Kurma Ajwa Premium Aliyah
Pertama kali cuba kurma Ajwa Madinah 2 tahun lepas. Bila kurma madu dah habis, pesan kat encik suami beli kurma Ajwa. Kali ni beli kurma Ajwa Premium Aliyah. Itu je yang ada kat kedainya pun.
baca juga : kebaikan kurma ajwa
Kurma jenis Ajwa yang di tanam di tanah halal Madinah.
Kurma Ajwa yang terbaik kerana di tanam di tanah haram Madinah, di kawasan tanah tinggi. Ladang di kawasan ini diuruskan oleh golongan Habib, keturunan Rasulullah.
Rasulullah juga pernah menanam sendiri pokok kurma ajwa ini di tanah haram bernama 'Awali untuk memerdekakan Salman Al Farisi RA. Kebiasaannya ramai yang mencari kurma ajwa aliyah kerana asbab ini.
Dari setiap berbezanya tempat asal kurma tu di tanam, ada pula pecahan kualiti gred A, AA dan AAA. Dan kemudiannya dipecahankan dari segi perbezaan saiz pula iaitu S, M, L dan Jumbo.
Rasululullah SAW berkata :
Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
Kurma ajwa sangat sesuai diamalkan makan untuk ibu hamil, ibu menyusukan anak, melakukan aktiviti harian, kanak kanak dan warga emas. Kajian sainstifik juga telah membuktikan kebaikan kurma Ajwa dari segi kesihatan.
Kurma Ajwa
Tidak di spesifikasikan dari mana asalnya. Kebiasaannya kurma jenis Ajwa yang di tanam luar kota Madinah seperti di Yaman dan lain-lain tempat.Jenis kurma ajwa
- Kurma Ajwa Madinah
Kurma jenis Ajwa yang di tanam di tanah halal Madinah. - Kurma Ajwa Aliya
Kurma Ajwa yang terbaik kerana di tanam di tanah haram Madinah, di kawasan tanah tinggi. Ladang di kawasan ini diuruskan oleh golongan Habib, keturunan Rasulullah. Rasulullah juga pernah menanam sendiri pokok kurma ajwa ini di tanah haram bernama 'Awali untuk memerdekakan Salman Al Farisi RA. Kebiasaannya ramai yang mencari kurma ajwa aliyah kerana asbab ini.
Dari setiap berbezanya tempat asal kurma tu di tanam, ada pula pecahan kualiti gred A, AA dan AAA. Dan kemudiannya dipecahankan dari segi perbezaan saiz pula iaitu S, M, L dan Jumbo.
Rasa kurma Ajwa premium Aliya
Seperti kurma Ajwa yang pernah saya rasa sebelum ni. Kurma Ajwa rasa dia tak telalu manis, tak terlalu kering dan tak terlalu basah. Just nice. Kalau simpan dalam peti ais, make sure kena keluarkan awal kalau nak makan. Kalau terus makan, dia akan keras sikit.Siapa yang makan 7 biji kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan memudaratkannya pada hari itu racun dan sihir (Sohih Bukhari dan Muslim).
Daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya :
Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.- [HR Muslim (2048)]
Kurma ajwa sangat sesuai diamalkan makan untuk ibu hamil, ibu menyusukan anak, melakukan aktiviti harian, kanak kanak dan warga emas. Kajian sainstifik juga telah membuktikan kebaikan kurma Ajwa dari segi kesihatan.
Kurma Ajwa exclusive dari Al Madinah Al-Munawarah, dengan gred kualiti kurma yang sama didatangkan dengan saiz pek berbeza saiz supaya lebih ramai mampu milik untuk mengamalkannya.
Saiz S, 250gram. Harga 250gram kurma Ajwa premium Aliyah RM20 sekotak.
Kotak dia memang exclusive sangat, sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah. Beli di buah hijau sama dengan buah kurma muda.
saiz besar kurma ajwa ni..
ReplyDeletesederhana saja saiznya kak. Cuma dia nampak macam berisi sikit
DeleteTak mahal sangat ye... biasa tengok Ajwa ni agak pricey juga.
ReplyDeleteOkaylah juga kalau nak beli sikit 250gram RM20. Kalau beli 1kg mahal lah sikit.
Deletebetul kita pun ada gak kurma jenis ni..
ReplyDeletekita suka letak dalam fridge, nak makan sejuk2 hehehe
Itulah tu, ada baca entry kakRet. Sekali tengok sama. A ah letak dalam fridge, nak makan kena keluarkan awal sikit. kalau tidak keras, gigi saya tak boleh nak keras keras sangat ni.
Deletecantik kotak packaging dia, mmg cantik klau bagi gift, setuju! makan kurma susu badn jadi byk. pastu puasa pun boleh tahan, alhamdulillah ada rezeki nak puasa penuh tahun ni, hehe..
ReplyDeleteOrang yang terima pun happy dapat gift macam ni kan. Alhamdulillah, manfaat kurma yang tiada tandingan.
Deleteeh sama la dengan yang kita hadiahkan dekat sis lin and kak retna..memang nampak sedap dan ekslusif kan...
ReplyDeleteAda nampak jugak KakRet update. Sedap! A'ah nampak exclusive sangat packaging dia.
DeleteAkak pun ada beli kurma Ajwa..tp kecik skit dari ni and sedikit kering..bila kering confirm x laku la..
ReplyDeleteKalau kering sangat tak best. Boleh blend dengan susu buat susu kurma pun sedap jugak tu kak.
DeleteKurma ajwa memang sedap , lagi2 kalau buat susu kurma . Sebab isi dia tebal juga
ReplyDeleteBuat susu kurma memang best. Isi dia pun just nice manis blend dengan susu.
DeleteSaya biasanya tak suka kurma, tapi kurma azwa oke lah, masih bisa nak makan, karena tak lengket sangat di tangan. Dan rasa manisnya pas 👍. Pas umroh trakhir, orang2 nak beli kurma, saya yang paling tak ingin 🤣.
ReplyDeleteTapi sekarang nih, saya sukaaaa sangat kurma muda lah kak. Yg masih halus kulit luarnya, wrna antara kuning kecoklatan. Ya Allah sedaaaaap ternyata. Yang tadi nya tak terlalu suka kurma, tapi kalau kurma muda saya favorit lah memang ❤️❤️❤️
Suka kurma ajwa sebab dia tak manis sangat dan sedap. Lain orang lain rasanya. Kurma muda sedap, tapi itulah harga dia mahal sangat. Tak boleh jadi favourite saya walaupun suka. hehehe..
Delete