Buah Limau Mandarin Mini Manisss...

Buah Limau mandarin biasanya meriah jualannya bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina. Limau Mandarin dianggap sebagai 'angpau' bagi kaum Cina. Tapi jenis limau mandarin mini ni macam mudah nak dapat diluar waktu perayaan. Boleh dibeli dipasaraya, kedai buah atau kedai tepi jalan.

Pernah beli dekat peniaga buah lori tepi jalan, harga limau mandarin mini sebungkus RM15. Boleh tahan mahal jugak harganya kan. Bukan biasa-biasa. Baru ni balik kampung, mak bagi buah limau mandarin mini. Manis rasanya.

Sebelum ni pernah beli di pasaraya Segamat, pada label ada tulis limau mandarin madu. Maksudnya manis lah tu. Ye, memang manis bagai di kata. Sedap makan buah limau mandarin mini manis ni. Satu memang tak cukup sebab kecil je saiznya.

Buah Limau Mandarin Min

Sejarah Limau Mandarin

Limau Mandarin di percayai berasal dari kawasan Asia Timur Selatan iaitu Filipina, Selatan China, Jepun dan juga Australia Utara. 


Dua jenis limau dibawa dari Canton ke England pada 1805 dan kemudian disebarkan di kawasan Meditrenean serta Italy pada 1840 sebelum di jadikan tanaman diminati dikawasan tersebut. Penanaman limau mandarin di perluaskan ke Amerika dan Amerika Selatan pada tahun 1908 dimana ianya menjadi komoditi penting di usahakan di sekitar Kansas, Alabama dan beberapa negara seperti Brazil, Canada Mexico sehinggakan berlaku limpahan bekalan pada tahun 1970-1972. 

Pokok Limau Mandarin lebih tahan pada cuaca sejuk dan juga panas atau kemarau panjang berbanding Limau Oren.

LIMAU MANDARIN (Citrus recticulata)

Merupakan sejenis limau yang banyak di tanam dan di makan oleh penduduk dunia. Limau ini adalah dari Keluarga RUTACEAE.

Limau ini mendapat permintaan tinggi diantara beberapa jenis limau kerana rasanya yang manis, senang di kupas, banyak jus, tahan penyimpanan dan mempunyai teknologi yang lengkap untuk pengeluaran besar-besaran secara komersial dinegara tertentu.

Limau Mandarin juga di panggil sebagai Tangerine, Satsuma, Clementine, Kinnow, Tagor , Sweet orange, Naranjita (Filipina), Mandarina (Sepanyol), Chinese Mandarin dan banyak lagi. 

Pengeluaran limau mandarin didunia lingkungan 27-30 juta metrik tan setahun dengan Negara China mengeluarkan sebanyak 16.5 juta mt setahun (54% pengeluaran dunia) diikuti dengan Sepanyol (1.97 juta mt) dan Brazil (1.2 juta mt setahun).

Negara pengeluar limau mandarin :

  • Jepun
  • Morocco
  • Korea Selatan
  • Mesir
  • Turki
  • Iran
  • Thailand
  • Pakistan

Keluasan tanaman Limau Mandarin di Malaysia dianggarkan sekitar 140-160 hektar CHE sahaja walau pun 10 tahun dulu keluasan tanaman ini mencecah lebih dari 500 hektar.

Khasiat limau mandarin 

  • Ketahanan terhadap penyakit
  • Mengawal kolesterol
  • Menurunkan tekanan darah
  • Kuatkan tulang
  • Tingkatkan kesihatan usus

Jika dimakan secara berlebihan pasti akan memberikan keburukan. Jadi makan kena berpada pada. Pastikan basuh dulu kulitnya. Biasanya akan menyebabkan sakit tekak dan batuk. Kan?

sumber : animhosnan | mstar

18 comments:

  1. k ret pun suka yg mini ni... slalu nya mmg manis semanis org yg memakan nya ahahhaa

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Manis tu yang boleh makan lagi kan. Kalau masam jenuh nak habiskan.

      Delete
  3. Yang takde biji tu sekali ngap aje sebiji

    ReplyDelete
  4. Orange kecik2 ni biasanya manis kan...selalu beli...pas tu dia ada yang xde biji kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada jugak yang masam sikit dan ada biji seketul dua. Mostly manis lah :)

      Delete
  5. Baru tahu Limau mandaring ini boleh kuatkan tulang. Saya suka limau mandarin kecil sebab selalunya tiada biji jadi boleh ngap begitu sahaja.

    Tak pernah tengok tag "limau mandarin madu". Selalu nampak tengok harga, Harga okay baru masuk dalam troli. Lepas ini kena tengok lah boleh lah tahu limau manis ke tak. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info dari sumber dalam link yang saya sertakan tu. Bagus jugak banyak khasiatnya. A'ah mostly tak ada biji. Nanti kalau nak beli, belek beleklah kot ada label limau mandarin madu boleh beli dan rasa kemanisannya.

      Delete
  6. Suka juga makan limau ni. Kena makan 2-3 biji sekali, sebab comei saiz dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2-3 biji pun tak puas makan kak nur. hehe..comel sangat saiz dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.