Ayam Goreng Kunyit Berlada Dan Sayur Kangkung Tumis

Ayam goreng kunyit berlada dan sayur kangkung tumis, menu berbuka hari ketujuh berpuasa. Terbayangkan kesedapan ayam gaul dengan garam dan serbuk kunyit digoreng, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan serai. Perghhh...aroma tumis tu mengancam betul!

Achum achum bersin gara-gara tumisan dengan cili api. Berjangkit pulak dengan jiran, ikut bersin sekali. Maaf ye jiran.

Masih lagi rajin menumbuk bahan bahan tanpa bantuan pengisar. Exercise tangan, kot lengan boleh kurus bulan puasa ni kannn... Kah!

baca juga : resipi ayam goreng kunyit berlada

Ayam Goreng Kunyit Berlada Dan Sayur Kangkung Tumis

Misi menghabiskan seikat kangkung, hari tu dah masak sikit. Masih ada lagi baki. Seikat tu boleh masak 3 kali hidangan. Boleh tahan banyak juga seikat. Tinggal sekali lagi masak. 

Baru perasan. Eh... macam kena pulak lauk kangkung dengan pinggan bunga kangkung tu kan. Bodek mak dapat lah sepinggan dua. Harga pinggan lama lama ni bukan main mahal lagi harganya sekarang. Dah dekat level kayangan Portmeirion.

Bak kata anak buah saya, pinggan mahal ni boleh kenyang seminggu ke? Hahaha..sama cerita dengan telekung mahal, mahal mahal boleh masuk syurga terus ke. Adeh, tepuk dahi. 

Sama kes jugak dengan baju raya sekarang. Siapalah yang normalize harga baju raya sekarang RM200-RM300 ke atas ni. Pulak tu, yang terpaling simple tu lah terpaling mahal. Masalahnya kalau terbekenan tu payah nak padam dalam otak.

Sekarang ni apa je yang murah? Tak ada kann... Terkejut ada orang share ayam golek RM26 seekor. Terpaksalah dia beli separuh sebab anak dia teringin.

28 comments:

  1. Nmpk klasik pinggan bunga kangkung..dah jd limited edition, harga pun mencanak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik pinggan ni dah masuk kategori antik dah. Limited edition dah sekarang susah nak carik. Betul, harga dia taknak kalah.

      Delete
  2. tumis kangkung dengan bunga pepaya tuh kegemaran saya dan istri. Tapi ternyata tidak di semua tempat suka dengan sayuran bunga pepaya. Kami dianggap aneh wkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan rare tu kangkung + bunga papaya. Tak ramai yang menggemari bunga papaya. Mungkin sebab rasa dia yang pahit.

      Delete
  3. Nak jawab pasal harga pinggan kangkung mahal tu, kan.. memang betul, sama harga PM. Pitam kita dengo, hahaha. Tapi, lauk2 macam ni, memang rare kalau hidang dalam pinggan kangkung yang mahal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee kak, terkejut gak tengok harganya. Tak jadi beli, mintak mak je lah. Hidang lauk pauk kampung memang sesuai sangat.

      Delete
  4. aduhaii.. aroma sayur kangkung tumis itu sungguh menggoda.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menggodalah aroma tu wak. Tambah cili sikit lagi achum achum memasak. Itu belum lagi tambah belacan..aroma semerbak kat dapur.

      Delete
  5. Sedap nni kalau lauk gini makan buat Sahur.. nanti nak buatlah ayam kunyit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Menyelerakan tumis lauk panas panas makan sahur. Selamat memasak ayam kunyit.

      Delete
  6. Pinggan bunga kangkung.Isi sayur kangkung..Nampak sedap sayur kangkung tu.Fiza guna kangkung kampung yerm..lagi la sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk sesuai dengan pinggan gitu kan. Tak pasti sayur kangkung ke bukan. Daun dia jenis tirus macam tu. Sayur kangkung fresh tumis makan panas panas memang sedap.

      Delete
  7. Betul sekarang ni barang memang mahal. Semua harga pakat naik naik belaka, sampai kita rasa kalau tak kerja memang akan susah hidup.

    Ayam kunyit masak belada ni kalau ada telur mata yang kuningnya separuh masak. memang enak makan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, semua nak naik harga. Memang struggle hidup zaman sekarang ni. Wahh sedap jugak tu kalau ada telur mata separuh masak.

      Delete
  8. Seluruh dunia mengalami inflasi ya kak. Samalah dengan di Indonesia :(. Banyak harga naik . Tapi mau bilang apa, memang harus terjadi.

    Naah sayapun tak habis pikir kalo dah melihat baju, simple sangat tapi mahal harganya 🤣🤣. Yeah I know, kualitasnya terkadang memang bagus, tapi cam sayang juga nak beli 😄. Mending cari saat dia diskon harga hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kesan covid pun ye jugak.
      Kannn..saya macam tak boleh nak digest harga terlalu mahal untuk yang simple. Mungkin sebab brand, kualiti dan materialnya.

      Tapi kalau dah berkenan, kualiti bagus terbeli jugak akhirnya. Tapi sebelum beli akan survey dulu mana yang lebih berbaloi beli supaya menang membeli dan menang memakai jugak.

      Delete
  9. Ya kan.. bukan kenyang makan pinggan mahall.... tapi tu minat.. sesekali okaylah.. kalau selalu sangat.. Bahayaaaa.. Leh bankrup.. ahhahahaah.. Mana mana la yang selesa dan sedap mata kita...tapi kalau tetiba jatuh pecah....mau menangis seminggu..

    Pssstt.. sedap lauk pauk camni.. Nak buka ngan ayam kunyit gak la nanti . hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, minat masing masing. Memang boleh bankrap kalau asyik nak tambah koleksi je. hehe..uishh tak dapat nak bayangkankalau pecah camne. Mesti sedih ya amat.

      Selamat memasak ayam kunyit nanti. Sedap makan panas panas berbuka ataupun sahur.

      Delete
  10. pinggan kangkung tu klasik. suka kalau kangkung ditumis pedas. baju mahal-mahal tu sebab brand. bila dibelek jahitan berburas jugak. sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Sal. Klasik pinggan zaman berzaman ni. Suka jugak sayur kangkung tumis pedas. Tulah pasal, sebab brand. Tak semua jaga kualiti, ada juga kadang yang terlepas pandang jaga kualiti. Yang jadi mangsa pembeli lah bayar mahal tapi kualiti tak setaraf harga.

      Delete
  11. Alamak! Tengok ayam goreng kunyit Fizah, tiba-tiba teringat pula ayam ungkep!
    Kak Amie pun semenjak dua menjak ni rajin tumbuk bahan perencah dalam lesung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik ayam ungkep jugak ni cuma tak ada jintan manis ketumbar bagai. Ayam ungkep sedap tu kak Amie. Lagi sedap bahan ditumbuk kan kak Amie, berselera lagi makan.

      Delete
  12. Suka tengok pinggan- pinggan klasik tu...susah nak dapat sekarang...lauk simple tu yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, susah nak dapat yang corak rare tu. ye, yang simple tu lah paling berselera makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.