Header Ads

Tersandar Makan Nasi Kandar

Semalam, tak ada idea nak masak apa sebab barang basah tinggal udang dan isi ayam je. Udang, encik suami dah tak lalu makan. Isi ayam, baru je habiskan separuh masak ayam black pepper. 

Teringat ada topup duit dalam aplikasi grab tapi belum guna. Ikut kira-kira, dapatlah dua bungkus nasi kandar dengan bayaran penghantaran sekali.

Apa tunggu lagi, order lah J.J Nasi kandar. Order Set A, ada nasi + ayam goreng + sayur kubis + bendi + telur rebus sebiji + telur masin separuh + kuah campur dan papadom saiz besar. Bukan pertama kali order J.J Nasi Kandar ni, rasanya ini kali ketiga. 

Sebab sedap kena dengan selera, itu yang repeat order. Padahal bukan kegemaran sangat makan nasi kandar. Jenis tak suka kuah banjir macam tu. Tapi disebabkan dia letak kuah asing, jadi tak ada masalah untuk saya menikmati dengan penuh berselera.

Pertama kali order dulu di pek dalam bekas tipuware. Sekarang order dia bungkus dalam kertas warna coklat ni. Sticker tetap tak tinggal. 

J.J Nasi Kandar Seremban

Tak sempat nak setup props, kita ambil gambar begini je lah ye. Kalau dah lapar, mana boleh bawak bincang dah!

Dia punya porsi nasi tak mampu nak habiskan sorang makan. Nak habiskan pun lambat sudah. Lepas makan mampu buat tersandar kekenyangan.

J.J Nasi Kandar Seremban

Beginilah cara saya makan tanpa kuah campur. Letak kuah sikit sikit je. Makan letak sambal gesek sekali. Baru best makan pedas pedas. Tak reti betul nak makan nasik kandar versi kuah banjir. Ampunkan saya oghang utara.

Puas hati makan, beli 1 kongsi dua orang pun boleh ni. Cuma kena tambah ayam sebab saiz ayam dia kecil sikit. Belum habis nasi, ayam dah habis dulu. Hehe...

Lokasi J.J Nasi Kandar

636 Jalan Sri Pulai 34
Taman Sri Pulai 3
70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

هناك 28 تعليقًا:

  1. Sama la ngan akak kalau makan nasi kandar..pasti tersandar...

    ردحذف
  2. Kita geng kak fiza! Tak suka mana nasi kandar sebab kuah banjir hahaha. Kalau singgah makan, selalu lah request nak kuah sikit je sampai mamak tu geleng kepala sebab mintak kuah sikit >.<

    ردحذف
    الردود
    1. Sama pulak kita. Tak pandai nak makan kuah banjir banjir ni. Hehehe...

      حذف
  3. tampak sedap kak, saya pun segera browsing perihal nasi kandar ini, rupanya di Jakarta kedainya sudah tutup, ada pula di Bogor dan agak jauh. Mudah2an bisa mencoba masakan ini

    ردحذف
    الردود
    1. Memang Sedap Naia. Disana panggil nasi kandar juga ye? Semoga ada rezeki Naia nanti. Aamiin...

      حذف
  4. kalau saya suka lauk ayam goreng dgn kuah campur. simple je kalau order byk macam ni memang tak habislah sebab perut kecil..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Rasanya kalau nasi separuh pun dah okay sebab ayam, sayur, bendi, papadom dan kuah tu dah cukup kenyang dah.

      حذف
  5. sedapnya..berbaloi..boleh makan dua orang..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat sedap! Betul tu makan dua orang tapi kena ada extra ayam sebab porsi kecik.

      حذف
  6. Saya pun kurang makan kuah banjir tapi bila bebetul nasi kandar, sy mmg terima sebab nak rasa originaliti nasi kandaq penuh kuah tu ..Haha...

    ردحذف
  7. Kak Amie suka makan kuah banjir tapi syaratnya semua dalam keadaan panas.... perghhhh!

    ردحذف
    الردود
    1. Haa kalau camtu okay lagi sebab kuah panas ni berselera lah jugak makan.

      حذف
  8. husband suka..akak tk brp sgt tp bole la mkn

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun tak berapa. Cuma kalau teringin tu je baru makan. Kira bolehlah lagi nak makan. Takpe, faham. Selera masing masing.

      حذف
  9. Kalau sedap, memang berulanglah belikan.. Sha kalau nasi kandar ni memang mintak kuah tak banjir.. hehehe..

    ردحذف
  10. Nasib baik akak boleh makan banjir. Hehe lepas itu tidak hilang bau kari pada tangan.

    ردحذف
    الردود
    1. Jenis makan kuah banjir okay kak, senang pergi mana mana dapat kuah banjir takde hal.
      Kalau jenis macam saya kurang makan kuah banjir, kurang sikit bau kari pada tangan. Hehe...

      حذف
  11. Portion macam untuk 2 orang makan tu . Hehe . Nasi kandar kuah banjir lagi sedap . Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ikutkan nasi tu banyak untuk 2orang. tapi ayam dia cukup untuk makan sorang je. Lyana orang utagha mesti suka kuah banjir lagi kan.

      حذف
  12. Nasi kandar portion memang banyak. Kalau makan mesti dua kali makan. Kuah wajib banjir.. Baru sedap..

    Setakat ni tak boleh nak telan lagi nasi kandar ni sebab masa awal awal sebelum tahu pregnant tu rasa pelik bila makan nasi kandar.

    Lepas beranak nanti la cari nasi kandar..

    ردحذف
    الردود
    1. Porsi dia memang sesuai untuk 2 orang makan. Saya jenis kurang kuah banjir. hehe...
      faham faham..lepas bersalin nanti baru bernasi kandar.

      حذف
  13. Tiap beli nasi kandar, sayapun selalu minta ke penjualnya jgn taruh kuah banyak sangat. Secukupnya je, dan cukup 1 kuah. Tak nak dicampur 2 kuah 😄.

    Aaghhhh rindunya makan nasi kandar nih. Lauk fav saya ayam atau udang. Dulu Deket kampus ada mamak langganan nasi kandar, pakai lauk ikan bilis dokacau pakai sambal. Enaaak sangat. 🤤

    ردحذف
    الردود
    1. Sama kita geng tak suka kuah banjir. Lauk fav saya pun ayam. Udang dan sotong mahal lagi. Ada kesempatan datang Malaysia lagi wajib cari nasi kandar :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.