Ayam Goreng Tepung Bestari Rangup, Sambal Penyet dan Timun
Menu berbuka hari pertama serba ringkas. Masak ayam goreng tepung bestari rangup. Stok sambal penyet/geprek dah siap sedia stoknya. Lepas tu potong timun sebagai ulam.
Masih mengekalkan masakan ringkas berbuka puasa. Dengan syarat ada hidangan utama dan sayur. Jarang membeli kuih muih. Sejenis malas nak membeli di Bazaar Ramadhan. Rugi kalau dapat karipap inti oksigen.
Moreh kadang ada kadang tidak. Begitulah…Okaylah tak membazir. Berdua ni ala kadar je sudah. Lainlah kalau ramai, kena tambah menu lain.
Kadang lepas terawih tu, rasa cepat betul mengantuk. Nak moreh pun tak menyempat.
Resipi ayam goreng tepung bestari rangup
Cara goreng ayam rangup tepung bestari
- Bersihkan ayam dan toskan sekejap (atau lap dengan tisu)
- Masukkan tepung bestari dalam bekas, masukkan satu persatu ayam dan goncang sampai serata tepung menyaluti ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kekuningan.
baca juga : resipi sambal gesek versi kisar
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSeamat berbuka puasa
Alhamdulillah...
DeleteSelamat berbuka juga wak :)
Lama tak makan ayam goreng tepung bestari.. huhu
ReplyDeleteKena beli ready stok tepung. Anytime boleh masak nona :)
Deleteakak pun biasanya menu ringkas dik, semalam berbuka dengan mee goreng pastu kuih akak buat kuih getas, air teh o panas... habiskan coktail hari sabtu, masak menu nasi kadang waktu hujung minggu je
ReplyDeleteakak pun suka goreng ayam dengan tepung bestari gini, ringkas tapi sedap
Serba ringkas je senang kan kak. Tak ramai beginilah :) Kalau ramai kena meriah jugak hidangannya.
Deletesimple camtu pon sedap! lg ok xke bazar.. xdela membazir..
ReplyDeletebazar pon rmai org.. huhu
A ah tak bazir masa pun ye kena beratur.
DeleteDengan Bestari je ayam goreng boleh elok rangup dan sedap kannn hehehe
ReplyDeleteBetul betul. Buat untuk sotong dan udang pun sodap!
DeleteSimple - simple kalau tak ramai kan...ni lepas ni akak akan masak simple la sebab adik2 semua dah balik
ReplyDeleteYe kak. Tak ramai beginilah, lauk simple simple je sudah. Kalau ramai memang kena meriah sikit menunya.
DeleteAkak pun suka lauk simple macam ni. Lauk 1 je. Pastu ada sambal dan sayur atau ulam. :)
ReplyDeleteulam dan sayur tu wajib ada baru best makan dengan lauk utamanya.
DeleteKinah pun selalu buat macam ni. Walaupun simple kalau kena dengan regu dia tak cukup sepinggan
ReplyDeleteKannn...berselera makan. Tapi biasa masak nasi cukup cukup je. Tak boleh tambah. hihi...
Deletesedapnya . nampak cantik tekstur tepung tu .
ReplyDeleteYa, saya guna kaedah salut tepung kering je tanpa bancuh dengan air.
DeleteTerliur pulak!
ReplyDeleteBolehlah diusulkan pada auntie nanti uncle :)
DeleteTepung Bestari dah macam item wajib di dapur sekarang ni... takde idea nak masak, goreng ayam salut tepung ni pun dah laku keras :D
ReplyDeleteSelamat berpuasa Fiza...
Betul tu kak. Wajib ada stok. Memang laku keras. Kalau tak ayam, udang, sotong atau cendawan tiram pun sedap goreng guna tepung bestari ni.
DeleteSelamat berpuasa jugak kak :)
hahaha sama lah kita tak suka beli dekat bazar sebab kualiti makanan menyedihkan
ReplyDeleteKualiti tak setanding harga kadang. Mana yang sedap tu okay lagilah kan. Itulah, masak sendiri je lah ikut taste sendiri.
DeleteNina pun suka jugak. Goreng cendawan shitake
ReplyDeletepernah goreng cendawan jugak tapi cendawan tiram. Sedap kan kalau goreng cendawan guna tepung bestari ni. Buat kudapan.
DeleteSedaaap kelihatannya kak 😍. Saya jadi teringin nak buat ayam geprek juga untuk besok 😁
ReplyDeleteHidangan menu yang ringkas dan sedap. Bolehlah buat nanti untuk berbuka atau sahur.
DeleteSekarang ini mak abah buka di masjid. Akak ini yang masih teragak-agak hendak buka di sana.
ReplyDeleteBagus Fiza, ayam goreng celup tepung memang sedap
Bagus jugak tu berbuka di masjid sekali senang sampai terawih. Ikut cara masing-masing :)
DeleteAyam goreng tepung bestari terpaling senang nak buat kak. Sedap pun sedap. Tak payah pening nak masak apa. hehehe...
Ayam goreng pun sedap..
ReplyDeleteAyam goreng disaluti tepung bestari bertambahlah sedapnya :)
Deletesedapnya nampak..
ReplyDeleteAlhamdulillah..menu simple dan menyelerakan.
Delete