Mukmin Pro by Fazura Aplikasi Waktu Solat, Azan, Penunjuk Arah Kiblat, Navigasi Masjid, Doa Harian, Zikir Dan Al-Quran Digital
Mukmin Pro by Fazura, satu lagi aplikasi yang berkonsepkan gaya hidup Muslim kontemporari komprehensif baru dilancarkan pada 1 April 2022 sempena Ramadhan tiba. Aplikasi Mukmin Pro dikelolakan oleh pelakon dan usahawan terkenal iaitu Nur Fazura Sharifuddin yang lebih dikenali sebagai Fazura atau Faz.
![Mukmin Pro by Fazura Mukmin Pro by Fazura](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5CSeySf6k86LO0z1MQwOyd4lHALsWOq2iMAJutRWm7t36TZUxNONn3GKhHwNhZUowmxIwaxxTAFj9PtE83Etst3nfDhHChBvH3ovdObcn7R1YJm8M3LBhxVk77M30vXoC6m-as_xy73-t7jx9HIZVPg6peItkYdzhtOw67WTqV-iUyc97XmtgbvBN3g/s16000-rw/Aplikasi%20Mukmin%20Pro%20By%20Fazura.webp)
![Mukmin Pro by Fazura Mukmin Pro by Fazura](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicLZERSK0Ssqe18kO2FATq6ENWxsTGyN4TWfODuHMXrl4RSylOBykBU0gf0YLSq97V3agH-y7UwmQ9z_3Nle_hlYbgUIN4Hb9a1nx6zIR_j-Kvy3D3igSYb4FYTGiuEf0vlXpZy9bWu_iWFgCm0SiJ4oygi621rKiH-rEOdp3QbFW9cdzLqi0yeX7wjQ/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20Function.webp)
![Mukmin Pro Program Mukmin Pro Program](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMmkqvC8X2qnHtoToMH57ww0aaEJYAsWHVUkbQ5MM6G0gORHFLidQ4swsp3XTJrCA6e40nRZ_PTnKqF52DdT6eeu8wWlSjfidCibm-dm_tiynyXMkBBGyyDgxva_ClvgNUaZAOhA9Pa6CUhNXOnu664XUrwtLtW3mkv50zigymDZd0xq8W-o436t446w/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20Program.webp)
Program Wakaf Al-Quran, pakej Qurban dan Aqiqah di Tanah Suci Makkah serta Infaq makanan kepada golongan memerlukan.
![Mukmin Pro Program Mukmin Pro Program](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeD0F6uT5g8GsZ5MAUZYja3NK8XVWJ7CVodrIk8zwjvoTDVJ2eL9dIvRAvWyYpCYpDNL68cTof4frpIqugIgy7fTKHXFoJxJ1rYUoQrAXT_I7A4I4S-UNIVIsqn0fLluEfb2Q3Vq-G4YPgToI0TUUo1ZQIvpYbe1AShwv1e_BebOMyWt3eescGrdCoIQ/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20features.webp)
Aplikasi Mukmin Pro bertemakan warna merah jambu dan putih yang sinonim dengan Fazura.
![Mukmin Pro by Fazura Mukmin Pro by Fazura](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5CSeySf6k86LO0z1MQwOyd4lHALsWOq2iMAJutRWm7t36TZUxNONn3GKhHwNhZUowmxIwaxxTAFj9PtE83Etst3nfDhHChBvH3ovdObcn7R1YJm8M3LBhxVk77M30vXoC6m-as_xy73-t7jx9HIZVPg6peItkYdzhtOw67WTqV-iUyc97XmtgbvBN3g/s16000-rw/Aplikasi%20Mukmin%20Pro%20By%20Fazura.webp)
Aplikasi Mukmin Pro boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Dengan adanya aplikasi seperti ini dapat memberi faedah kepada pengguna menikmati dan memudahkan kehidupan harian dari aspek kerohanian.
Selain itu, Mukmin Pro menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan untuk mereka yang mahu mendalami Islam.
