Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah umumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berkuatkuasa 1 Mei 2022. Berikut adalah prosedur yang telah dikemaskini berkaitan pengurusan COVID-19 di Malaysia.
sumber : kkm
Walaupun banyak kelonggaran dah diberikan dan kita agak bebas sikit tapi jangan leka ye untuk jaga SOP, COVID-19 masih belum punah.
PELITUP MUKA
- Wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing.
- Pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan yang sesak. Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka.
PENJARAKAN FIZIKAL
- Tidak lagi diperlukan
- Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka
DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA
- Daftar masuk (Check-in) dimansuhkan
- Kemasukan ke premis dibenarkan tapa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus 'Berisiko Tinggi atau di bawah HSO
Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei 2022. My Sejahtera dalam kenangan Mac 2020-Mei 2022. Lepas ni tak payah lagi nak scan bila masuk mana mana premis.
POSITIF COVID-19 (UJIAN DAN PELEPASAN)
Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang
diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif, mereka boleh menamatkan kuarantin.
MENGEMBARA
- Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan
- Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari
- Insuran COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia
SENARAI NEGATIF
Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022 pic.twitter.com/Nj5w54vkwr
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) April 27, 2022
Walau banyak kelonggaran tapi kena pandai jaga SOP sendiri kan...kita semua belum menang sebab virus tu masih ada di luar sana
ReplyDeleteKena jaga diri sendiri sekarang ni. Selagi COVID-19 tu masih wujud.
Deleterasa janggal plak klu berjalan2 tanpa MASK skrg ni
ReplyDeleteKann..kekok pulak bila tak pakai facemask.
Deletemoga2 kita trus hidup mcm normal spt dlu
ReplyDeleteAamiin...
DeleteKita jaga kita lah pulak lepas ni. Masih risau dan terasa tak selamat kalau tak pakai masak atau penjarakan fizikal.
ReplyDeleteMask on, sebab dah terbiasa dah kan selagi covid-19 masih belum pupus.
Deletemasih kena berjaga jaga juga walaupun SOP dah longgar.
ReplyDeleteBetul tu Dr.Syu, takleh nak leka sangat even ada kelonggaran SOP
DeleteWalaupun dha longgar, harapnya masih berjaga-jagalah juga ye..
ReplyDeleteBetul betul. Tak boleh leka sangat, SOP tetap kena jaga.
DeleteSuami dah beberapa kali ajak untuk ke Malaysia, apalagi dengan tiada karantina ke depannya kan. Tapi belum ketemu waktu yg pas. Terlebih pasport pun dah mati 🤣🤣. Belum sempat naik renew hahahah. Tapi pastinya rindu sangaaaaat ke Malaysia lagi 😄
ReplyDeleteCepat cepat renew passport, nanti boleh datang Malaysia lagi makan makanan sedap sedap yang dirindui kat sini :)
Delete