touch ‘n Go RFID edisi awal. Dah pasang awal tapi tak guna. Sejak mula dilaksanakan tu barulah dapat mencuba Touch ‘n Go RFID ni. So far guna di mana mana tol tak ada masalah. Lancar lalu tol.
Tak nak sambung master ke? Oh tidak! Otak dah tepu dah. Biarlah encik suami yang teruskan master dan sekarang tengah struggle habiskan road to PhD dia.
Dulu cita-cita nak jadi arkitek. Tapi dah kenapa dari teknik membawa ke diploma seterusnya ijazah pun ambil electrical enginering jugak. Ini namanya kecelaruan otak. Anak bongsu, mana boleh buat pilihan sangat.
Dah abang sulong ambik electrical, kita pun mengikutlah. Kita tak dapat jadi engineer takpe, dah menurun pada anaknya 2 orang ambil electrical dan dah jadi engineer pun. Alhamdulillah, setiap orang rezeki berbeza.
Janganlah anggap buang masa tuntut ilmu tapi tak dapat kerja bagus. At least, kita ada peluang menimba ilmu. Kadang tak suka orang dok cakap cakap, kita ni belajar tinggi tapi tak kerja. Hellooo, duduk rumah bukan goyang kaki tau. Tak kan buat kerja kena tunjuk. Kita bukan kerja office hour masuk kerja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang.
Kerja tak pernah habis sampai sakit otak nak kena perah idea. Well, tak dapat jadi arkitek dapat buat freelance graphic designer pun jadilah. Acah acah gitu. Nak buat camne, kita ni otak kanan bukan kiri.
unce pun setakat guna rfid lancar je....
ReplyDeleteBaguskan kalau lancar pergerakan lalu tol. Jangan lupa topup sudah :)
DeleteTak pernah guna lagi rfid ni.. Sebab jarang sangat-sangat lalu laluan bertol ini..
ReplyDeleteohh..baguslah elak lalu laluan tol, jimat lagi.
Deletecara nak berhenti keta tu kena pelan2 baru detect. kita pun baru pasang sebab risau nanti diorang hapuskan touch n go. kalau ada smart tag balik, baru nak bertukar semula.
ReplyDeleteYe, begitulah. Dah sampai baru detect. Rasanya RFID better lagi dari semua :)
Deletekerja bidang sains and engineering ni result kena power baru senang dapat kerja. tipulah orang kata pointer tak penting. saya sendiri pun graduan Sains, tapi dah tersasar jauh. nak patah balik bidang tu pun susah sebab degree dah basi. haha
ReplyDeleteSetuju tu Sal. Pointer sangat penting sebab yang hebat hebat pointernya senang dapat kerja. Itulah tu, degree peram lama dah kan. huhu...
Deleteeh kita sama bidang!
ReplyDeleteehhh..tersama pulak..kita degree je, ciksun PhD dah :)
DeleteAlhamdulillah Tahniah Fiza berjaya kaji RFID, macam-macam cerita RFID ni nak spy, nak detect la hehe.. masih guna smart tag lagi oops:)
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteAsalkan boleh guna dan berfungsi kak :)
Setakat ni wak jarang2 lalu lebuh raya
ReplyDeleteJalan dekat dekat ye wak.
DeleteKita belum pasang lagi . Masih guna T&G / Smart Tag.
ReplyDeleteNanti nak letak juga lah sebelum Raya
Letak awal nanti tak kalut kalau yang lain tak boleh guna.
DeletePengalaman saya guna RFID lagi lancar daripada Smart TAG
ReplyDeleteBetul, setuju!
Delete1st time guna RFID minggu lepas..tersangkut kat Tol Sg Dua..hihihi..rupanya kena slow skit masa masuk tol yer..
ReplyDeleteBelajar itu fardhu ain..kerja itu kita usaha yang menentuka. rezeki kita Allah.Pastinya apa yg Allah kurniakan itu yg terbaik untuk kita..insha Allah
Gud luck untuk suami Fiza..semoga Allah kurniakan kejayaan cemerlang untuk kalian.
A ah, kena slow sikit. Kadang dah nak dekat sangat tu baru lah detect. Risau jugak kadang.
DeleteBetul, Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita. Terima kasih mama cella doakan kami :)
terkejut kita ingatkan buat thesis untuk study rfid lah tadi..
ReplyDeleteIni memang thesis zaman study dulu :)
DeleteTak beli lagi sticker RFID. Pening juga bila nampak orang yang kena hadap masalah RFID.
ReplyDeleteRFID tak boleh bawa laju sangat bila sampai kat tol macam smart tag.
Sekarang macam dah kurang masalahnya kot. Ye, betul kena slow sikit. Kadang dah dekat baru detect.
DeleteHehe baca tajuk ingat kaji biasa-biasa rupanya ada buat kajian ilmiah.
ReplyDeleteHehe contoh akak belajar tinggi tapi tidak boleh tanggung kerja juga. Salah bidang juga. Mula-mula ada rasa menyesal sekarang kurang rasa tersebut.
Hehe marilah jadi blogger sahaja.
Hihi..adalah mengkaji sikit. Tapi itulah tak habis kajian tu.
DeleteMinat jugak electrical tu cumanya tak ada peluang bekerja dalam bidang sama.
ye rezeki orang lain-lain.
ReplyDeletekalau boss ammi ni beriya-iya suruh ammi amik law degree. dia kata drafting ammi dah mcm lawyer kekdahnya. ala ala ala...tak kose mak
Kalau lepas habis satu satu level terus sambung okay lagi lah kan. Ini dah lama lepas tu nak sambung balik agak lemau lah dia. huhu...
DeleteEncik suami pakai rfid ..mujur lancar je sepanjang perjalanan di mana2 tol . Ada problem sekali je haritu ..lepas tukar tinted kereta , rfid problem tak boleh detect . Mujur standby touch and go
ReplyDeletetouch n go memang kena stand by. In case jadi macam ni.
Delete