Doa Dikurniakan Anak

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan ada anak yang baik dan mampu memberi manfaat kepada kehidupan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.  

Doa anak yang soleh akan menjadi salah satu saham yang akan mengalir di akhirat kelak selain daripada sedekah jariah serta ilmu yang bermanfaat.

Memiliki anak sebagai pewaris, sebagai penyeri dan penambah kebahagiaan rumah tangga. Akan tetapi anak bukanlah penanda aras sesebuah rumah tangga bahagia. Pasangan yang belum dikurniakan anak, rezeki dia lain pula. 

Dapat pasangan yang membahagiakan, dapat mentua yang baik dan ada keluarga yang memahami itu dah dikira rezeki yang membawa kebahagiaan.

Tipulah kalau pasangan yang tak mempunyai anak ni tak sedih. Mestilah ada rasa sedih tu. Allah maha baik dan kita kena bersangka baik dengan Allah SWT. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan berikan apa yang kita perlukan tepat pada masanya.

Doa yang sering diamalkan serta dianjurkan sebagai ikhtiar bagi mendapatkan zuriat adalah doa nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat yang baik.

Doa Nabi Zakaria untuk dapatkan zuriat yang baik

Asalnya doa ini adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik. Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

Islam menuntut umatnya untuk mendidik anak dan zuriat dengan didikan yang baik dan diajar dalam Islam. Selain daripada berusaha memberi didikan yang baik kepada anak-anak, berdoa kepada Allah agar dikuniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Doa seorang ibu dan bapa itu merupakan doa yang makbul dan sangat diimpikan oleh anak-anak. Keberkatan, keredaan dan kejayaan anak-anak juga adalah dari doa ibu bapanya.



Doa dikurniakan anak


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’

Maksud: “Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha pendengar doa”
- (Surah Al-Imran, 3:38)

Selitkan doa ini setiap kali selepas solat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Semoga zuriat yang dilahirkan mampu memberikan kebaikan bukan sahaja kepada kita, malah kepada agama Islam dan muka bumi ini juga.

Wallahu a’alam...

Amalan-amalan untuk memperolehi anak

Sebenarnya dalam berusaha untuk mempunyai anak ni tak boleh tertekan. Bila emosi terganggu dan tak stabil akan menyukarkan lagi untuk mendapatkan anak. Kena banyak bersabar dan tenang tenang je. Cuma itulah, kadang bila orang tanya jadi triggered pulak. Adeh! Bergenang air mata kadang.

Sabar sabar sabar sampailah ke tahap redha. Ada rezeki adalah nanti. Sabar ye. Yakin bahawa Allah berkuasa untuk memakbulkan doa kita.

Tertarik dengan perkongsian dari kelabmama, untuk yang berusaha mendapatkan anak bolehlah cuba amalan-amalan dibawah.

Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh :
  • Baca Bismillah 1 kali.
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Petua ini baik bagi suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa.

Amalan kedua

  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum bersama dengan isteri.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari.

Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT agar mendapat zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Tips/Cara cepat hamil

Selain itu, berikut adalah tips dan petua cara cepat hamil yang boleh diamalkan bagi pasangan suami isteri :
  • Sentiasa berdoa pada Allah SWT
  • Pemeriksaan kesihatan pasangan
  • Amalkan cara hidup sihat (pemakanan)
  • Banyakkan bersenam dan melakukan aktiviti riadah
  • Ketahui masa subur anda
  • Mengambil vitamin dan makanan tambahan
  • Jumpa doktor pakar
  • Elakkan tekanan
  • Jauhi rokok

Amalan dan petua ketika mengandung

Setelah berjaya hamil, setiap dari pasangan perlulah meneruskan berdoa dan mengamalkan amalan yang baik untuk zuriat.

Persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

Taubat dan Istighfar

Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah SWT sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

Puasa Sunat

Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah).

Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

Manfaat masa

Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

Doa

Banyak berdoa. Sentiasa berdoa supaya Allah SWT kurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap kali lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

Membaca Al-Quran

  • Banyakkan membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
  • Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  • Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Dalam mengharapkan kehadiran zuriat dan cahaya mata yang menjadi pelengkap keluarga, setiap dari kita perlu memahami dan menerima ketentuan yang telah Allah tentukan.

Doa adalah kunci utama selepas usaha untuk mengecapi sesuatu impian, setelah ikhtiar lain yang dicuba. Di dalam Al Quran dan hadis, terdapat banyak doa agar mudah dikurniakan zuriat.

Setiap pasangan suami isteri haruslah mengamalkan doa-doa yang dianjurkan dengan mengikut adab-adab berdoa. Ianya diharuskan membacanya ketika waktu-waktu mustajab berdoa.

Setiap dari pasangan harus yakin dan percaya kepada ketentuanNya yang telah tertulis, dan rezeki dikurniakan zuriat merupakan anugerah yang tidak ternilai perlu dihargai oleh setiap pasangan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui. - (Al-Baqarah: ayat 216)

sumber : kelabmama

Semoga kami juga berpeluang memperolehi rezeki anak. Aamiinn...

10 comments:

  1. Aameen Yarabillalameen. InshaaAllah. Bagus info ni, lengkap, inshaaAllah nak amalkan Surah-surah yang disarankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...semoga Allah makbulkan doanya.
      Terima kasih kak.

      Delete
  2. tq for sharing...smoga smua yg tgh TTC bole cuba amalkan utk dptkan zuriat dgn izinNya...Aamiin

    ReplyDelete
  3. Amin untuk fizah dan korang yang menunggu mendapatkan zuriat... semoga ada rezeki tahun ni kan :)

    ReplyDelete
  4. Aamiin.. Aamiin..
    Perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.