Ayam Goreng Rangup Tepung Bestari Dan Sayur Campur
Sebelum balik kampung, habiskan stok sayur yang mana hampir rosak tu. Sayang kalau dibiarkan rosak macam tu je nanti.
Cara goreng ayam rangup tepung bestari, lepas basuh ayam toskan air. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup, masukkan tepung bestari. Tutup bekas dan goncang, biar sekata tepung menyaluti ayam.
Saya suka buat ayam goreng tepung bestari tanpa telur kaedah guna tepung kering tanpa bancuh dengan air mahupun telur. Begitulah cara membuat ayam goreng tepung crispy terpaling mudah.
Sayur campur tumiskan dengan bawang merah, bawang putih, cili besar. Potong potong je, tumis dengan minyak sikit. Tak letak ikan bilis sebab dah letak udang lepas tumis bahan-bahan.
Masukkan sayur keras dulu, lobak dan kacang panjang. Akhir sekali baru masukkan cendawan dan sos tiram. Kacau rata. Tak perlu tambah air sebab cendawan ni jenis berair. Dan tak perlu tambah garam sebab dah letak sos tiram.
Selagi boleh kurangkan penggunaan garam, kita kurangkan. Begitulah...
Yaa.. dah lain macam kotak komen nih... Uisj.. sedapnya sayur campur tuu
ردحذفMacam okay lagi kotak komen baru ni. Sayur campur ni ratah tanpa nasi pun sodap dah.
حذفni ratah je dah ckp hehehe
ردحذفA'ah, nasi suku :)
حذفSedap ayam goreng dan sayur campur. Selera makan. :)
ردحذفDua dua sedap ikut selera, baru berselera makan :)
حذفsaya pun kalau dah letak sos tiram, tak perlu garam. cendawan pun ada rasa masin tersendiri kan
ردحذفA'ah, ada rasa sikit tu pun dah okay dah. Jenis suka masak kurang garam okaylah. Kalau masak kat rumah orang kuat garam confirm kena complaint masakan tak berasa. hehe...
حذفPerasan gaka kotak komen dah lain..risau komen x wujud je..masak simple macam ni memang biasa dah akhir2 puasa kan...
ردحذفSaya dah banyak kali kena komen asyik tak ada je. Letih jugak macam tu. huhu...
حذفA'ah senang menu simple je.
Gandingan yang mengancam.. Terbaik..
ردحذفDua dua menyelerakan :)
حذفTepung Bestari paling cun. Setakat ni belum jumpa lagi tepung ayam goreng yang boleh celen tepung ni.
ردحذفTahu takpe! Belum ada pengganti lagi yang lebih sedap. Tepung bestari stok wajib ada kat rumah. Eh terpromote pulak.
حذفmenu macam ni pon dah sedap kak fizah..
ردحذفYe Syu, simple simple yang menyelerakan.
حذف