Cara Tukar Duit Raya Baru Dengan Mudah Guna Mesin ATM

Raya tahun 2022 pasti lagi meriah sambutannya sebab 2 tahun dah beraya di perantauan. Ramai dah mula buat persiapan raya termasuklah sediakan duit raya. Tak sempat tukar duit raya baru di bank? Jangan risau, sekarang dah boleh tukar duit raya baru dengan mudah guna mesin ATM je.

Ke dah lama sebenarnya boleh tukar duit di mesin ATM ni? Dah 2 tahun beraya tak bagi duit raya kan. kekok pulak rasa. 

Cara tukar duit raya baru guna mesin ATM. 

1. Pergi ke cawangan Maybank yang besar sikit (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada papan tanda gambar tiga orang pakai baju Melayu sedang pegang duit raya (seperti dalam gambar).

Cara Tukar Duit Raya Baru Dengan Mudah Guna Mesin ATM

3. Semua duit dalam mesin ATM tu adalah wang kertas bernilai RM10 yang masih baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

Cara Tukar Duit Raya Baru Dengan Mudah Guna Mesin ATM

4. Maksimum jumlah untuk satu transaksi ialah RM300. Jadi, kalau nak tukar sebanyak 60 keping wang kertas RM10 yang baru, perlu lakukan sebanyak dua kali transaksi.

Cara Tukar Duit Raya Baru Dengan Mudah Guna Mesin ATM

Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan itu. Mudah tu memang mudah tak perlu masuk ke dalam bank. Tapi kalau ada amount RM5 dan RM1 lagi bagus lagi rasanya. Tak semua orang mampu nak bagi duit raya RM10 sekeping tu haa..

Sumber info & gambar : Mohd Shukur

20 comments:

  1. Ye la, Fizah. RM5 pun rasa banyak. RM3 je la bagi kat budak-budak, boleh? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada option RM1 lagi bagus kan. Senang juga nak kira kira nak bagi berapa. Pun boleh kak Nur. Ikut kemampuan bajet masing masing :)

      Delete
  2. Sangat senang dan mudah bagi orang nak tukar duit raya tanpa tunggu di kaunter.
    Tapi Aini suka tukar duit raya warna biru dan hijau.. leh campur2 nampak colourful dlm sampul..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mudah tu mudah tapi lebih bagus kalau ada pilihan RM1 dan RM5 kan. Campur campur tebal sikit sampul duit raya tu dan mudah kita nak bagi berapa.

      Delete
  3. Akak dapat tukar duit RM1 dan RM5 yang baru..duit RM10 xde yang baru...tukar kat bank kirim kat adik ipar...pas tu kat Seremban macam xde jer ATM macam ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh senang lah camtu boleh kirim. A'ah rasanya takde kot. Tak ada orang update lagi.

      Delete
  4. wah..tapi kenapa rm10 je.
    tapikan akaun maybank ammi..kad ATMnya ke mana ntah. ammi tak apply untuk buat baru pun. ammi guna akaun maybank utk buat online transactions je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Kena ada option RM1 dan RM5 juga sepatutnya kan.
      Kalau tak guna untuk withdraw okay je takde kad Ammi. Tapi macam kena stand by kad baru jugak tu, in case ada emergency ke apa kan.

      Delete
  5. takde kat pekan nanas ni rasanya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada senarai mesin ATM yang boleh tukar duit raya lagi bagus kan. Takut nanti pergi pergi tengok takde, kecewa.

      Delete
  6. wah mudah dah skrg ni tp betul laaa nk bg RM10 memang pokai dibuatnya ehhehe...
    setuju klu di ada mesin kluar utk wang RM5 ke kan ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah sangat. Pokai teruk kalau bagi RM10. Kena bagi ikut kemampuan kita. Ada RM1 dan RM5 lagi bagus.

      Delete
  7. Senang lah kalau dah ada kemudahan macam ini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mudah tu mudah untuk mereka yang nak tukar duit raya baru RM10.

      Delete
  8. harap in the future boleh buat RM1 dan RM5 jugak. RM10 ni insan terpilih je

    ReplyDelete
  9. ada tgk gk org share ni..lebih mudah tp tula utk rm10 je kan...dh lama tk tukar duit raya since pkp xleh ziarah kn..kita bagi duit raya online je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau ada pilihan RM1 & RM5 lebih bagus kan. Okaylah tu bagi duit raya online kalau jauh.

      Delete
  10. kalau sempat nk pergi tukar dkt atm maybank jgk. senang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, senang sikit tukar kat ATM. Anytime bila free boleh tukar.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.