Ikan Kembung Goreng, Sayur Labu Masak Lemak Dan Kacang Bendi Rebus
Tapiii..disebabkan encik suami tu tak makan sayur labu, kenalah ada sayur juga. Rebus kacang bendi je sudah. Jenis tak cerewet takpe! Asalkan ada sayur atau ulam yang dia makan sudah lah. Rasa tak best pulak kalau makan tak ada sayur.
Sekurang kurangnya timun atau kobis. Itu paling mudah lah. Stok sambal gesek memang dah siap buat stok siap-siap. Senang dah ready stok sambal ni.
Ikan kembung goreng letak garam dan kunyit je macam biasa. Cara masak sayur labu santan masak lemak paling mudah. Letak je semua bahan dalam periuk, buka api dan tunggu masak je. Mudah sangat.
baca juga : resipi sayur labu masak lemak putih paling senang
Kacang bendi tu rebus je didihkan air tapi saya pernah baca ada petua rebus bendi tanpa berlendir dan kekal segar.
Petua rebus bendi tidak berlendir dan kekal segar
Mula-mula didihkan air dengan 1 sudu minyak masak, masukkan kacang bendi dan rebus sampai empuk. Angkat dan toskan air rebusan.
Hasilnya bendi tidak akan berlendir dan nampak segar lebih lama katanya. Tapi saya tak pernah cuba petua tu lagi.
Setakat ni rebus biasa je. Potong tangkai dia tu jangan sampai habis (rujuk dalam gambar di atas), begitulah cara saya potong.
Kalau kacang bendi tu terpotong ke apa berkemungkinanlah dia akan keluarkan lendir semasa merebus. ke?
Terima kasih kak,petua yg baru Naim tau..😀
ReplyDeletesama². Nanti boleh cuba kalau rebus bendi, tengok hasilnya macamana.
DeleteSelera makan lauk camni, ada masak lomak. Yummy.
ReplyDeleteAkak pun rebus biasa je. Tangkal tak potong. Bila makan, takde la makan sampai pangkal tu. Dia tak payah lama, kalau air menggelegak. 1 minit dah cukup.
A'ah, ikut selera saya okaylah. Ikut selera encik suami, labu tu dia tolak tepi sesiap. A'ah kejap je. Tapi kalau ade jenis yang macam tua sikit tu lama lah sikit merebus.
DeleteHaah ya kalau potong tangkai lendir keluar.
ReplyDeleteMemang ringkas masakan. Sekarang akak suka lauk ringkas-ringkas.
Senang kak masakan serba ringkas je. Mudah kerja masak dan sedap pun sedap. Samalah, saya pun suka lauk pauk ringkas.
DeleteSimple yang menyelerakan.. saya suka bendi... Airnya keluar ke tak..tetap sukaaaa memakannya .. heh
ReplyDeleteIye nona, simple simple sudah. Sama! tetap suka jugak :)
Deletelauk simple tapi sedap. yg penting sambal kena ada..
ReplyDeleteSambal tu penting tu..kalau tidak, kurang selera nak makan tak pedas. hehe...
DeleteLauk simple macam ini sebenarnya lagi berselera kan. Sambal gesek tu memang akan menjadi penyedap. Tak pernah juga cuba tips kak fiza bagi tu untuk rebus bendi. Nadia pun rebus bendi macam biasa je.
ReplyDeleteCakap pasal bendi, haritu nadia pergi makan tangkai bendi tu. Tak tahu macam mana boleh syok masuk dalam mulut HAHAHA
Betul, ikan goreng dengan sambal pun dah okay dah kan. Nanti boleh cuba sebab saya pun tak pernah cuba lagi. Leka sangat makan tu sampai boleh termakan. hehehe...
Delete