Ubat Titis Sakit Gigi Terpaling Berkesan
Balik kampung haritu, boleh pulak gigi buat hal daaaa. Sebenarnya dah lama jugak gigi geraham tu berlubang. Nak tampal, sikit punya susah nak buat appointment doktor. Nak set untuk consult, lepas consult baru boleh buat rawatan. Itupun kena tunggu date kosong.
Maka, tertangguh lah hal nak set appointment. Gigi pun tak lah sakit beria. Masih boleh bawak bincang sebab dia kadang kadang je rasa sakit. Cuma masa balik kampung jumaat tu tak tahulah kenapa sakit berdenyut denyut sampai nak tidur pun payah.
Terus buka page 'Segamat' survey klinik gigi. Dalam masa survey tu ada jugak baca komen sekali. Ada yang suggest suruh beli ubat titis sakit gigi Hurix's ni. Katanya berkesan. Kiranya ubat tahan sakit gigi berlubang lah sebelum sementara nak tunggu jumpa doktor gigi tu.
Esok pagi, lepas mengundi saya ajak encik suami keluar pergi membeli ubat titis sakit gigi Hurix's di 7E. Harga ubat sakit gigi Hurix's ni lebih kurang RM5-RM7 macam tu. Lupa pulak!
Selepas beberapa minit, lega jugak sakit gigi tu. Alhamdulillah...Memang berkesan sungguh ubat titis sakit gigi Hurix's ni. Tak sesia beli. Ikutkan nak titis je lagi berkesan bila minyak bunga cengkih tu masuk gigi berlubang tu. Tapi tak ada dropper.
Cotton bud dia sikit punya besar. Kena improve patutnya cotton bud baby tu baru okay kot. Kalau sakit gigi berlubang tu, bolehlah cuba ubat titis Hurix's ni. Keberkesanan tu bergantung pada keadaan gigi tu jugak.
Sekurang kurangnya ubat titis ni membantu melegakan sikit sakit gigi berlubang tu dari menahan sakit yang teramat sangat.
Maka, tertangguh lah hal nak set appointment. Gigi pun tak lah sakit beria. Masih boleh bawak bincang sebab dia kadang kadang je rasa sakit. Cuma masa balik kampung jumaat tu tak tahulah kenapa sakit berdenyut denyut sampai nak tidur pun payah.
Terus buka page 'Segamat' survey klinik gigi. Dalam masa survey tu ada jugak baca komen sekali. Ada yang suggest suruh beli ubat titis sakit gigi Hurix's ni. Katanya berkesan. Kiranya ubat tahan sakit gigi berlubang lah sebelum sementara nak tunggu jumpa doktor gigi tu.
Esok pagi, lepas mengundi saya ajak encik suami keluar pergi membeli ubat titis sakit gigi Hurix's di 7E. Harga ubat sakit gigi Hurix's ni lebih kurang RM5-RM7 macam tu. Lupa pulak!
Ubat titis sakit gigi Hurix's (Toothache drops)
Dijual dalam bentuk kotak macam ni. Kotaknya kecil je. Didatangkan dengan 1 botol minyak bunga cengkih dan juga beberapa batang cotton bud.Cara guna ubat titis Hurix's
Dibelakang kotak disertakan cara menggunakan ubat titis sakit gigi berlubang. Saya titiskan minyak ke cotton bud dan oleskan pada bahagian gigi berlubang tu. Terasa lah jugak rasa bunga cengkih tu. Tak boleh nak elak sebab masuk mulut dan tentulah akan rasa.Selepas beberapa minit, lega jugak sakit gigi tu. Alhamdulillah...Memang berkesan sungguh ubat titis sakit gigi Hurix's ni. Tak sesia beli. Ikutkan nak titis je lagi berkesan bila minyak bunga cengkih tu masuk gigi berlubang tu. Tapi tak ada dropper.
Cotton bud dia sikit punya besar. Kena improve patutnya cotton bud baby tu baru okay kot. Kalau sakit gigi berlubang tu, bolehlah cuba ubat titis Hurix's ni. Keberkesanan tu bergantung pada keadaan gigi tu jugak.