Fungsi asas dan ciri khas Mukmin Pro
- Waktu solat
- Azan
- Penunjuk arah kiblat
- Navigasi ke lokasi masjid berdekatan
- Doa harian
- Audio bacaan zikir
- Al-Quran Digital
![Mukmin Pro by Fazura Mukmin Pro by Fazura](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicLZERSK0Ssqe18kO2FATq6ENWxsTGyN4TWfODuHMXrl4RSylOBykBU0gf0YLSq97V3agH-y7UwmQ9z_3Nle_hlYbgUIN4Hb9a1nx6zIR_j-Kvy3D3igSYb4FYTGiuEf0vlXpZy9bWu_iWFgCm0SiJ4oygi621rKiH-rEOdp3QbFW9cdzLqi0yeX7wjQ/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20Function.webp)
Program Mukmin Pro
Pelbagai program menarik dan interaktif seperti kelas belajar Tahsin Al-Quran oleh Sheikh Mohamed Elmongy, dan Kelas Asas Tarannum oleh Juara Tilawah Al-Quran antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah.
![Mukmin Pro Program Mukmin Pro Program](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMmkqvC8X2qnHtoToMH57ww0aaEJYAsWHVUkbQ5MM6G0gORHFLidQ4swsp3XTJrCA6e40nRZ_PTnKqF52DdT6eeu8wWlSjfidCibm-dm_tiynyXMkBBGyyDgxva_ClvgNUaZAOhA9Pa6CUhNXOnu664XUrwtLtW3mkv50zigymDZd0xq8W-o436t446w/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20Program.webp)
![Mukmin Pro Program Mukmin Pro Program](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeD0F6uT5g8GsZ5MAUZYja3NK8XVWJ7CVodrIk8zwjvoTDVJ2eL9dIvRAvWyYpCYpDNL68cTof4frpIqugIgy7fTKHXFoJxJ1rYUoQrAXT_I7A4I4S-UNIVIsqn0fLluEfb2Q3Vq-G4YPgToI0TUUo1ZQIvpYbe1AShwv1e_BebOMyWt3eescGrdCoIQ/s16000-rw/Mukmin%20Pro%20features.webp)
Keistimewaan Aplikasi Mukmin Pro
Aplikasi Mukmin Pro juga disertakan pelbagai video islamik yang dikemaskini setiap hari dari navigasi video YouTube dan TikTok, selain sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.
Mempunyai ciri navigasi yang mudah digunakan dan dipelajari. Lebih menarik, aplikasi Mukmin Pro tiada iklan dan tidak perlu log masuk untuk menggunakannya.
Mukmin Pro menawarkan juga pelbagai ciri khas secara percuma serta jaminan perlindungan data pengguna.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi Mukmin Pro secara percuma di App Store dan Play Store
Selamat berpuasa Fiza..
ردحذفLama takdan nak ziarah menzirah blog...Hari ni dah ada kesempatan...
Hebat la Fazura...semoga dilimpahkan lagi rezeki yang barokah
Selamat berpuasa mama Cella. Takpe, faham. Saya pun tak dan singgah lagi.
حذفHebat mereka yang buat apps yang sangat bermanfaat ni.
Aamiin...
Terbaik ni...
ردحذفSangattt :)
حذفTema pink colour tu memang menarik, terbaik sungguh! Moga terus bermaanfaat...
ردحذفCantik kan warna pink. Kena dengan jiwa yang suka pink. Hehehe...
حذفAkak terus download, Fizah. Mekasih, share.
ردحذفsama²..saya pun terus install :)
حذفmenarik la aplikasi begini
ردحذفBetul, berguna sangat.
حذفBaguslah ada apps mcm ni. Nanti nk install lah. Nampak comel
ردحذفYep, banyak gunanya ada pelbagai function.
حذفBagus inisiatif artis-artis untuk manfaat umat.
ردحذفTertarik ada program wakaf al-Quran dalam aplikasi. Satu perkara baru bagi akak ada dalam aplikasi begini.
A ah, banyak juga program yang lain dari aplikasi lain. Satu inisiatif yang bagus.
حذفBagus usaha-usaha mereka ini..
ردحذفYep, usaha yang harus dipuji.
حذف