Bab 4 : April 2022

Bulan April dah tiba. Tandanya Ramadhan dah semakin hampir tiba. Sehari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. 

Bagi orang barat, 1 April sinonim dengan sambutan April Fools' Day . Tapi sambutan itu bukan budaya orang Islam. Jangan dijadikan ikutan atau suka-suka.

1 April 2022, bermulanya fasa endemik Malaysia. Sebak tengok rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura balik Malaysia tengah malam tadi. Semangat balik tanah air tercinta setelah sekian lama tak balik kampung jumpa keluarga. Dapat bayangkan perasaan tu macam mana. Suka duka bercampur baur.

Banyak kelonggaran SOP dalam fasa endemik ni, jangan kita buat buat lupa yang COVID-19 masih bersama kita lagi. Bulan April banyak juga cuti. Boleh lah menikmati cuti yang ada.

April 2022 Holidays

3 April 2022 (Ahad) : Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
4 April 2022 (Isnin) : Cuti Awal Ramadan (Melaka)
15 April 2022 (Jumaat) : Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
15 April 2022 (Jumaat) : Good Friday (Sabah & Sarawak)
19 April 2022 (Selasa) : Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah & Sarawak)
26 April 2022 (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)


april 2022 calendar

Have a wonderful glory morning
Our greatest glory is not in never fall
But in rising after it with a blissful soul
Now let’s espresso less ‘stresso’!

Bulan baru, episod baru, buka muka surat baru. Marilah kita tukar semangat lama jadi baru macam tilam lama tukar baru. 


6 comments:

  1. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang lepas².. Salam Ramadan dan selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Betul, As pun sebak tengok...
    Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat nak 3 tahun jugak tu kan. Mana yang lama tak balik mesti rindu sangat.
      Selamat berpuasa As :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.