Kadar Zakat Fitrah 2022

Bulan Ramadan, umat Islam bukan hanya wajib berpuasa tapi wajib menunaikan ibadah zakat fitrah juga sebagai tuntutan agama. Umat Islam yang cukup syarat wajib membayar zakat fitrah. 

Tahun ni encik suami bayar zakat fitrah online, bayar ikut harga beras yang dimakan. Disebabkan COVID-19, semua urusan secara online lebih mudah.

Kadar Zakat Fitrah 2022

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza setiap negeri di Malaysia yang perlu dibayar bagi setiap individu.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Malaysia 2022/ 1443H

Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap individu di seluruh negeri di Malaysia tahun 2022 bersamaan/ 1443 Hijrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

NegeriKadar bayaran
SabahRM7.00
SarawakRM7.00
JohorRM7.00/RM10.00
MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00 / RM10.00/ RM21.00
SelangorRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Kuala Lumpur/Labuan/PutrajayaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
PerakRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Pulau PinangRM7.00 / RM13.00 / RM20.00
KedahRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
PerlisRM7.00
KelantanRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
TerengganuRM7.00
PahangRM7.00

Zakat Fitrah 

Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang mampu menunaikan zakat dengan syarat-syarat yang tertentu. 

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Waktu Bayar Zakat Fitrah

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga lah pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan juga bayar zakat secara online.

Syarat Zakat Fitrah

  • Islam
  • Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  • Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Hukum Bayar Zakat Fitrah

Bagaimanapun, hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat.
  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1940-hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-pada-awal-atau-pertengahan-ramadan

Nota : Pastikan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa serta resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

2 comments:

  1. kita pun dah bayar online kali ni. mudah dan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang urusan boleh buat online kan. Alhamdulillah...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.