Nasi Goreng Sardin Last Minit

Apoooo...Hari ketiga berpuasa dah tak tahu nak masak apa. Maka, terjadilah nasi goreng sardin last minit. Sardin lebihan masak sahur. Konon nak buat sandwich tapi mengalah lah pada nasi, buat nasi goreng je lah.

Dekat dekat pukul 7:00 malam baru nak kelentang kelentung kat dapur. Nasi dah masak awal sikit. Ala, masak nasi goreng last minit apa ada hal. Dapat makan panas panas lagi sedap. Tak gitu?

Nasi Goreng Sardin Last Minit
 
Barang masak dah susut, itu yang tak ada idea nak masak apa. Harini encik suami balik lewat, hujan pulak tu. Bertambah bertambah jem lah atas jalan raya. Kalau singgah membeli barang nanti lewat sampai rumah nak berbuka. 

Esok esok je lah belinya. Harini masak simple simple je sudah apa yang ada. Memasak ni kena laju berfikir guna apa yang ada. Asalkan jadi makanan.

Nasi goreng ditumbuk mesra, tumis sampai garing barulah sedap. Dah nak siap masak baru taburkan sayur kobis biar rangup sikit. Tambah timun lagi sebagai ulam. Alhamdulillah...

Lazaiiii dan bergizai...

24 comments:

  1. Hahahaha.. memang lazat.. memang sedap.. kurang masin boleh tambah kicap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🎼Nasi goreng sudahlah terkenal seantero dunia🎵...seluruh negeri..🎶

      Delete
  2. nasi goreng ni makan panas2 memang sedap aje...
    last minit pun menjadi juga nasi nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee..panas panas from kuali memang sedap. Sebbaik jadi :)

      Delete
  3. Nasi goreng sardin memang sedap, Fizah. Buat pedas-pedas sikit, selera makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opkos kena pedas kak. Barulah tak patah selera. hehehe...

      Delete
  4. Sedap nasi goreng ni. Kalau saya tak cukup sepinggan

    ReplyDelete
  5. Baru beli sardin tadi..plan nak masak nasi goreng sardin sahur nanti🤭

    ReplyDelete
  6. wahh, waktgk gmbr chantek ni pon dh terliur rasa nikmat kesedapan nasi goreng ituu..

    ReplyDelete
  7. Asal licin makan. Disukai suami.

    ReplyDelete
  8. nasi goreng ni... buat laa apa sahaja. kompem sedap punya esp perut tgh lapar ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis hidangan ringkas dan sedap kegemaran ramai kan. Tak payah serabut nak fikir masak lauk apa. Kann...

      Delete
  9. Menu paling cepat dan mudah.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Letak sikit sambal,belacan ..memang bertambah laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang makan nasi goreng dengan sambal belacan sebab husband jenis tak makan belacan :)

      Delete
  11. Kalo dah bingung nak masak sahur apa, sayapun pasti pilih menu yang gampang je 😄. Nasi goreng memang penyelamat Yaa, mudah dan cepat 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya nasi goreng lah paling mudah dan sedap. Lagi lagi baru dimasak makan panas panas, baru berselera makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.