Persiapan Raya 2022 Dah Buat Ke Tu?
Pejam celik pejam celik, hari raya bakal tiba. Dah buat persiapan raya ke tu? Nampaknya Raya Aidilfitri 2022 lebih meriah berbanding 2 tahun sebelum ni. 2 tahun sambut Raya Aidilfitri di perantauan sebab tak boleh merentas daerah, nak rentas negeri lagilah tak boleh.
Bukan je tak boleh merentas, nak berkunjung pun boleh. Dia macam serba salah. Risau kalau pembawa virus dan terkena virus. Dah tentu sambutan Raya Aidilfitri tahun ni lebih meriah. Dalam masa yang sama jagalah SOP.
Raya meriah, persiapan raya pun mesti turut meriah. Kan? Baju raya 2 tahun lepas tu belum sempat jalan beraya lagi. Setakat ambil gambar raya pertama je pergi dia.
Tahun ni biskut apa trending ye? Rasa macam dah lama tak makan minum almond london. Beli kuih almon london pun okay jugak kan.
Tahun ni tema klasik raya ye. Tema warna apa tahun ni, tunggu reveal masa raya nanti lah macam biasa.
Tudung raya merah tu beli sebab offer tapi tak mengikut tema warna baju raya kot. Lagi satu untuk matching dengan tema warna anak buah kahwin 5 Syawal nanti. Tudung yang mengikut tema baju raya akan menyusul. Pun beli online sebab ada sale. Kita terbeli wak!
Nampak tak cacat dah sebelah kasut tu. Selagi tak barai kita guna.
Saya suka konsep minimalist je. Tak sarat dengan dekorasi. Asalkan sedap mata memandang.
Perasan juga tahun ni macam kurang orang order sampul duit raya. Dia macam ni, kalau ada bajet lebih tu, adalah rezeki duit raya.
Saya pun, anak buah dah ramai yang besar besar habis sekolah dan bekerja. Yang kecil tinggal beberapa orang je. Duit pun tak tukar lagi kat bank. Entah sempat ke tidak.
Rasanya raya tahun 2022 lebih meriah bila berkumpul ramai-ramai. Lagi pulak anak buah akan kahwin dalam masa terdekat, meriahlah merewang buat persiapan.
Bukan je tak boleh merentas, nak berkunjung pun boleh. Dia macam serba salah. Risau kalau pembawa virus dan terkena virus. Dah tentu sambutan Raya Aidilfitri tahun ni lebih meriah. Dalam masa yang sama jagalah SOP.
Raya meriah, persiapan raya pun mesti turut meriah. Kan? Baju raya 2 tahun lepas tu belum sempat jalan beraya lagi. Setakat ambil gambar raya pertama je pergi dia.
Senarai persiapan raya
- Kuih raya
- Baju raya
- Tudung raya
- Kasut raya
- Beg tangan raya
- Dekorasi rumah raya
- Duit raya
Kuih raya
Bab kuih raya ni saya bukan pakar. Setakat kuih mudah mudah dan confirm jadi tu bolehlah nak membuatnya. Macam kuih cornflakes madu ke, popia nestum ke pandailah juga. Kuih jenis biskut biskut tu lansung tak pandai. Biasanya akan beli je.
Tahun ni biskut apa trending ye? Rasa macam dah lama tak makan minum almond london. Beli kuih almon london pun okay jugak kan.
Baju raya
Yang penting baju raya baru kena ada walaupun baju raya 2 tahun raya tertangguh tu masih ada. Mujur lah tak ada penambahan saiz. Baju raya beli online je sudah. Malas nak bersesak dengan orang ramai. Tahu je lah bila tiba musim perayaan ni sesak dia macamana, sakan masing masing membeli belah.Tahun ni tema klasik raya ye. Tema warna apa tahun ni, tunggu reveal masa raya nanti lah macam biasa.
