Nuzul Al-Quran 2022

Nuzul Al-Quran 2022 jatuh pada hari Selasa 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443H. Hari Nuzul Al-Quran merupakan cuti umum di Malaysia. 

Negeri-negeri cuti umum sempena Nuzul Al-Quran

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
  • Kelantan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Terengganu

Hari Nuzul Al-Quran 2022


Hari Nurul Al-Quran

Tarikh Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan setiap tahun. Ianya merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa sejarah dimana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Turunnya Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M iaitu tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.

Maksud Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 

Penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Al-Quran pula merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam sehingga kini. 

Maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang benar-benar memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Nikmatnya pada bulan Ramadhan ini, Allah SWT memberikan kelebihan dan ganjaran yang besar kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. 

Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain. 

Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr). 

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadr: 3)

sumber:
1. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1808-nuzul-al-quran-dan-perpaduan-ummah
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3455-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-152-kenapakah-pahala-amalan-digandakan-pada-bulan-ramadhan


10 comments:

  1. Alhamdulilah, sama-sama kita membaca Quran bukan saja time ramadan, tapis epanjang masa...

    ReplyDelete
  2. Tadi dengar ustaz cakap di TV, Ramadhan bukan setakat istimewa kerana ibadah puasa tetapi kerana turunnya Al Quran juga pada bulan Ramadhan. Sama-sama kita dekatkan diri dengan Al Quran. moga ia menjadi teman kita di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. Peristiwa besar daalam bulan Ramadhan. Sama sama kita beramal.

      Delete
  3. semoga kita dapat manfaatkan cuti umum utk mentadabbur ayat2 Allah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih fiza untuk perkongsian ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.