Aplikasi Tarteel Al Quran, Perbaiki Bacaan dan Menghafaz Al-Quran

Tarteel Al Quran App (A.I Tarteel) atau aplikasi Tarteel Al-Quran, satu lagi aplikasi Al-Quran yang membantu muslimin dan muslimat lebih dekat dengan Al-Quran walau dimana saja berada.

Tartil (bahasa Arab: ترتيل‎) merupakan sebuah bentuk aturan dalam pembacaan Al-Quran yang bererti membaca Al-Quran secara perlahan dengan tajweed dan makhraj yang jelas dan tepat.

Aplikasi Tarteel Al Quran

Aplikasi Tarteel Al-Quran ni dicipta oleh Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-ril, suami kepada pelakon Mira Filzah yang mula diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

Ciri-ciri menarik aplikasi Tarteel

A.I Tarteel boleh dijadikan peneman bacaan Al-Quran yang ingin bertilawah, menghafaz Al-Quran, mengetahui bacaan Imam sewaktu terawih atau ceramah, mengesan kesalahan bacaan dan bunyi.

Secara tidak lansung, AI Tarteel dapat memperbaiki bacaan Al-Quran pengguna. Walaupun tidak membaca dengan suara yang kuat, AI Tarteel mampu untuk menjejak pembacaan dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

how to read quran with tarteel

App A.I Tarteel menggalakkan umat Islam untuk terus meningkatkan prestasi dan hubungan dengan Al-Quran, tambahan lagi semasa bulan Ramadan ini. Sekiranya berjaya menyempurnakan bacaan, pengguna akan diberikan ganjaran seperti lencana.

Tarteel app downliad menerusi App Store untuk iOS dan PlayStore untuk pengguna Android. Pengguna perlu log masuk untuk menggunakan aplikasi Tarteel ni. 


14 comments:

  1. Bagus ni ada app detect bacaan sekarang ni saya baca, rakam, wasap baru ditegur, ala zaman bila kan hehe.. sebab. bergantung kepada kesibukkan ustazah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus perbetulkan bacaan dan bantu kita untuk hafaz jugak.

      Delete
  2. Maksudnya app ni boleh check bacaan kita lah ya? Menarik!

    ReplyDelete
  3. Bagusnya apps ni boleh check bacaan tajwid betul ke tak.

    ReplyDelete
  4. Tarteel boleh semak bacaan ya?
    Bagus ini macam guru mengaji.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.