Tudung raya
Tudung raya pun dah siap-siap beli. Beli awal tak kalut. Songkok suami tak payah beli dah. Lelaki ni selagi elok dan boleh dipakai tak ada nya nak beli baru pun. Lagipun simpan elok je dalam kotak. Pakai bila perlu je. Masa raya je lah pakai pun. Kalau ke masjid, berkopiah je.Tudung raya merah tu beli sebab offer tapi tak mengikut tema warna baju raya kot. Lagi satu untuk matching dengan tema warna anak buah kahwin 5 Syawal nanti. Tudung yang mengikut tema baju raya akan menyusul. Pun beli online sebab ada sale. Kita terbeli wak!
Kasut raya dan beg tangan raya
Kasut raya dan beg tangan raya tu macam nak kena beli sebab selama 2 tahun raya ni tak beli baru pun. Sibuk beli baju raya, hand beg pun dah mula mengelupas kulit tanda tanda kena beli baru. Kasut lansung tak berbeli sejak PKP.
Nampak tak cacat dah sebelah kasut tu. Selagi tak barai kita guna.
Beg tangan pun dah mula tercarik dan ada part dah mengelupas sikit. Kiranya ada alasan lah nak dapat kasut dan beg tangan raya baru kan.
Dekorasi rumah raya
Terpaling wajib adalah dekorasi raya. Kemas kemas rumah je tak serba baru pun. Bagi buang habuk, susun atur perabot tukar posisi sikit barulah rasa aura raya tu. Bulan puasa ni kita kemas sikit sikit. Nak kemas sekali harung memang tak larat.
Saya suka konsep minimalist je. Tak sarat dengan dekorasi. Asalkan sedap mata memandang.
Bila cuaca panas, paling tak larat nak mengemas rumah. Lepas tu confirm berpeluh sakan. Dah berpeluh, kulit muka berminyak boleh mengundang Cik Jerawat datang melawat! Ahhh ghisauuuu...
Dah berpenat berpeluh mengemas, mandi! Lepas cuci muka pakai toner, pakai pelembap Aqua Moisturing Cream Hansaegee Nature.
Suka sangat dengan tekstur Aqua Whitening Cream moisturizer yang ringan, mudah meresap dan tak melekit. Sapu sapu dah kering meresap. Selesa betul pakai sebab dia jenis water based dan ada effect water drop tu. Auto lembap kulit bila pakai.
Biar kulit sihat cantik, nanti tak perlu makeup beria di hari raya. Tak gitu?
Duit raya
Rasanya sejak COVID-19 melanda, tradisi pemberian duit raya kurang meriah. Sebab tak dapat pergi beraya kan. Ada tu ada, cuma kurang lah. Tahun ni pemberian duit raya ikut bajet masing-masing. Ramai yang terkesan pendapatannya sejak COVID-19 datang.Perasan juga tahun ni macam kurang orang order sampul duit raya. Dia macam ni, kalau ada bajet lebih tu, adalah rezeki duit raya.
Saya pun, anak buah dah ramai yang besar besar habis sekolah dan bekerja. Yang kecil tinggal beberapa orang je. Duit pun tak tukar lagi kat bank. Entah sempat ke tidak.
Rasanya raya tahun 2022 lebih meriah bila berkumpul ramai-ramai. Lagi pulak anak buah akan kahwin dalam masa terdekat, meriahlah merewang buat persiapan.
Persiapan beraya berdua, beginilah kisahnya. Yang berkeluarga besar mesti lagi banyak persiapan nak dibuat. Lepas tu pening nak raya mana dulu tahun ni. Kan?
Saya #teamjohor tahun ni.
wah teringat hendak membeli tudung baru, sebab tudung lama dah lusuh. Dah lama tak belanja
ReplyDeleteBolehlah shopping tudung baru nanti Naia.
DeleteSuka tengok deko2 minimalist tu . Nampak cantik tak sarat sangat .
ReplyDeleteMinimalist senang, tak semak mata..hehehe..terima kasih Lyana :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeletetentu meriah raya tahun ni
Alhamdulillah..meriah sikit lah dari 2 tahun pkp ni wak. Dapat jugak balik kampung beraya. InshaAllah.
