Ayam Goreng Rangup Tepung Bestari Dan Sayur Campur

Harini perasan kotak komen di blog dah berubah. Dari pagi tadi kot rasanya. Lebih baik dari sebelum ni. Harapnya taklah menyusahkan keluar captcha atau exceed limit. Tu yang kadang tak boleh nak tinggalkan komen di blog orang lain selain kekangan masa sekarang ni. 

Sabar eh, nanti saya datang jugak menyinggah dan tinggalkan komen macam biasa. Harini menu berbuka 24 puasa masak ayam goreng tepung bestari dan sayur campur. Stok cendawan dah mula menunjukkan tanda-tanda macam dah basah, eloklah kita habiskan sebelum balik kampung.

Sebelum balik kampung, habiskan stok sayur yang mana hampir rosak tu. Sayang kalau dibiarkan rosak macam tu je nanti. 

Ayam Goreng Dan Sayur Campur

Cara goreng ayam rangup tepung bestari, lepas basuh ayam toskan air. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup, masukkan tepung bestari. Tutup bekas dan goncang, biar sekata tepung menyaluti ayam. 

Saya suka buat ayam goreng tepung bestari tanpa telur kaedah guna tepung kering tanpa bancuh dengan air mahupun telur. Begitulah cara membuat ayam goreng tepung crispy terpaling mudah. 

Sayur campur tumiskan dengan bawang merah, bawang putih, cili besar. Potong potong je, tumis dengan minyak sikit. Tak letak ikan bilis sebab dah letak udang lepas tumis bahan-bahan.

Masukkan sayur keras dulu, lobak dan kacang panjang. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau rata. Tak perlu tambah air sebab cendawan ni jenis berair. Dan tak perlu tambah garam sebab dah letak sos tiram.

Selagi boleh kurangkan penggunaan garam, kita kurangkan. Begitulah...

16 comments:

  1. Yaa.. dah lain macam kotak komen nih... Uisj.. sedapnya sayur campur tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam okay lagi kotak komen baru ni. Sayur campur ni ratah tanpa nasi pun sodap dah.

      Delete
  2. Sedap ayam goreng dan sayur campur. Selera makan. :)

    ReplyDelete
  3. saya pun kalau dah letak sos tiram, tak perlu garam. cendawan pun ada rasa masin tersendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, ada rasa sikit tu pun dah okay dah. Jenis suka masak kurang garam okaylah. Kalau masak kat rumah orang kuat garam confirm kena complaint masakan tak berasa. hehe...

      Delete
  4. Perasan gaka kotak komen dah lain..risau komen x wujud je..masak simple macam ni memang biasa dah akhir2 puasa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah banyak kali kena komen asyik tak ada je. Letih jugak macam tu. huhu...

      A'ah senang menu simple je.

      Delete
  5. Tepung Bestari paling cun. Setakat ni belum jumpa lagi tepung ayam goreng yang boleh celen tepung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Belum ada pengganti lagi yang lebih sedap. Tepung bestari stok wajib ada kat rumah. Eh terpromote pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.