Nasi Lemak Royale Kedah Makan Di Melaka

Dah check in hotel Arissa lewat, memang tak lah nak keluar semula. Kedai makan berdekatan pun macam tak berapa dekat je. Badan pun dah penat rancak berjalan sana sini. Jadi, food delivery by foodpanda je lah. 

Pening tak tahu nak makan apa sebenarnya. Encik suami cadang makan nasi lemak royale Kedah. Saya pun malas nak fikir panjang, setuju je lah. 

Encik suami turun bawah, saya terpaksa tinggal dalam bilik seorang tanpa bekalan elektrik. Kad access bilik ada satu je pulak. Kad tu untuk kegunaan lif jugak. Tak boleh nak tinggal dalam bilik. Nasib baik kejap je. Mahu berpanas bergelap dalam bilik. 

Gelap gelita tu tidaklah sebab bukak langsir ada cahaya luar sikit. Fuhh..nasib baik!

Nasi Lemak Kuning Royale Kedah

Order yang basic je. Tak rasa nak makan telur rebus dengan papadom. Sayur pun pilih sayur bendi rebus je lah. Kuah saya letak nota siap siap asingkan. 

Kagum dengan dia punya packaging. Packaging cantik dan exclusive. Bukan dibungkus dalam kertas coklat tu. Nasi lemak warna kuning warna diraja, ayam goreng berempah dan sayur bendi dibungkus dalam plastik sebelum letak dalam kotak bungkusan.

Taklah meleleh makan makanan berkuah.

Nasi Lemak Kuning Royale Kedah

Saya suka makan kosong tanpa kuah. Kuah pun letak sikit je. Nasi lemak dia sedap gila! Makan nasi je tanpa lauk pun dah sedap. Berulang ulang nak cakap sedap setiap kali masuk mulut.

Bahagian ayam pun besar dan banyak isi. Saya sampai tak habis makan bagi suami habiskan. ayam terasa perapan rempahnya. Lembut je walaupun bahagian isi tebal. Pertama kali suka makan bahagian ayam berisi tebal. Biasanya akan pilih ayam bertulang, contohnya macam kepak.

Kami beli pun set basic je, RM9.90. Kalau makan kat kedai ni mesti murah lagi. Berbaloi dan recommended sangat makan Nasi Lemak Royale Kedah ni. Tak payah jauh jauh pergi negeri jelapang padi ni di Kedah. 

Orang Melaka lah untung dapat makan Nasi Lemak Royale Kedah yang sedap ni. Ingat nak repeat beli makan pagi tapi fikir mesti ramai, terus tak jadi. Misi makan tengahari mencari asam pedas lah pulak.

Nasi Lemak Royale Kedah (Melaka)

Original daripada pengusaha asal dari Alor Setar kedah bertapak di 7 Jalan Hang Tuah, Melaka.

18 comments:

  1. sedap ye..nanti nak cuba lah yang di Selangor ni. harap rasanya standard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sal! Kalau ada kat Nismilan ni boleh lah makan selalu. Harapnya begitulah.

      Delete
  2. Akak pernah makan kat restauran NLRK ni dengan Dania sebelum ni...okey la..bila google itu je yang keluar..ekceli kat Melaka banyak tempat makan cuma nak mencari tu satu hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..mungkin NLRK ni terpaling popular kat area situ. Itulah tu, tempat makan banyak tapi malas nak mencari. Masa tu pulak guna foodpanda, order je apa yang ada asalkan ada makanan.

      Delete
  3. wah dah ada cawangan kt melaka ..orang2 melaka senang la nak makan nasi lemak royale kedah lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, ada di Melaka. Popular NLRK ni kat Melaka. Sedap!

      Delete
  4. Tak pernah makan nasi lemak ni lg. Hehehe. Nampak mcm pulut tp bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina dok utagha dekat dah tu kan. Nasi dia nasi lemak cuma warna kuning.

      Delete
  5. Jadi mirip nasi kuning 😁. Bedanya kalo Di Indonesia nasi kuning lauknya banyak, macam2. Biasa untuk perayaan ntah itu ulang tahun, atau pesta2 yg lain.

    Tapi cantiiik ya packagingnya. Sesuai dengan nama, royale 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Lauknya ada banyak pilihan cuma saya pilih yang biasa je. Ohh macam tu, ada perayaan baru hidangkan nasi kuning ye.

      Betul! Pek setanding namanya.

      Delete
  6. Selalu nampak tapi itulah tidak singgah-singgah.
    Ramai kata sedap.
    Ok juga nanti cuba yang asas tapi hendak makan di kedai. Hehe kena cari peluang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas singgah boleh order foodpanda je kak kalau dekat. Kena cuba nanti kak.

      Delete
  7. Belum pernah cuba lagi NLRK ni walaupun selalu lalu depan restoran dia. Hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.