DeleteWah…meriah jugak persiapan Fiza. Cantik, kemas sungguh rumah Fiza, akak pun suka minimalist. Tapi sekarang duduk rumah sewa, memang lagi sangat minima, senang nak pindah.
ReplyDeleteSikit-sikit je kak. Dekorasi ala kadar je, simple minimalist. Duduk rumah sewa, mana yang ada. Betul tu, senang urusan pindah nanti.
DeleteSemua belum lagi sebab tengah nak settle urusan pindah rumah..
ReplyDeletePenat tak tahu nak cakap macam mana...
Baju pun pening nak fikir ni tak tahu nak pakai baju macam mana sebab perut makin besar. Mungkin abaya je la kot yang mudah.. heeee
Kena settlekan mana yang perlu dulu. Raya pun last minit prepare pun okay lagi kan. Pakai abaya je lah paling senang. Nanti nanti boleh pakai jugak.
DeleteBeli online bj he hee lain2 blm
ReplyDeletekuih pun dkt2 raya lah
thn ni ciknur cuma ambik tempahan biskut 2 regular custemer dan kek
cam penat nk buat
kasi org lain pula menjual
Samalah kita beli online je baju senang. Okaylah tu ikut kemampuan kita kak Nur. Ambil banyak order nanti tak larat susah jugak tu.
DeleteYg paling saya cari tuh kuih raya lah 😄. Kalo baju saya tak terlalu kisah. Masaih ada yg bagus di lemari dah cukup. Tapi kuih raya, ketupat lebaran dll, itu yg sepertinya membuat kesan hari raya hahahaha.
ReplyDeleteDua dua sama penting baru feel hari raya gitu. Betul, kalau raya kena cari kuih yang ada pada hari raya je.
Deleteammi kuih beli jelah. malas betul nak buat sorang-sorang plus oven tu selalu tak bekerjasama dengan ammi. (kes tak pandai guna nak salahkan oven)..
ReplyDeletebiasa beli kerepek & kekacang lebih sbb rasanya itu yg paling orang suka cari.
Hahaha..saya pun nak salahkan oven jugak! Suka spoil kuih kita kan.hehehe..itulah, beli je senang kerja. A'ah, kerepek cepat laku. Biasa beli kat nilai tu. Dululah..seakrang ni beli kat kerepek paroi tu banyak pilihan.
DeleteAkak takde buat apa persiapan pun..cukup baju mak abah dan Dania..lepas tu akak siapkan kuih raya...mantai nanti just bagi je duit kat abah beli bahan basah...tgh berkira- kira nak beli kasut ngan handbag ke tak..handbag ada elok lagi...
ReplyDeleteOkaylah tu kak, dapat siapkan orang yang tersayang pun dah kira cukup bahagia dah. Kalau okay lagi pakai okaylah kan. Saya pun dua dua dah mula menunjukkan tanda-tanda kena tukar baru. Kalau tak, lenjan lagi tu sampai rosak.
DeleteWahhh..lengkap semuanya tu. Kita masih la taktau kat mana. Kuih raya pun rasanya beli aje kot hehe
ReplyDeleteTak lengkap sangat tu. Ala kadar je :)
DeleteBaju raya, tudung raya belum lagi beli. Kuih raya lagilah tak beli lagi. Lambat sikit persiapan raya tahun ini.
ReplyDeleteBab jaga skincare tu ssaya setuju. Nanti takperlulah jenuh nak make - up di pagi raya.
Kuih tu macam lambat lambat pun takpe sebab last minit mesti harga murah lagi kan. Lagipun pagi raya orang makan berat ketupat rendang bagai. Lagi lagi kena pakai face mask ni, malas betul nak makeup pakai foundation. Pakai moisturizer dan sunscreen je sudah :)
Deletesyu beli baju raya je.
ReplyDeleteyg lain2 nnti akak & mak yg beli. hehe
Wahh untung sangat tu akak dan mak belikan yang lain² :)
Delete