Menjamu Selera Di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson
Sesudah alas perut di Kopi & Kueh, berdesup terus ke Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson. Perjalanan ambil masa kurang dari setengah jam. Tak ada singgah singgah tempat lain sebab dah lapar. Alas perut mana kenyang.
Bukan pertama kali, bukan kali kedua dan bukan juga kali ketiga pergi makan di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson ni. Dah berkali kali datang walaupun kat sini sendu je tak ada peniaga. Kadang tu satu kedai je bukak.
Cari juga entri lama. Banyak dah masuk draft pulak sebab gambar semua tak kelihatan, yang ada simbol caution tu je. Takpelah, kita buat entri baru je. Datang ni tujuaanya nak makan ikan bakar dan kerang bakar. Teringat ingat kerang bakar dan ikan bakar sedap kat sini.
Setiap kali datang mesti memukau selera. Masa kami datang cuma satu kedai je buka. Apa yang terhidang depan mata tak banyak pilihan ikan dan makanan laut lain. Tanya juga kerang. Kerang tak ada katanya. Yang ada pepahat je yang saya nampak.
Ikan pun ada ikan siakap, ikan cencaru, ikan kembung. Ikan lain tak berapa nak kenal. Hehehe..Malas nak ambil ikan siakap sejak dia level kayangan. Pilih ikan cencaru saiz sederhana dan kailan ikan masin.
Ikan cencaru bakar sedap. Ikan fresh agaknya dan tak ada rasa hanyir lansung. Laju sudu garpu melompat back to back dari pinggan nasi ke pinggan ikan bakar. Walaupun 2 lauk je dipesan, itu pun dah buat kami kekenyangan.
Bukan ikan bakar je sedap, sambal pun sedap macam biasa. Pendek kata, tak pernah tak sedap makan kat sini. Harga pun berpatutan lah, 2 pinggan nasi, ikan cencaru bakar, sayur kailan ikan masin, 2 gelas air teh o ais, semuanya RM28.
Lepas dah menjamu selera layan tekak dan perut. Kita turun bawah menjamu mata dengan permandangan yang cantik. Datang sini tak sah kalau tak ke jeti. Biasanya kami pergi jeti yang kiri tu yang hujungnya ada bumbung. Yang jeti dua kanan tu tak pernah jejak lagi.
Struggle sungguh nak ambil gambar kat jeti ni. Tak boleh di bawa berbincang dengan angin ni. Kejap kejap tudung buat hal terflip. Berkeping keping ambil gambar, satu pun tak ada yang sempurna. Sabar je lah.
Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson lokasi dia selepas Dataran Nelayan PNK Telok Kemang Kg. Teluk Pasir Panjang. Dia macam restoran terapung gitu. Sambil makan sambil layan permandangan dan angin laut.
Cuma kawasan ni agak tak terurus sikit. Mungkin sebab ada nya monyet tepi hutan yang buat onar. Jarang nampak meriah selepas PKP ni. Waktu mula mula datang dulu, meriah jugaklah orang datang dan banyak kedai dibuka.
Mungkin kami pun datang dah petang. Mana ada orang makan tengahari petang kan. Tengahari mungkinlah meriah sikit.
Bukan pertama kali, bukan kali kedua dan bukan juga kali ketiga pergi makan di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson ni. Dah berkali kali datang walaupun kat sini sendu je tak ada peniaga. Kadang tu satu kedai je bukak.
Cari juga entri lama. Banyak dah masuk draft pulak sebab gambar semua tak kelihatan, yang ada simbol caution tu je. Takpelah, kita buat entri baru je. Datang ni tujuaanya nak makan ikan bakar dan kerang bakar. Teringat ingat kerang bakar dan ikan bakar sedap kat sini.
Setiap kali datang mesti memukau selera. Masa kami datang cuma satu kedai je buka. Apa yang terhidang depan mata tak banyak pilihan ikan dan makanan laut lain. Tanya juga kerang. Kerang tak ada katanya. Yang ada pepahat je yang saya nampak.
Ikan pun ada ikan siakap, ikan cencaru, ikan kembung. Ikan lain tak berapa nak kenal. Hehehe..Malas nak ambil ikan siakap sejak dia level kayangan. Pilih ikan cencaru saiz sederhana dan kailan ikan masin.
Cukuplah dua lauk je dan sekeping gambar je sebab kami berdua dah kelaparan. Pukul 4 lebih sampai situ baru makan tengahari. Aiyaaa..perut dah berlagu entah apa apa lagu dah.
Ikan bakar pilih ikan bakar sambal. Dihidangkan bersama air asam dan sambal kicap (tiada dalam gambar).
