Mengeteh dan Mengopi Di Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka Sambil Menikmati Keindahan Laut

Dari Port Dickson terus menghala ke Melaka sebab nak menginap di Melaka. Kenapa pergi PD dulu baru pergi Melaka? Sebabnya memang nak makan dekat medan ikan bakar dan nak lepak kejap singgah Kopi & Kueh.

Medan ikan bakar tu dah kira sempadan dengan Melaka dekatlah dengan Ngeteh Cafe yang dulu viral katanya. Tak tahu hype dia sekarang macamana. Orang dah lama sampai, kita baru nak sampai. Takpa, ramai ramai sesak susah jugak kan.

Tak sampai setengah jam dah sampai Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka dari Kg Telok Pasir Panjang PD. Ikutkan 15 minit macam tu dah sampai kot tapi waze bawak entah kemana, terpaksa berpusing dan tambah masa pulak. Itu yang jadi lambat sikit.

Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka ni antara  kedai kopi hipster yang menarik di Melaka. Cafe Melaka yang lain dari yang lain. Memang hipster habis sebab lokasinya betul betul tepi laut je dalam suasana kampung.

Sampai sampai je terus buat pesanan. Diberikan kertas menu dan hanya perlu tulis kuantiti pada menu dan kembalikan semula di kaunter. 

Tak lama tu sampailah menu pilihan kami. Disebabkan kami baru lepas makan tengahari, order green tea, hazelnut latte dan coconut puding. Dalam bahasa kampung dia jeli kelapa.

Green tea & Hazelnut latte Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Tak ambil masa lama mengeteh dan mengopi di Ngeteh Cafe ni. Masa ni sampai dah pukul 6 petang. Suasana pun agak mendung dan kelam. Sebelum ke Melaka dah siap siap berhenti solat di PD. 

Senang dah settle solat. Tak berkejaran masa cuma dah nak maghrib ni kenalah berangkat awal. Kedai pun tutup pukul 7:00 malam.

Sempat jugalah jelajah kawasan sekitar. Cantik tempatnya. Ikutkan nak berlamaan lepak. Tapi apakan daya, masa tu tak sudah sudah nak cemburu dengan kita. Kita mengalah lah. 

Ambil gambar kat sini sama strugglenya macam kat jeti PD tu. Jenuh melawan angin. Photoshoot ala ala Dilwale guna shawl panjang cantik jugak ni. Hahaha...kemain idea datang tiba-tiba. Tapi taklah buat macam tu.

Ban Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Tepi laut ni ada macam-macam jenis buaian. Tempat duduk pun banyak. Paling best kalau duduk lepak kat meja betul betul tepi laut atas pasir. Nice feeling sangat layan angin tepi pantai. Jangan pulak naik buaian sambil nyanyi nak kahwin dengan anak raja. Memang tak dapatlah.

buaian Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Terpaling menarik, antara tempat wajib bergambar lah kiranya. Buaian Ngeteh Cafe ala garden.

Buaian Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Tak kan tengok je, ambil gambar lah jugak barang sekeping dua. Dah petang, muka pun tak berapa nak nampak dengan cuaca kelam. Hentam sajalah labuuuu...

buaian Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Sempat jugak menatapi rupa sunset sekejap sebelum beredar. 

Ngeteh Cafe Kg Pantai Kuala Sungai Baru Melaka

Ngeteh Cafe ni memang nice sangat untuk lepak lepak sambil mengeteh dan mengopi. Suasana dia tu yang mahal. Harga menu dan makanan kat sini agak berpatutan juga. Saya lupa harga minuman dua tu. Tapi bawah RM10 lah.

Rasa dia biasa-biasa je. Nak kata sedap tu tidak, tak sedap pun tidak. So so lah macam tu. Datang Melaka bolehlah singgah Ngeteh Cafe ni. 

ngeteh cafe kuala sungai baru ngeteh cafe kg pantai kuala sungai baru melaka kampung pantai cafe cafe melaka kampung pantai melaka

Semasa dalam perjalanan keluar dan masuk ni dapat juga menikmati suasana kampung kat sini. Suka tengok rumah rumah tradisional lama yang masih belum berubah. Seronoknya orang kampung pantai ni. Laut belakang rumah je. Hari hari lepak kat pangkin syoknya alahaiii...

12 comments:

  1. bestnye minum kopi tepi laut, sambil tengok sunset..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best suasana macam ni Syu. Pakej terbaik mengopi sambil tengok sunset.

      Delete
  2. Nyamannya suasana... santai, tenangkan minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat nyaman. Nak berlamaan tak dapat sebab nak maghrib dah.

      Delete
  3. kalau lepak lama2 mesti rasa x nak blk kan?��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Syok kan belakang rumah ada laut macam ni.

      Delete
  4. Kan..suka lepak Kuala Sungai Baru..kalau sampai malam bleh makan fresh seafood kat hujung sekali ada gerai- gerai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Sungai Baru ni saya tak pernah explore lagi kak. First time sampai, itupun sebab tahu ngeteh cafe ni dekat dekat PD je. Lain kali pergi boleh makan kat gerai akak cakap ni.

      Delete
  5. Cutenyaaa tempat selfie. Hehehe.. menarik view tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak port cantik kat Ngeteh Cafe ni. View pun menarik.

      Delete
  6. ngeteh sambil tgk view pantai tu..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Tempat yang menarik kalau nak singah mengopi sambil layan view laut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.