Malam Lailatul Qadar, Malam Seribu Bulan Pada Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Malam Lailatur Qadar dikenali sebagai “malam seribu bulan” dimana ianya satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadhan. Pastinya setiap umat Islam yang berpuasa mendambakan dapat bertemu malam Lailatur Qadar.

Malam Lailatur Qadar yang mempunyai keistimewaannya, malam yang mengandungi banyak kebaikan kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam Al-Quran.

Malam Lailatul Qadar
sumber : Nisa' Malaysia


Malam Lailatul Qadar

Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah :
Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa di mana akan dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut iaitu yang dikenali dengan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar. 

Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
al-Qadr: 1-3

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur’an) pada malam al-Qadar, Dan adakah kamu mengetahui akan kebesaran malam al-Qadar itu?, malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan makna malam al-Qadar. Antaranya:
  • Malam tersebut Allah SWT menetapkan ajal manusia dan rezeki manusia serta qadar Allah SWT sama ada baik atau buruk sebagaimana disebutkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya. [Lihat: Tafsir al-Baghawi, 7/228]
  • Malam al-Qadar diambil namanya di sebabkan kedudukannya, kemuliannya dan kebesarannya. Di sebabkan itu, sekiranya ingin memuji seseorang boleh dipanggil dengan “ذو قدر” iaitu orang yang mempunyai kedudukan dan kemuliaan.
  • Sesungguhnya amalan soleh dan ketaatan kepada Allah SWT pada malam tersebut mendapat ganjaran yang cukup besar serta kedudukan yang cukup mulia.
  • Ini kerana, malam tersebut ditaqdirkan Allah SWT bahawa al-Qur’an diturunkan. [Lihat: Tafsir al-Iz bin Abd al-Salam, 3/473]
  • Malam al-Qadar adalah malam penentu (pemutus) atau penghukum.
sumber : muftiwp

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

1. Suasana pagi yang tenang

Salah satu tanda Malam Lailatul Qadar adalah suasana pagi yang tenang pada keesokan harinya. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas, Nabi bersabda yang artinya:

Lailatul Qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah.

2. Matahari cerah tapi tidak panas

Tanda lainnya, sinar matahari yang bersinar cerah tapi tidak panas keesokan harinya.
Ubay bin Ka'ab mengisahkan Nabi pernah bersabda yang artinya ;
 
Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan.

3. Tidak hujan dan langit cerah

Pada Malam Lailatul Qadar, tidak akan berlaku hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah.

4. Suasana sejuk dan tenang di Malam Lailatul Qadar

Dalam Al-Quran juga digambarkan bahawa Malam Lailatul Qadar penuh ketenangan dan berbeza dari malam-malam lain. Suasana lebih tenang, langit tidak berawan, udara sangat sejuk, tidak panas dan tidak dingin.

Suasana memang sangat sejuk sekali, sehingga terasa nikmat bagi mereka yang beritikaf lalu menemukan satu malam ini. Tidak ada tanda khusus jika seseorang telah mendapatkan Lailatul Qadar.

Kalau kita memperbanyak beribadah terus menerus di sepuluh hari terakhir Ramadhan, tentu akan mendapatkan malam penuh kemuliaan tersebut. 

Malam Lailatul Qodar yang ada di dalam Al-Quran dijelaskan dengan malam penuh berkah dan ketenangan. Semua malam akan berbeza saat telah memasuki malam Lailatul Qadar ini.

Sebab saat malam penuh berkah ini membuat suasana menjadi tenang, udara akan terasa sangat sejuk, tak terasa panas, tidak terasa dingin, tidak hujan dan tidak terjadi pelemparan bintang (meteor).

Apalagi suasana di dalam sebuah keluarga akan terasa nyaman sekali, dimana tidak memiliki kesamaan dengan malam-malam sebelumnya dalam bulan Ramadhan.

5. Datang di hari ganjil

Tanda lain dari Lailatul Qadar adalah datang pada hari ganjil pada sepertiga terakhir bulan Ramadan. Sebuah hadis dari Aisyah menyebutkan yang artinya,

Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau bersabda: " Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (HR: Bukhari dan Muslim)

6. Berlaku di 10 Hari Terakhir Ramadhan

Malam Lailatul Qadar terjadi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Hal ini seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Bila Malam Lailatul Qadar 1445H/ 2024M

Malam Lailatul Qadar 2024
sumber : JAKIM

Wallahu a’lam. Moga kita semua dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar. Aamiin...

Doa Malam Lailatul Qadar

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.

Amalan Malam Lailatul Qadar

hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.
Berikut adalah amalan malam Lailatul Qadar yang dianjurkan:
  • Qiamullail
  • Bacaan al-Quran
  • Zikrullah
  • Munajat dan doa (terutamanya memohon doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya)
sumber : muftiwp

20 comments:

  1. Insya Allah harap dapat ditemukan malam lailatulqadar.

    ReplyDelete
  2. sekejap je puasa tahun ni. tau2 nak masuk tgh bulan dah, semoga kita sama2 dapat ditemukan dgn mlm lailatulqadar, amin..

    ReplyDelete
  3. semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadar...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita dapat bertemu malam lailatul qadar

    ReplyDelete
  5. pejam celik kita dah sambut ramadan pada pertengahan dah. Semoga kita dapat malam lailatur qadar, aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu kan.
      Semoga ada peluang bertemu Malam Lailatul Qadar. Aamiin...

      Delete
  6. mudahan ketemu malam tersebut dan kita semua dapat keampuanan serta keampunan daripada Allah SWT

    ReplyDelete
  7. Ramadan telah berada di penghujung. Semoga kita diberi kekuatan membuat pengakhiran yang terbaik

    ReplyDelete
  8. siapalah yang bertuah apat jumpa lailatul qadar tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung sangat jika berpeluang dan ada rezeki bertemu Malam Lailatul Qadar.

      Delete
  9. Semoga kita bertemu malam Lailatul Qadar yang indah. . Lebihkan berdoa di 10 malam terakhir Ramadan..Moga makbul. Aamin!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.