Ikan bakar pilih ikan bakar sambal. Dihidangkan bersama air asam dan sambal kicap (tiada dalam gambar).
Bukan ikan bakar je sedap, sambal pun sedap macam biasa. Pendek kata, tak pernah tak sedap makan kat sini. Harga pun berpatutan lah, 2 pinggan nasi, ikan cencaru bakar, sayur kailan ikan masin, 2 gelas air teh o ais, semuanya RM28.
Lepas dah menjamu selera layan tekak dan perut. Kita turun bawah menjamu mata dengan permandangan yang cantik. Datang sini tak sah kalau tak ke jeti. Biasanya kami pergi jeti yang kiri tu yang hujungnya ada bumbung. Yang jeti dua kanan tu tak pernah jejak lagi.
Paras air tinggi jugak masa ni. Air laut bergelora. Syukur jugaklah cuaca tak berapa panas. Mendung sikit. Gambar pun agak kelam. Kalau cerah ada awan putih kepul kepul dan langit biru mesti lagi cantik dengan air laut biru hijau ni.
Struggle sungguh nak ambil gambar kat jeti ni. Tak boleh di bawa berbincang dengan angin ni. Kejap kejap tudung buat hal terflip. Berkeping keping ambil gambar, satu pun tak ada yang sempurna. Sabar je lah.
Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson lokasi dia selepas Dataran Nelayan PNK Telok Kemang Kg. Teluk Pasir Panjang. Dia macam restoran terapung gitu. Sambil makan sambil layan permandangan dan angin laut.
Cuma kawasan ni agak tak terurus sikit. Mungkin sebab ada nya monyet tepi hutan yang buat onar. Jarang nampak meriah selepas PKP ni. Waktu mula mula datang dulu, meriah jugaklah orang datang dan banyak kedai dibuka.
Mungkin kami pun datang dah petang. Mana ada orang makan tengahari petang kan. Tengahari mungkinlah meriah sikit.
Takpun malam meriah lagi kot. Tak pernah lagi datang malam. Tempat ni agak seram jugak nak datang malam sebab kawasan kampung dan macam hujung hujung kampung gitu. Tak pasti malam buka ke tidak.
Datang siang makan tengahari atau petang sikit tu okaylah. Servis pun cepat jugak. Sedap pun sedap, murah pun murah.

Rasanya lezaiii dan bergizai....
ReplyDeleteyaa..lezaiii dan bergizai :)
DeleteJarang ambil ikan caru kalau pergi makan ikan bakar, lain kali nak la.. suka jugak ikan caru ni tapi selalu kalau makan kat kantin jer suka ambil. Gambar kat jeti tu cantiklahhh 😍😍😍
ReplyDeleteNext time boleh cuba pilih ikan cencaru bakar pulak. Kalau cuaca elok lagi cantik nampak awan putih langit biru :)
Deletefuhhh memang nampak sedap tu. Berbaloi lah pergi kalau dapat makan ikan bakar sedap sambil angin bertiup. view laut pun cantik. Perfect!
ReplyDeleteSangat berbaloi. Makan sedap dapat, permandangan cantik pun dapat :)
DeleteIhhh sedaap laah kak, mana ikannya fresh pula 😍😍❤️. Dari bumbu yg dioleskan ke badan ikan, dah keliatan sedapnya. Saya suka sangat dengan ikan bakar macam nih 👍❤️. Apalagi yg langsung pesan dari kampung nelayan. Krn biasanya pasti fresh
ReplyDeleteIkan bakar fresh dan dibakar begini memang menyelerakan sangat :)
Deletesedapnya ikan bakar tu
ReplyDeleteIkan bakar kat sini memang sedap Nurin. Dah berkali kali datang sini tak pernah mengecewakan.
DeleteAkak tak pi kat medan selera ni ari tu..akak pi yang kat tempat jual ikan sebelum medan selera...next time kena pi la kat medan selera tu....tapi tu la..xde pilihan kedai buka 1 je kan
ReplyDeleteA ah kak. biasa 1-2 je kedai bukak. Next time nak cuba tempat akak makan tu pulak. Tu nampak macam meriah sikit.
Deletesedapnya tgk ikan bakar tu
ReplyDeleteIkan bakar kat sini memang sedap. Fresh ikannya sebab dari jeti nelayan.
DeleteTeringin ikan bakar pula bila tengok entri ni. Dapat yang fresh lagi sedap isinya..
ReplyDeleteDapat yang fresh dan sambalnya sedap memang best naniey.
Delete