WONDA Gold Class Coffee Master's Blend Instant Coffee
Kopi dan seketul Fiza, berpisah tiada. Jangan disuruh puasa kopi, kemurungan terus jadinya. Silap silap tak minum kopi boleh jadi pening kepala. Dapat kopi baru lega. Sekali sehari pun jadi lah.
WONDA Coffee, salah satu jenama minuman kopi yang saya suka. Biasanya akan beli kopi tarik wonda. Itulah minuman kopi dalam tin yang terpaling saya suka kalau travel kemana-mana. Minum kalau travel je lah. Duduk rumah, bancuh kopi kat rumah je sudah.
Pernah juga beli WONDA Coffee kopi tarik 3 in 1 sachet. Tapi rasa dia lansung tak sama macam dalam tin. Sekali tu je lah beli. Tetap yang dalam tin sedap.
Kedua-duanya didatangkan dalam balang kaca moden 100g yang boleh diisi semula. Rasa kopi yang lazat dengan rasa pahit dan manis mengikut bancuhan citrasa sendiri. Sesuai untuk dijadikan minuman kopi latte, cappucino, dalgona, americano dengan kopi segera gourmet WONDA Coffee.
Frozen coffee granules yang agak besar besar saiz butirannya. Mudah sangat larut dalam air panas. Senang nak bancuh, kacau sikit je dah larut tanpa kacau beria. Malam tadi saya dah bancuh buat kopi susu. Sedap tu sedap, tapi kena letak susu pekat lebih sikit.
Rasa WONDA instant coffee ni sedap. Kalau buat Dalgona Coffee mesti mantop rasa dia. Cuma tu lah, malas nak buat. Bukan musim Dalgona Coffee, PKP pun dah berakhir.
WONDA Coffee, salah satu jenama minuman kopi yang saya suka. Biasanya akan beli kopi tarik wonda. Itulah minuman kopi dalam tin yang terpaling saya suka kalau travel kemana-mana. Minum kalau travel je lah. Duduk rumah, bancuh kopi kat rumah je sudah.
Pernah juga beli WONDA Coffee kopi tarik 3 in 1 sachet. Tapi rasa dia lansung tak sama macam dalam tin. Sekali tu je lah beli. Tetap yang dalam tin sedap.
Baru-baru ni perasan WONDA Coffee terbaru terpampang di billboard sekitar Kuala Lumpur tak silap. Cakap kat suami, nanti beli eh. Semalam dia singgah 99 Speedmart, ada pulak. Ambil gambar dan bagi kat whatsapp dengan pertanyaan nak tak? Kita pun apa lagi, tak banyak soal. Nakkkk!!!
WONDA Coffee Instant Coffee
WONDA Coffee yang terbaru dengan 2 varian baru iaitu GOLD CLASS (Coffee master's blend) dan PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin).GOLD CLASS (Coffee master's blend)
Gabungan biji kopi Robusta dan Arabica yang memberikan rasa yang lebih mewah dan tekstur kopi yang lebih halus. Menggunakan teknologi freeze dried, campuran ini terdiri daripada frozen coffee granules yang memberikan aroma kesegaran kopi yang diperbaharui dengan rasa kafe premium.PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin)
100% biji Arabica dari Brazil, membuktikan rasa kopi yang sedap dan seimbang.Kedua-duanya didatangkan dalam balang kaca moden 100g yang boleh diisi semula. Rasa kopi yang lazat dengan rasa pahit dan manis mengikut bancuhan citrasa sendiri. Sesuai untuk dijadikan minuman kopi latte, cappucino, dalgona, americano dengan kopi segera gourmet WONDA Coffee.
Bila encik suami kata nak mana satu, saya pilih Gold Class lah. Saya expect rasa dia lagi sedap lah sebab gold dan mahal sikit dari premium. GOLD CLASS (Coffee master's blend) harganya RM15.50 dan PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin) RM10.70.
Frozen coffee granules yang agak besar besar saiz butirannya. Mudah sangat larut dalam air panas. Senang nak bancuh, kacau sikit je dah larut tanpa kacau beria. Malam tadi saya dah bancuh buat kopi susu. Sedap tu sedap, tapi kena letak susu pekat lebih sikit.
Tapi saya saya buat bancuhan kopi o light light je pun dah sedap dah sebenarnya. Kurang penggunaan gula dan kaya dengan kopi pahit yang tak seberapa.
Rasa WONDA instant coffee ni sedap. Kalau buat Dalgona Coffee mesti mantop rasa dia. Cuma tu lah, malas nak buat. Bukan musim Dalgona Coffee, PKP pun dah berakhir.
Wah! Mrs. A nak kena cuba jugaklah Wonda kopi ni tengok review Fiza menarik ya'mat.
ReplyDeleteCubalah, Kopi yang tak pahit sangat pada saya. Letak sikit je kalau nak light light coffee.
Deletewow sedapd ni mengopi wonda
ReplyDeleteSedap juga kopi wonda versi ni.
DeleteBelum pernah cuba Wonda Kopi ni
ReplyDeleteTentu sedap agaknya
Sedap juga wak. Kalau suka kopi mungkin akan suka lah.
DeleteWahhh menarik ini. Betul kalau buat dalgona tu mesti sedap!
ReplyDeleteItulah tu, ada masa rajin bolehlah buat dalgona coffee pulak.
DeleteAkak pun tertarik dengan iklannya. Hendak cari satu. Tq Fiza bagi pendapat tentang Gold. Akak memang suka pahit yang kuat. Mungkin beli kalau jumpa. Masalahnya tidak jumpa lagi. Hehe. Mungkin cuba Premium Class untuk buat perbandingan nanti. Insya Allah.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti kak kalau jumpa. Akak dah try premium nanti jangan lupa review tau :)
DeleteAkak belum pernah beli lagi kopi wonda bancuh sendiri ni. Biasa beli yang dalam tin, kopi premium original. Sedap! :)
ReplyDeleteSaya pun biasa beli dalam tin tapi kopi tarik lah :)
Delete