Ayam Goreng Tepung Bestari Rangup, Sambal Penyet dan Timun
Menu berbuka hari pertama serba ringkas. Masak ayam goreng tepung bestari rangup. Stok sambal penyet/geprek dah siap sedia stoknya. Lepas tu potong timun sebagai ulam.
Masih mengekalkan masakan ringkas berbuka puasa. Dengan syarat ada hidangan utama dan sayur. Jarang membeli kuih muih. Sejenis malas nak membeli di Bazaar Ramadhan. Rugi kalau dapat karipap inti oksigen.
Moreh kadang ada kadang tidak. Begitulah…Okaylah tak membazir. Berdua ni ala kadar je sudah. Lainlah kalau ramai, kena tambah menu lain.
Kadang lepas terawih tu, rasa cepat betul mengantuk. Nak moreh pun tak menyempat.
Resipi ayam goreng tepung bestari rangup
Cara goreng ayam rangup tepung bestari
- Bersihkan ayam dan toskan sekejap (atau lap dengan tisu)
- Masukkan tepung bestari dalam bekas, masukkan satu persatu ayam dan goncang sampai serata tepung menyaluti ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kekuningan.
baca juga : resipi sambal gesek versi kisar
Nampak sedapnyer
ردحذفSeamat berbuka puasa
Alhamdulillah...
حذفSelamat berbuka juga wak :)
Lama tak makan ayam goreng tepung bestari.. huhu
ردحذفKena beli ready stok tepung. Anytime boleh masak nona :)
حذفakak pun biasanya menu ringkas dik, semalam berbuka dengan mee goreng pastu kuih akak buat kuih getas, air teh o panas... habiskan coktail hari sabtu, masak menu nasi kadang waktu hujung minggu je
ردحذفakak pun suka goreng ayam dengan tepung bestari gini, ringkas tapi sedap
Serba ringkas je senang kan kak. Tak ramai beginilah :) Kalau ramai kena meriah jugak hidangannya.
حذفsimple camtu pon sedap! lg ok xke bazar.. xdela membazir..
ردحذفbazar pon rmai org.. huhu
A ah tak bazir masa pun ye kena beratur.
حذفDengan Bestari je ayam goreng boleh elok rangup dan sedap kannn hehehe
ردحذفBetul betul. Buat untuk sotong dan udang pun sodap!
حذفSimple - simple kalau tak ramai kan...ni lepas ni akak akan masak simple la sebab adik2 semua dah balik
ردحذفYe kak. Tak ramai beginilah, lauk simple simple je sudah. Kalau ramai memang kena meriah sikit menunya.
حذفAkak pun suka lauk simple macam ni. Lauk 1 je. Pastu ada sambal dan sayur atau ulam. :)
ردحذفulam dan sayur tu wajib ada baru best makan dengan lauk utamanya.
حذفKinah pun selalu buat macam ni. Walaupun simple kalau kena dengan regu dia tak cukup sepinggan
ردحذفKannn...berselera makan. Tapi biasa masak nasi cukup cukup je. Tak boleh tambah. hihi...
حذفsedapnya . nampak cantik tekstur tepung tu .
ردحذفYa, saya guna kaedah salut tepung kering je tanpa bancuh dengan air.
حذفTerliur pulak!
ردحذفBolehlah diusulkan pada auntie nanti uncle :)
حذفTepung Bestari dah macam item wajib di dapur sekarang ni... takde idea nak masak, goreng ayam salut tepung ni pun dah laku keras :D
ردحذفSelamat berpuasa Fiza...
Betul tu kak. Wajib ada stok. Memang laku keras. Kalau tak ayam, udang, sotong atau cendawan tiram pun sedap goreng guna tepung bestari ni.
حذفSelamat berpuasa jugak kak :)
hahaha sama lah kita tak suka beli dekat bazar sebab kualiti makanan menyedihkan
ردحذفKualiti tak setanding harga kadang. Mana yang sedap tu okay lagilah kan. Itulah, masak sendiri je lah ikut taste sendiri.
حذفNina pun suka jugak. Goreng cendawan shitake
ردحذفpernah goreng cendawan jugak tapi cendawan tiram. Sedap kan kalau goreng cendawan guna tepung bestari ni. Buat kudapan.
حذفSedaaap kelihatannya kak 😍. Saya jadi teringin nak buat ayam geprek juga untuk besok 😁
ردحذفHidangan menu yang ringkas dan sedap. Bolehlah buat nanti untuk berbuka atau sahur.
حذفSekarang ini mak abah buka di masjid. Akak ini yang masih teragak-agak hendak buka di sana.
ردحذفBagus Fiza, ayam goreng celup tepung memang sedap
Bagus jugak tu berbuka di masjid sekali senang sampai terawih. Ikut cara masing-masing :)
حذفAyam goreng tepung bestari terpaling senang nak buat kak. Sedap pun sedap. Tak payah pening nak masak apa. hehehe...
Ayam goreng pun sedap..
ردحذفAyam goreng disaluti tepung bestari bertambahlah sedapnya :)
حذفsedapnya nampak..
ردحذفAlhamdulillah..menu simple dan menyelerakan.
حذف