Rendang Ayam Sekali Lagi

Jangan tak percaya, menu berbuka 18 puasa merendang lagi. Rendang ayam sempena bukber (buka bersama) anak buah. Disebabkan dia outstation dekat Seremban, tu yang datang tu. Dapatlah buka bersama.

Bila tetamu datang, kenalah masak something special. Taklah special sangat. Rendang ayam je pun. Tak masak sayur, potong timun je sudah. Sebenarnya tak tahu sayur apa yang sesuai nak digandingkan dengan lauk rendang ayam ni.

Yelah kan, biasanya raya kita makan rendang mana ada sayur bagai. 

baca juga : resipi rendang ayam mudah dan sedap

resipi rendang ayam mudah dan sedap

Tema meja harini kacau bilau tak mengikut tema. Sauk je mana yang sesuai dan cepat hidang. Terajin sikit harini mempopiah inti kayangan. Ada isi ayam, udang, kacang panjang dan lobak yang ditumis dengan bawang merah dan bawang putih.

baca juga : resipi popia kayangan

Sambal manis kisar cili merah besar, bawang putih dan tomato. Masakkan atas dapur, masukkan garam dan gula. Biarkan masak lama sikit sampai pekat. Nak cair sikit tambahlah air. Begitulah cara saya buat popiah dan sambal manis.

Sedap lagi letak taugeh sebenarnya, tapi malas nak letak takut cepat basi. Potong sebiji buah mangga dan buah oren. Dah siap!


18 comments:

  1. Hahaha, 18 puasa , 18 merendang. Sama macam mak Nadia, 18 Ramadan mahunya beliau minum greentea 18 kali. Tapi nasib baik lah kami bertukar juga air.

    Popia tu sedap, dah lama dah tak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh tak, hari kedua je baru merendang, semalamnya tu dah merendang jugak. Hihi..betul betul peminat greentea mak Nadia.

      Rajin nanti buatlah popia :)

      Delete
    2. Oh haha. Loklak nadia baca pagi pagi tu. hahaha. Kata mak "hanya greentea sahaja mak boleh telan" hahahaha

      Delete
    3. Ohhh..patutlah pun greentea setiap hari :)

      Delete
  2. Eh anak buah kak fizah nama Azzam ke? Mcm sama pulak menu tu dgn gmbr kat igstory dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh..kawan dia ke? haha...sama tapi angle berbeza :)

      Delete
  3. rendang tu nampak tempting nyaaaa!!!!!
    klu sebelah rumah, dah minta sikit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Ampunn KakRet!
      haa buleh..tak mintak pun kita hulur :)

      Delete
  4. kalau rendang selalu kawan dengan lodeh tapi jenuh pulak nak lodeh hai mak lodeh di 18 Puasa. nampak cantik rendang tu. mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh dengan lodeh eh..alahaii tak rajinnya nak melodeh. Banyak dia punya bahannya. Dah tu pulak kita sorang je makan lodeh. Tapi kalau raya ada dua dua tu memang ngam.

      Delete
  5. bila ada menu rendang trus feel mcm raya hehe..sdap nmpknya popia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..raya awal tak kalut. Aura raya dah datang..Saja masak sebab macam teringin.

      Delete
  6. Saya kalau masak rendang selalu makan dengan ulam timun je, selain sayur campur tumis kering.Rasa nak merendang jugak esok ni.. mengundang betul popia dan rendang tu kena buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je kan makan dengan timun. Saya pun camtu, senang kerja tak payah masak sayur. Hihi..silakan merendang dan mempopiah nanti :)

      Delete
  7. sedapnya nampak popiah tu, favourite syu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav saya jugak! Sesekali ada masa bolehlah buat popiah Syu.

      Delete
  8. Tengok rendang tu terus rasa nak makan rendang cicah lemang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sabar sabar..selasa dah boleh makan rendang puas puas :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.