Rendang Ayam Sekali Lagi
Yelah kan, biasanya raya kita makan rendang mana ada sayur bagai.
Tema meja harini kacau bilau tak mengikut tema. Sauk je mana yang sesuai dan cepat hidang. Terajin sikit harini mempopiah inti kayangan. Ada isi ayam, udang, kacang panjang dan lobak yang ditumis dengan bawang merah dan bawang putih.
baca juga : resipi popia kayangan
Sambal manis kisar cili merah besar, bawang putih dan tomato. Masakkan atas dapur, masukkan garam dan gula. Biarkan masak lama sikit sampai pekat. Nak cair sikit tambahlah air. Begitulah cara saya buat popiah dan sambal manis.
Sedap lagi letak taugeh sebenarnya, tapi malas nak letak takut cepat basi. Potong sebiji buah mangga dan buah oren. Dah siap!
Hahaha, 18 puasa , 18 merendang. Sama macam mak Nadia, 18 Ramadan mahunya beliau minum greentea 18 kali. Tapi nasib baik lah kami bertukar juga air.
ردحذفPopia tu sedap, dah lama dah tak buat
Ehh tak, hari kedua je baru merendang, semalamnya tu dah merendang jugak. Hihi..betul betul peminat greentea mak Nadia.
حذفRajin nanti buatlah popia :)
Oh haha. Loklak nadia baca pagi pagi tu. hahaha. Kata mak "hanya greentea sahaja mak boleh telan" hahahaha
حذفOhhh..patutlah pun greentea setiap hari :)
حذفEh anak buah kak fizah nama Azzam ke? Mcm sama pulak menu tu dgn gmbr kat igstory dia. haha
ردحذفEhhh..kawan dia ke? haha...sama tapi angle berbeza :)
حذفrendang tu nampak tempting nyaaaa!!!!!
ردحذفklu sebelah rumah, dah minta sikit :p
Hehehe..Ampunn KakRet!
حذفhaa buleh..tak mintak pun kita hulur :)
kalau rendang selalu kawan dengan lodeh tapi jenuh pulak nak lodeh hai mak lodeh di 18 Puasa. nampak cantik rendang tu. mesti sedap
ردحذفOhhh dengan lodeh eh..alahaii tak rajinnya nak melodeh. Banyak dia punya bahannya. Dah tu pulak kita sorang je makan lodeh. Tapi kalau raya ada dua dua tu memang ngam.
حذفbila ada menu rendang trus feel mcm raya hehe..sdap nmpknya popia tu
ردحذفHihi..raya awal tak kalut. Aura raya dah datang..Saja masak sebab macam teringin.
حذفSaya kalau masak rendang selalu makan dengan ulam timun je, selain sayur campur tumis kering.Rasa nak merendang jugak esok ni.. mengundang betul popia dan rendang tu kena buat ni.
ردحذفOkay je kan makan dengan timun. Saya pun camtu, senang kerja tak payah masak sayur. Hihi..silakan merendang dan mempopiah nanti :)
حذفsedapnya nampak popiah tu, favourite syu.
ردحذفFav saya jugak! Sesekali ada masa bolehlah buat popiah Syu.
حذفTengok rendang tu terus rasa nak makan rendang cicah lemang
ردحذفHihi..sabar sabar..selasa dah boleh makan rendang puas puas :)
حذف