Tak Habis Mengkaji RFID
Masa tu claim yang e wallet RM50 melalui aplikasi Touch ‘n Go. Kiranya percuma lah masa dapat tu. Touch ‘n Go RFID edisi awal. Dah pasang awal tapi tak guna. Sejak mula dilaksanakan tu barulah dapat mencuba Touch ‘n Go RFID ni. So far guna di mana mana tol tak ada masalah. Lancar lalu tol.
Tak nak sambung master ke? Oh tidak! Otak dah tepu dah. Biarlah encik suami yang teruskan master dan sekarang tengah struggle habiskan road to PhD dia.
Dulu cita-cita nak jadi arkitek. Tapi dah kenapa dari teknik membawa ke diploma seterusnya ijazah pun ambil electrical enginering jugak. Ini namanya kecelaruan otak. Anak bongsu, mana boleh buat pilihan sangat.
Dah abang sulong ambik electrical, kita pun mengikutlah. Kita tak dapat jadi engineer takpe, dah menurun pada anaknya 2 orang ambil electrical dan dah jadi engineer pun. Alhamdulillah, setiap orang rezeki berbeza.
Janganlah anggap buang masa tuntut ilmu tapi tak dapat kerja bagus. At least, kita ada peluang menimba ilmu. Kadang tak suka orang dok cakap cakap, kita ni belajar tinggi tapi tak kerja. Hellooo, duduk rumah bukan goyang kaki tau. Tak kan buat kerja kena tunjuk. Kita bukan kerja office hour masuk kerja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang.
Kerja tak pernah habis sampai sakit otak nak kena perah idea. Well, tak dapat jadi arkitek dapat buat freelance graphic designer pun jadilah. Acah acah gitu. Nak buat camne, kita ni otak kanan bukan kiri.
unce pun setakat guna rfid lancar je....
ردحذفBaguskan kalau lancar pergerakan lalu tol. Jangan lupa topup sudah :)
حذفTak pernah guna lagi rfid ni.. Sebab jarang sangat-sangat lalu laluan bertol ini..
ردحذفohh..baguslah elak lalu laluan tol, jimat lagi.
حذفcara nak berhenti keta tu kena pelan2 baru detect. kita pun baru pasang sebab risau nanti diorang hapuskan touch n go. kalau ada smart tag balik, baru nak bertukar semula.
ردحذفYe, begitulah. Dah sampai baru detect. Rasanya RFID better lagi dari semua :)
حذفkerja bidang sains and engineering ni result kena power baru senang dapat kerja. tipulah orang kata pointer tak penting. saya sendiri pun graduan Sains, tapi dah tersasar jauh. nak patah balik bidang tu pun susah sebab degree dah basi. haha
ردحذفSetuju tu Sal. Pointer sangat penting sebab yang hebat hebat pointernya senang dapat kerja. Itulah tu, degree peram lama dah kan. huhu...
حذفeh kita sama bidang!
ردحذفehhh..tersama pulak..kita degree je, ciksun PhD dah :)
حذفAlhamdulillah Tahniah Fiza berjaya kaji RFID, macam-macam cerita RFID ni nak spy, nak detect la hehe.. masih guna smart tag lagi oops:)
ردحذفTerima kasih..
حذفAsalkan boleh guna dan berfungsi kak :)
Setakat ni wak jarang2 lalu lebuh raya
ردحذفJalan dekat dekat ye wak.
حذفKita belum pasang lagi . Masih guna T&G / Smart Tag.
ردحذفNanti nak letak juga lah sebelum Raya
Letak awal nanti tak kalut kalau yang lain tak boleh guna.
حذفPengalaman saya guna RFID lagi lancar daripada Smart TAG
ردحذفBetul, setuju!
حذف1st time guna RFID minggu lepas..tersangkut kat Tol Sg Dua..hihihi..rupanya kena slow skit masa masuk tol yer..
ردحذفBelajar itu fardhu ain..kerja itu kita usaha yang menentuka. rezeki kita Allah.Pastinya apa yg Allah kurniakan itu yg terbaik untuk kita..insha Allah
Gud luck untuk suami Fiza..semoga Allah kurniakan kejayaan cemerlang untuk kalian.
A ah, kena slow sikit. Kadang dah nak dekat sangat tu baru lah detect. Risau jugak kadang.
حذفBetul, Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita. Terima kasih mama cella doakan kami :)
terkejut kita ingatkan buat thesis untuk study rfid lah tadi..
ردحذفIni memang thesis zaman study dulu :)
حذفTak beli lagi sticker RFID. Pening juga bila nampak orang yang kena hadap masalah RFID.
ردحذفRFID tak boleh bawa laju sangat bila sampai kat tol macam smart tag.
Sekarang macam dah kurang masalahnya kot. Ye, betul kena slow sikit. Kadang dah dekat baru detect.
حذفHehe baca tajuk ingat kaji biasa-biasa rupanya ada buat kajian ilmiah.
ردحذفHehe contoh akak belajar tinggi tapi tidak boleh tanggung kerja juga. Salah bidang juga. Mula-mula ada rasa menyesal sekarang kurang rasa tersebut.
Hehe marilah jadi blogger sahaja.
Hihi..adalah mengkaji sikit. Tapi itulah tak habis kajian tu.
حذفMinat jugak electrical tu cumanya tak ada peluang bekerja dalam bidang sama.
ye rezeki orang lain-lain.
ردحذفkalau boss ammi ni beriya-iya suruh ammi amik law degree. dia kata drafting ammi dah mcm lawyer kekdahnya. ala ala ala...tak kose mak
Kalau lepas habis satu satu level terus sambung okay lagi lah kan. Ini dah lama lepas tu nak sambung balik agak lemau lah dia. huhu...
حذفEncik suami pakai rfid ..mujur lancar je sepanjang perjalanan di mana2 tol . Ada problem sekali je haritu ..lepas tukar tinted kereta , rfid problem tak boleh detect . Mujur standby touch and go
ردحذفtouch n go memang kena stand by. In case jadi macam ni.
حذف