Sekurang kurangnya ubat titis ni membantu melegakan sikit sakit gigi berlubang tu dari menahan sakit yang teramat sangat.
Petua ubat sakit gigi
Atau boleh je guna petua cengkih ubat sakit gigi. Kalau kat rumah saya sapu Essential oil Copaiba atau Thieves, berkesan jugak. Cuma masa tu tak bawak balik kampung pulak. Gigi ni sakit hati pulak dengan tuan dia. Haritu gigi depan buat hal, dah selamat buat veneer composite.
Sekarang giliran gigi geraham pulak berlubang. Adeh!
Sekarang giliran gigi geraham pulak berlubang. Adeh!
oh.. kita kalau sakit gigi tu, memang gi klinik dah. tak tahan huhu
ReplyDeleteIkutkan memang nak pergi terus tapi itulah zaman covid ni agak leceh sikit kena buat appointment bagai. Kita usaha dulu redakan sakit sebelum tarikh jumpa doktor gigi.
DeleteSemoga lekas hilang sakit gigi fiza! Sama pula kite cerita pasal sakit gigi hari ni hehe
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih.
eh, tersama pulak ye.
Oh ada rupanya ubat cecair gini. Akak tau pasal petua cengkih tu je, biasa pekerja Indo amalkan sebab takmo pergi jumpa doc gigi. Tapi akak tak pernah buat.
ReplyDeleteMinggu depan pun akak ada appointment tampal gigi geraham. Doc kata kedudukan lubang tu susah sikit nak tampal, mungkin kena bius setempat.
Ye, ada kak. Saya pun baru tahu ada. Lagi senang gunakan minyak ni dari kena gigit cengkih walaupun sama je rasa dia.
DeleteRisau kalau complicated sangat tu. Semoga baik baik je kak. Aamiin...
Nasib baik lega kan kesihatan. Kalau tidak, tidak senang duduk.
ReplyDeleteItulah tu, mujur jugak reda sikit.
DeleteKalau gigi dah berlubang better tampal sebelum semakin parah
ReplyDeleteYe wak. Tapi itulah, prosedur musim covid sekarang ni lambat sikit.
Deleteramai jugak rekemen ni. tapi sebaikbaik ubat sakit gigi adalah cabut. malas fikir
ReplyDeleteKalau boleh tampal, better tampal. Kalau dah tak boleh baru cabut. sedih gak kalau hilang gigi.
DeleteBaru tau ada minyak bunga cengkih ni..
ReplyDeleteKot sakit gigi boleh stand by ubat ni nanti
Deletekalau sakit gg mmg tkleh tahan2...1 kj tkleh buat...tp kebanyakkan org mmg takut nk p klinik gg...br tau ada ubat ttis sakit gg hurix
ReplyDeleteA ah kak. Satu kerja pun tak dapat nak buat. Terganggu semua kerja. Takut sebab kadang tak tahan sakit. Ngilu pun ye. Ubat ni sekadar untuk melegakan seketika tu bolehlah.
DeleteHubby Aini rajin beli ni setiap kali dia sakit gigi..
ReplyDeleteyang tolong titiskan Aini ler..hehe
Senang stand by kat rumah kan. Sakit gigi, titiskan je.
DeleteTenkiu sis fieza rekemen ubat titis gigi yang cepat berkesan . Next time kalau rasa sakit2 gigi ccl nak cuba la produk dari hirux ni
ReplyDeleteBoleh juga beli stand by kat rumah 1. Kot emergency sakit gigi tengah malam, dah siap ada.
Deletesbb tu org dulu2 kalau sakit gigi dorang kemam cengkih. teringat arwah ayah ammi pun pernah kemam cengkih sbb sakit gigi hari jumaat..sabtu ahad mana ada klinik gigi kerajaan bukak. Nak ke swasta mcm tak mampu masa tu
ReplyDeleteBerguna petua ni kan. Kira berhasil jugak sementara nak tunggu jumpa doktor tu kan. Lama nak menunggu hari isnin.
Delete