Menangkap Matahari

Isnin minggu lepas balik kampung Pilah kejap. Mak ada kat kampung, lepas tu nak beli barang dapur sikit. Nak cari cili api sebab kat Seremban ni payah boto nak dapat cili api. Alang-alang dah balik tu kita singgah Tg. Ipoh beli cili api, sayur dan lain-lain.

Terkejut harga sekor ayam dah cecah RM22. Humang aihh! Mahal bonar! Ke saya yang baru keluar gua ni. Sebelum ni paling mahal beli seekor ayam RM18. Sejak ayam mahal, saya beli bahagian kepak atau paha yang nak buat chicken chop tu. 

Dalam perjalanan, nampak matahari terbit cantik sangat. Masa ni lebih kurang pukul 8 lebih tapi cerah betul. Cuma saya gunakan filter lightroom untuk nampak gambar lebih menarik ada jiwa gitu. 

Agak mencabar nak menangkap matahari bila dari dalam kereta. Dengan gegaran dan terhalang dek cermin kereta. Berkali kali jugak menangkap, dapat juga scene gambar matahari yang menarik. 

Menangkap Matahari

Tertarik dengan scene dalam gambar ni. Sekitar waktu yang sama cuma tempat berbeza, saya gunakan filter yang lebih gelap nampak kesan macam kelam macam tu tapi yang penting matahari tu nampak menonjol.

Menangkap Matahari

Kalau ada DSLR ni mesti lagi best menangkap gambar. Lagi jelas dan cantik. Kan? 

12 comments:

  1. Dapat tengok gambar cantik dan belajar bahasa sekali kat sini 👍🏽
    Dulu macam nak terbeli jugak DSLR, tapi lepas baca banyak pendapat dan fikir diri sendiri malas bawak kamera besar, akak batalkan hasrat tu. Tapi kalau ada keperluan, elok jugak ada DSLR kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, fikir dia gedabak besar. Kalau selalu travel dan ada keperluan okaylah kan. Setakat ni guna apa yang ada je :)

      Delete
  2. Kalau minat ambil gambar cantik boleh beli DSLR.
    Cantik gambar Fiza ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah bajet tak berapa nak ada. Fikir balik nanti jarang guna pulak.
      Terima kasih kak :)

      Delete
  3. memang cantik fiza!
    dah ada dslr tp malas laa pulak nak ambil gmbr hehehe siapa? sy laa tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anies.
      Haaaa jangan peram malas tu Anies. Kena gunakan benda dah ada :)

      Delete
  4. Tak pernah dengar adikudrati. Perkataan baru. Cili padi susah nak jumpa kat Seremban sebab ramai beli ke. Sebab selalunya makanan orang nogori ni pedas pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru belajar word baru ni dari twitter.
      Cili api kat Seremban ada tapi fake lah, bukan original cili api kampung. hehehe...
      Ye, masakan orang nogori kena pedas :)

      Delete
  5. MaK uii , nak2 raya ni . Hara ayam pun boleh thn juga ye mahalnya . . CNtik gambar matahari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee..nak nak raya ni lagilah mahal nanti.
      Terima kasih Lyana.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.