Hal Duit Raya
Duit raya dah tukar ke tu? Sekarang dah mudah sebab boleh tukar duit raya melalui mesin ATM je kan. Tahun ni tak tukar duit raya pun. Lebih kepada misi untuk berkumpul ramai-ramai selepas raya tertangguh 2 tahun.
Duit raya ikut bajet masing-masing lah ye. Benda bukan wajib. Perlu atau tidak bagi duit raya, tepuk poket masing-masing. Ada lebih, hulurkan. Kalau tak ada, senyap je lah.
Jangan kita anggap memberi duit raya itu satu keperluan. Asal raya je kena sediakan duit raya, itu silap! Dia akan jadi bebanan untuk mereka yang bukan berbajet besar. Duit raya ikut bajet masing-masing lah ye. Benda bukan wajib. Perlu atau tidak bagi duit raya, tepuk poket masing-masing. Ada lebih, hulurkan. Kalau tak ada, senyap je lah.
Pemberian duit raya cuma adat dan tradisi memberi duit raya ni wujud sejak zaman dulu lagi. Asal usul duit raya ni di ikuti dari amalan kaum cina yang memberi "ang pau".
Duit raya bukan trend atau untuk menunjuk-nunjuk siapa bagi lebih banyak atau siapa dapat lebih banyak.
![]() |
sumber : Azizul Azli Ahmad |
- Budaya beri duit raya bukan berasal dari budaya masyarakat Melayu
- Jangan didik anak kita MEMINTA, " nanti pergi rumah mak su mintak duit raya ye".
- Budaya beri wang raya buat orang susah semakin tertekan sebenarnya, mereka tiada wang jika anak anak kita datang bertandang raya.
- Belajar tolak sumbangan duit raya ini dengan berhemah. Kita tak tahu susahnya orang. Raya bukan masa kumpul duit.
- Didik anak juga jangan buka sampul pemberian duit raya depan pemberi.
- Berhenti tanya anak anak, banyak mana dapat duit raya tahun ini. Mereka akan berlumba lumba nanti. Hidup bukan soal duit semata-mata.
- Didik anak kita sumbangkan kembali duit raya yang mereka terima.
Raya kali ni adalah perjumpaan keluarga yang tertangguh raya lalu. Jangan utamakan budaya duit raya. Dalam family seronok seronok okay lagi lah kot kan. Sekadar gurauan dalam family tu fahamlah kita.
Lebih baik fokus sedekah di bulan Ramadan ini berbanding 'Hadiah Duit Raya' nanti. Fokus sedekah pada golongan yang memerlukan dibulan mulia ini, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang tua, pelajar yang menuntut ilmu.
Duit raya lebih baik utamakan keluarga terdekat kita dulu, isteri anak anak dan ibubapa tersayang. Jangan dilupakan, suami bagi duit raya pada isteri.
Selamat Hari Raya Fiza..
ردحذفSelamat Hari Raya Aini :)
حذفItulah, kesian dekat orang yang bajet terhad. Kita kalau ada rezeki lebih, baik bagi dekat orang susah. Lebih afdal
ردحذفRisau jadi satu bebanan tu satu hal pulak kan.
حذفsyu pon tak smpt tukar duit raya. biasa bg dkt parents dgn nenek je. anak sedara tak ada..
ردحذفA'ah kat parents. Anak buah pun bagi mana yang layak je. Hehehe...
حذفItulah..sekarang ia dah jadi tardisi. Mesti sediakan dah..
ردحذفIkut kemampuan masing masing. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah sediakan duit raya :)
حذفBeri hadiah pd ahli keluarga terdekat mengeratkan silaturrahim..tapi kena tengok kemampuan jg..sekadar suka2..
ردحذفYa, biasanya macam tu lah. Lebih kepada keluarga terdekat dan ikut kemampuan masing masing.
حذفDulu masa kecik-kecik tak berani nak mintak dengan dengan tuan rumah masa beraya. Tapi buat muka seposen bila dengan mak cik dan pak cik sedara.
ردحذفHehe..dengan keluarga okay lah kan :)
حذفSetujuuuu kak. Saya selalunya bilang ke anak2, jangan pernah nak minta2 duit raya saat bertamu. Jika dikasih , boleh diterima, ucapkan makasih, tapi jangan dibuka saat itu. Jika tak dibagi, tak apa. Bukan keharusan. Jadi mereka ngerti dan tidak pernah mengharapkan itu. Kalo sedari awal diajarkan ttg meminta duit raya, tak nak anak kita punya mental pengemis nantinya.
ردحذفAlhamdulillah..bagus diajar begitu. Mereka faham dan jaga adab. Tahniah didik anak dengan baik :)
حذفjangan lupa bagi isteri duit raya...i like hihihih
ردحذفselamat hari raya fiza
Kannn..jangan dilupakan. I like it too...
حذفSelamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.