ePemula : Cara Tebus RM150 eWallet ShopeePay, GrabPay, Touch 'n Go & BigPay

ePmula, sebuah program eStart iaitu Skim Transaksis Tanpa Tunai untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan secara eWallet atau eDompet untuk belia 2022.

ePemula dikreditkan sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun edompet para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

ePemula : Cara Tebus RM150 eWallet ShopeePay, GrabPay, Touch 'n Go & BigPay
sumber : bernama

Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran. -Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia

Apakah itu ePemula?

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk :
  • Meringankan beban kewangan belia;
  • Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia
  • Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Tempoh tebus RM150 eWallet

Tempoh tuntutan kredit eWallet bermula 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut :
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Cara Memohon ePemula

Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
  • Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada 1 penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.

sumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html

14 comments:

  1. Br nk redeem rupanya utk belia je hana

    ReplyDelete
  2. wahhh.. boleh bagitau adik-adik Sha nii

    ReplyDelete
  3. Ni la yang Dania redeem semalam ni...dia redeem yang kat Shopee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang redeem semalam sampai crash lah apps yang terlibat katanya.

      Delete
  4. Anak kawan akak dah apply. Hari ni apply, hari ni juga dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, cepat dapatnya. Lepas apply beberapa minit je dah dapat. Cuma nak claim untuk guna tu macam slow sikit, masing masing dok pulun redeem agaknya sampai jem.

      Delete
  5. umur dah terlajak laa fiza. tak layak nak dpt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..memang terkeluar dah kita dari kategori belia. Mana layak dah.

      Delete
  6. Tahniah untuk golongan belia . Ada juga bantuan sebegini

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.